Anda di halaman 1dari 3

Pengenalan Seni Bina tersebut:

Bangunan Sultan Abdul Samad adalah merupakan mercu tanda yang sangat sinonim bagi
bandaraya Kuala Lumpur hatta negara Malaysia. Nama bangunan ini diambil bersempena dengan
nama Sultan Selangor yang memerintah pada masa itu, iaitu Sultan Abdul Samad pada tahun 1896.
Pada asalnya bangunan ini hanya disebut ‘Bangunan’ sebelum ditukar nama kepada nama Sultan
Abdul Samad. Pada mula pembinaannya di kenali sebagai Bangunan Baru Kerajaan (the new
Government Offices), kemudian sebagai Sekretariat Persekutuan, (Federal Secretariat). Bangunan ini
telah diasaskan oleh arkitek Inggeris yang bernama Anthony C.Norman sekitar tahun 1893-1897.
Bangunan ini telah dibina pada tahun 1893. Perletakan batu asas bagi bangunan ini hanya dibuat
pada 6 Oktober 1894 oleh Sir Charles B.H Mitchell yang merupakan Gabenor negeri-negeri Selat
ketika itu. Bangunan ini telah siap dibina pada tahun 1897. Bangunan Sultan Abdul Samad ini
terletak pada satu tapak di antara pertemuan Sungai Kelang dan Sungai Gombak dan terkenal kerana
merupakan satu tempat yang strategik iaitu di tengah-tengah Kuala Lumpur. Keluasan kawasan
tersebut adalah 10,200 meter persegi. Kos pembinaan bangunan ini berjumlah $152,824. Bangunan
ini dirasmikan dengan acara gilang-gemilang dengan ucapan Spooner.

Struktur Seni Bina yang Dipilih:

Bangunan Sultan Abdul Samad mempunyai dua tingkat. Bangunan ini juga mempunyai ketinggian
17.5 meter dengan menara jam setinggi 40 meter dan meliputi kawasan seluas 10,200 meter persegi.
Ciri-ciri utama bangunan ini adalah ketiga-tiga kubahnya, menara jam besar dan arked serta
lengkungannya yang luas. Ketiga-tiga kubah tersebut yang asalnya diperbuat daripada kayu dan batu
bata dan dicat hitam, telah digantikan dengan kubah-kubah bersalut tembaga. Arch yang terdapat di
bangunan ini adalah berbentuk ladam yang tajam dengan jarak antara dua tiang yang berbeza,
diperbuat daripada batu-bata yang dicat hitam. Ruang pejabat bangunan ini hampir 100 peratus
dikelilingi serambi.

Tujuan seni bina itu dibina:

Bangunan Sultan Abdul Samad digunakan sebagai Pejabat Residen Jeneral, Pusat Pentadbiran Negeri-
Negeri Melayu Bersekutu dan Pejabat Pos Besar pada zaman penjajahan British. Selepas merdeka, ia
digunakan sebagai Jabatan Perbendaharaan, Jabatan Perakaunan dan Pejabat Setiausaha Kerajaan
Negeri Selangor sehinggalah tahun 1978. Mahkamah Agung, Mahkamah Tinggi Jenayah dan Mahkamah
Tinggi Bahagian Sivil dan Dagang telah ditempatkan di bangunan ini pada tahun 1978. Akhir sekali,
kegunaan bangunan ini dijadikan sebagai pejabat rasmi Kementerian Perpaduan, Kebudayaan dan
Kesenian dan Warisan Malaysia (KPPKW). Bangunan bersejarah ini turut diwartakan menjadi warisan
kebangsaan negara. Keseluruhan kompleks bersejarah termasuklah bangunan ini sendiri ditadbir dan
dijaga oleh KPPKW.

Fungsi dan keadaan seni bina itu pada masa kini:

1. Bangunan ini diwartakan sebagai Warisan Kebangsaan dalam kategori Tapak Warisan pada tahun
2007.

2. Dijadikan sebagai pejabat rasmi Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan
Malaysia.

3. Menjadi tarikan pelancongan.


4. Menjadi latar belakang Perarakan Kemerdekaan setiap 31 Ogos dan juga sambutan malam Tahun
Baru setiap 1 Januari.

Langkah memelihara dan memulihara seni bina tersebut:


Rumusan:

Kesimpulannya, pembinaan Bangunan Sultan Abdul Samad telah membuktikan bahawa Malaysia
turut mempunyai bangunan bersejarah yang unik serta menjadi ikon negara Malaysia. Kita perlulah
mengambil iktibar daripada kegigihan dan semangat kerajaan dan masyarakat untuk memelihara dan
memulihara bangunan bersejarah tersebut. Selain itu, kita patut memupuk perasaan cinta akan
warisan bangsa yang menjadi mercu tanda negara kita dan sanjungan daripada segenap lapisan
masyarakat Malaysia serta mendapat pujian daripada luar negara. Tambahan pula, sebagai
warganegara, kita bertanggungjawab untuk memelihara dan memulihara serta menghargai bangunan
bersejarah ini. Oleh itu, saya berharap agar lebih banyak usaha dilakukan untuk memajukan
bangunan ini agar generasi masa hadapan juga dapat mengenali dan mengetahui mengenai bangunan
bersejarah ini.

Anda mungkin juga menyukai