Anda di halaman 1dari 7

Sejarah Penubuhan Rumah

Putih Negeri Sembilan


Dibina pada 1912
Mengikut sejarah, bangunan Rumah Putih yang terletak di Jalan Dato’ Hamzah itu
dibina pada 1912 oleh BP Habbach of Britain.
Menggunakan batu bata sebagai bahan asas dan dilepa dengan simen sebagai
kekemasan, berbentuk memanjang dan beranjung, mengambil reka bentuk bangunan
British. Bagi kerangka atap, kayu digunakan.
Atap bangunan menggunakan genting dan telah ditukar dan bangunan ini kini hak milik
Kerajaan Negeri Sembilan.
Selepas pejabat kerajaan negeri berpindah ke Wisma Negeri pada 1987, bangunan itu
menjadi pejabat Perbadanan Perpustakaan Awam negeri (PPANS).
Projek mengubahsuai dimulakan pada 29 Mac 1988 dengan peruntukan kerajaan
persekutuan melalui Jabatan Perpustakaan Negara dan siap pada Mei 1989, sebelum
dibuka kepada orang ramai pada Ogos 1989.
Sebelum PPANS berpindah di Bangunan Wisma Umno di Jalan Dato' Sheikh
Ahmad, ia sekali dibaik pulih di bawah peruntukan Kementerian Kebudayaan,
Kesenian dan Warisan.
Selain itu, Rumah Putih pernah menempatkan pejabat menteri besar.
Pejabat itu diduduki dari Menteri Besar Negeri Sembilan yang pertama, Tun
Abdul Malek Yusof sehingga Menteri Besar Negeri Sembilan ke-9, Tan Sri Mohd
Isa Abdul Samad. dari 1982-1997 sebelum pejabat Menteri Besar berpindah ke
Wisma Negeri.
“Selama 15 tahun saya di situ sebelum pejabat pentadbiran kerajaan negeri
berpindah ke Wisma Negeri.
“Saya yang memutuskan supaya bangunan itu menjadi perpustakaan negeri bagi
memberi kemudahan kepada orang ramai berkunjung ke perpustakaan," kata
Mohd Isa.
Bagaimanapun, katanya, keadaan sudah berubah dan persekitaraan dilihat tidak
sesuai menyebabkan perpustakaan negeri berpindah ke bangunan lain.
Majlis peringati pahlawan
Bagi bekas Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri (Bahagian Dewan dan Protokol),
Datuk Amran Sameon, ketika perkhidmatannya sebagai pegawai kerajaan pada
zaman Tan Sri Rais Yatim sebagai Menteri Besar, di Rumah Putih itulah menjadi
pejabat sebagai menteri besar pada sekitar pertengahan 80an.
“Bangunan itu juga menjadi tempat saya bekerja. Banyak kenangan saya perolehi
ketika bekerja di bangunan tersebut.
“Bangunan itu memang unik dengan reka bentuk kolonialnya yang menjadi tarikan
kepada pengunjung dan pelancong luar pada hari ini,” katanya.
Selain itu, katanya, apa yang paling diingati satu majlis bagi memperingati pahlawan
turut diadakan di hadapan bangunan itu.
“Di hadapan bangunan itu, setiap tahun kita mengadakan Hari Memperingati
Pahlawan dengan turut dihadiri Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan pada masa itu
Diwartakan bangunan warisan
Pengarah Jabatan Warisan Negara Zon Selatan, Johar Kadir berkata, bangunan
berkenaan telah diwartakan sebagai Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645).
“Pada tahun 2006-2007 kerajaan negeri memohon peruntukan daripada Jabatan
Warisan Negara untuk kerja-kerja konservasi terhadap bangunan tersebut, di mana
pihak jabatan menyalurkan sejumlah peruntukan.
“Kerajaan negeri melantik Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri sebagai pegawai penguasa
bagi cadangan kerja pemuliharaan bangunan perpustakaan lama negeri sebelum
perpustakaan berpindah ke tempat lain,” katanya.
Kurator Bahagian Pengurusan Muzium, Lembaga Muzium Negeri Sembilan, Aziz Mohd
Gorip pula berkata, pihaknya telah membuat inventori terhadap bangunan tersebut.
“Tujuan inventori adalah untuk diangkat Jabatan Warisan Negara sebagai bangunan
warisan untuk diiktiraf,” katanya.
FUNGSI BANGUNAN INI

● Pada dahulunya, bangunan ini merupakan Pejabat Menteri Besar Negeri


Sembilan dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan pada tahun
1959 an.
● bangunan ini juga menempatkan Mahkamah Tinggi Seremban dan Majlis
Negeri ( Dewan Undangan Negeri )
Selepas pejabat kerajaan negeri berpindah ke Wisma Negeri pada 1987, bangunan itu
menjadi pejabat Perbadanan Perpustakaan Awam negeri (PPANS). 
Projek mengubahsuai dimulakan pada 29 Mac 1988 dengan peruntukan kerajaan
persekutuan melalui Jabatan Perpustakaan Negara dan siap pada Mei 1989, sebelum
dibuka kepada orang ramai pada Ogos 1989. Bagaimanapun, katanya, keadaan sudah
berubah dan persekitaraan dilihat tidak sesuai menyebabkan perpustakaan negeri
berpindah ke bangunan lain.

Pengarah Jabatan Warisan Negara Zon Selatan, Johar Kadir berkata, bangunan
berkenaan telah diwartakan sebagai Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645).
Pada tahun 2006-2007 kerajaan negeri memohon peruntukan daripada Jabatan
Warisan Negara untuk kerja-kerja konservasi terhadap bangunan tersebut, di
mana pihak jabatan menyalurkan sejumlah peruntukan.
Kerajaan negeri melantik Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri sebagai pegawai penguasa
bagi cadangan kerja pemuliharaan bangunan perpustakaan lama negeri sebelum
perpustakaan berpindah ke tempat lain.

Anda mungkin juga menyukai