Anda di halaman 1dari 6

5 Rahsia Pemasaran Media Sosial Untuk Usahawan Solo

Dalam Bisnes

Pernah dengar kategori usahawan solopreneur? Secara ringkasnya, ia adalah gelaran untuk
pemilik bisnes yang menjalankan operasi bisnes secara berseorangan (one man show) atau
kurang dari 5 orang pekerja, banyak menggunakan pendekatan outsourcing – seperti bayar
pekerja freelance di dalam atau luar negara untuk kerja-kerja tertentu dan mempunyai matlamat
bisnes yang tersendiri. Matlamat biasanya berkait rapat dengan kepuasan peribadi.

Tim Ferriss merupakan salah seorang usahawan solo yang melakar kejayaan dalam bidang
perniagaan. Pada tahun 2001, beliau mengasaskan jenama bisnes suplemen kesihatan online
iaitu Brain Quicken. 9 tahun kemudian, beliau jual bisnesnya kepada sebuah syarikat di London.

Antara bukunya yang popular dan dibaca jutaan orang seluruh dunia adalah The 4-Hour
Workweek. Buku The 4-Hour Workweek juga antara kenderaan yang membantu Tim Ferriss
untuk hidup bebas sebagai solopreneur. Sehingga kini, ia telah terjual 1.35 juta naskah. Buku ini
pernah ditolak oleh 25 penerbit sebelum berjaya melakar kejayaan.

Hakikatnya usahawan solo berani untuk bergantung pada diri sendiri bagi menjana pendapatan,
dengan harapan untuk memperoleh kepuasan peribadi dalam kehidupan.

Salah satu aspek yang sering dianggap remeh oleh usahwan solo ini ialah pemasaran. Walaupun
anda menggunakan media sosial sebagai platform perniagaan namun cara anda kurang efektif
akibat mengikut orang lain.

Terdapat 5 rahsia pemasaran media sosial yang anda perlu tahu sekiranya bergerak solo sebagai
seorang usahawan untuk mencipta kejayaan dalam dimensi anda sebagai usahawan solo.

#1-Perspektif Daripada Pengguna, Bukannya Anda.


Segala jenis bahan-bahan pemasaran yang ditulis sebelum dimuatnaik ke laman sosial media
mestilah diteliti secara rapi terlebih dahulu. Bahan penulisan tersebut mestilah ditulis daripada
perspektif pengguna bukan anda sebagai penjual.

Rentetan daripada setiap perkataan, ayat dan cerita tentang produk dan perkhidmatan yang anda
jual ditulis bakal membantu menukarkan mereka daripada hanya pengunjung kepada pembeli
berbayar.

#2-Jangan Cerita Tentang Apakah Dan Bagaimana, Tetapi


Mengapa.
Banyak jenama di luar sana yang gagal bercerita tentang mengapa mereka perlu dipilih oleh
pengguna dan menggunakan produk atau perkhidmatan mereka. Pengguna perlukan jawapan
kenapa jenama itu perlu dibeli dan bukannya jenama lain.

Penggunaan ayat tanya yang tepat bagi merungkai persoalan pengguna dapat membantu
pengguna membuat keputusan tepat untuk membeli produk jualan anda. Apa yang anda jual
perlu menyelesaikan sesuatu masalah dalam kehidupan pengguna.

#3- Kandungan Web Yang Baik.


Selalunya pembeli yang bijak akan membuat kajian di paparan internet sebelum memilih untuk
menikmati produk dan perkhidmatan yang anda jual.

Hal ini kerana, pengguna akan mencari jawapan yang kukuh sebelum mempercayai
keberkesanan produk yang anda jual. Mereka juga akan mencari anda di Google atau enjin
pencarian lain sebelum kepercayaan diberikan.

Laman web rasmi anda pasti akan mereka tuju untuk jawapan sama ada jenama anda boleh
dipercayai ataupun tidak.

#4-Status (80 Peratus Ilmu Pengetahuan, 20 Peratus


Promosi Dan Jualan)
Jika anda ingin pastikan pengguna singgah melewati laman sosial media anda, anda perlu
menjadi penjual yang kreatif. Jangan hanya sajikan pengguna dengan produk dan perkhidmatan
yang anda tawarkan sahaja tetapi sentiasalah mempelbagaikan hidangan info-info menarik
tentang dunia perniagaan.

Berkongsilah tentang kemeriahan berita-berita semasa, rahsia kejayaan tokoh-tokoh perniagaan


supaya atau lain-lain yang berkaitan supaya dapat menarik lebih ramai pengikut laman sosial
media untuk singgah di laman anda. Sesekali selitkan hidangan produk jualan anda supaya
pengikut anda tidak bosan hanya melihat paparan produk jualan anda sahaja setiap hari.

#5-Jaga Pengalaman Pengguna Terhadap Produk


Pengalaman pelanggan anda amat-amat penting. Pastikan ia satu pengalaman yang baik dan
mengujakan bagi mereka apabila produk atau perkhidmatan anda digunakan kerana mereka
mampu menularkannya kepada orang lain.

Jangan main-main dengan pemasaran mulut-ke-mulut. Kuasa pemasaran sebegini mampu


menaikkan jenama anda, pada masa yang sama mampu juga menjahanamkan anda sekiranya
pengalaman sebaliknya berlaku.

Selalulah berhubungan dengan pengguna produk dan perkhidmatan anda kerana ianya memberi
impak jangka masa pendek dan jangka masa panjang terhadap kebaikan produk jualan anda.

Anda mungkin juga menyukai