Anda di halaman 1dari 19

ELEMEN 2

Merekod Fakta Sejarah

Kerja kursus PMR 2009 1


BANGUNAN
BERSEJARAH
BANGUNAN
SULTAN ABDUL
SAMAD

Kerja kursus PMR 2009 2


ISI KANDUNGAN
Bil Perkara Muka surat
1 Tajuk 1

2 Senarai Kandungan 2

3 Penghargaan 3

4 Objektif Kajian 4

5 Kaedah kajian 5

6 Hasil kajian 6 - 11

7 Rumusan 12

8 Lampiran 13 – 17

9 Rujukan 18

Kerja kursus PMR 2009 3


PENGHARGAAN
Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana dengan berkat dan keizinan
dari-Nya, maka saya telah dapat menyiapkan tugasan Kerja Kursus Sejarah PMR 2009
dengan jayanya. Insyaallah, tugasan kerja kursus ini akan memberi banyak manfaat
kepada saya dari segi pengetahuan dan pengalaman semasa membuat kajian dan di masa
hadapan.

Saya, Ahmad Afham Bin Noor Azizan ingin mengucapkan setinggi-tinggi


penghargaan kepada Mudir MATRI, Al-Fadil Datuk Dahlan Bin Mohd. Zain dan guru
pembimbing saya iaitu Cikgu Rosmawar Binti Ramli dan guru-guru sejarah yang lain
kerana tidak jemu-jemu memberi bimbingan, dorongan, dan tunjuk ajar tentang cara-cara
membuat kajian mengikut kriteria yang ditetapkan. Mereka turut membantu menyemak
data, laporan dan membuat teguran agar memperolehi hasil kajian yang baik.

Ucapan ribuan terima kasih juga ditujukan kepada kedua-dua ibu bapa saya iaitu
ayahanda Noor Azizan Bin Mohd.Isa dan bonda Norliza@Rohana Bt. Yusof yang turut
membantu untuk menyiapkan kerja-kerja ini. Tanpa sokongan mereka mungkin saya
tidak dapat menyiapkan kerja-kerja seperti ini. Ini adalah kerana kerja-kerja untuk
menyiapkan kerja kursus ini memerlukan motivasi, usaha, buah fikiran dan wang ringgit.

Terima kasih kepada rakan-rakan yang turut membantu menyumbang buah


fikiran, cadangan dan bahan rujukan serta semangat setiakawan sepanjang memproses
untuk menyiapkan kerja kursus ini.

Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak
terhingga kepada semua yang terlibat dalam menjayakan folio ini sama ada secara
langsung mahupun secara tidak langsung. Saya memohon maaf atas apa jua kesilapan
saya sepanjang saya menjalankan kajian ini.

Kerja kursus PMR 2009 4


OBJEKTIF KAJIAN
Saya dikehendaki menjalankan satu kajian tentang satu bangunan bersejarah di negara
kita. Bangunan yang dipilih oleh saya ialah bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala
Lumpur Kajian saya ini merangkumi objektif-objektif berikut:

a- Kajian ini dilakukan secara amnya ialah untuk mengenal pasti sumber-sumber
sejarah yang sahih. Ini akan dapat membantu saya membuat satu kajian ilmiah
dengan tatacara yang betul, jelas dan tepat.
b- Kajian ini dapat menambah pengetahuan saya saya tentang banguanan bersejarah
yang ada di Malaysia ini serta dapat memupuk perasaan bangga terhadap tanah air
kita. Kajian ini juga dapat menyedarkan rakyat Malaysia betapa pentingnya
bangunan bersejarah di negara kita kerana ianya dapat menyedarkan kita untuk
menjaga dan mempertahankan bangsa serta memupuk semangat kekitaan
dikalangan rakyat Malaysia.
c- Dengan membuat kajian ini, saya dapat mengimbil iktibar daripada peristiwa
yang berlaku di sebalik bangunan bersejarah tersebut. Misalnya seperti bangunan
Sultan Abdul Samad, ianya menyedarkan saya bahawa perpaduan kaum serta
bersifat adil, jujur dan amanah amat penting pada diri setiap individu.
d- Saya juga dapat menanamkan semangat patriotisme di dalam diri saya dan juga
kalangan generasi muda melalui kajian ini.

Kerja kursus PMR 2009 5


KAEDAH KAJIAN
Semasa menjalankan kajian ini, saya telah menggunakan beberapa kaedah utama yang
telah banyak membantu saya dalam proses pengumpulan maklumat. Antara kaedah yang
telah saya gunakan ialah :

Kaedah Melayari Internet

Kaedah ini adalah kaedah pertama yang digunakan untuk mendapat dapatan kajian.
Oleh kerana ia adalah sebuah bangunan yang sangat bersejarah dan menjadi antara
bangunan terpenting dalam sejarah pentadbiran Malaysia bahan kajian ini mudah
diperolehi di laman sesawang. Carian laman sesawang melalui Google, Yahoo, dan
MSN telah memaparkan laman-laman sesawang yang berkaitan dengan bahan kajian.
Saya telah menggabungkan bahan-bahan dari laman sesawang berkaitan untuk dimuatkan
dalam dapatan kajian saya. Beberapa laman sesawang yang menarik telah dicetak
sebagai lampiran sokongan.

Kaedah Penyelidikan Perpustakaan

Perpustakaan Awam Jitra yang terletak di Jalan Protokol, Jitra, Kedah juga turut
dikunjungi untuk mencari beberapa sumber penting lain tentang Bangunan Sultan Abdul
Samad. Antara sumber yang dirujuk ialah majalah rasmi Kerajaan Negeri Kedah, buku-
buku ilmiah, jurnal dan bahan cetak lain yang berkaitan dengan tajuk kajian. Beberapa
helaian sumber rujukan seperti jurnal dan majalah yang berkaitan dengan Bangunan
Sultan Abdul Samad telah difotostat sebagai lampiran.

Kaedah Perbincangan

Kaedah ini turut digunakan untuk mendapat gambaran sebenar dapatan kajian. Saya
telah berbincang dengan kawan yang berasal dari Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
tentang Bangunan Sultan Abdul Samad untuk mendapat maklumat tentang bagaimana
bangunan ini telah dipulihara oleh kerajaan Malaysia yang telah menjadikannya sebagai
khazanah sejarah Malaysia. Ketelitian senibina, rupabentuk, ruang gunasama bangunan,
tataletak bangunan, serta dokumentasi sejarah bangunan adalah antara perkara-perkara
yang dibincangkan untuk dapatan kajian.

Kerja kursus PMR 2009 6


HASIL KAJIAN
Nama Bangunan
Nama bangunan ini diambil bersempena dengan nama Sultan Selangor yang
memerintah pada masa itu, iaitu Sultan Abdul Samad pada tahun 1896.Pada asalnya
bangunan ini hanya disebut ‘Bangunan’ sebelum ditukar nama kepada nama Sultan Abdul
Samad.

LATAR BELAKANG
Asal-usul
Pada mula pembinaannya di kenali sebagai Bangunan Baru Kerajaan (the new
Government Offices), kemudian sebagai Sekretariat Persekutuan, (Federal Secretariat), di
guna bersama dengan Kerajaan Negeri Selangor sebelum berpindah ke Shah Alam pada
tahun 1974.
Pembinaan Bangunan ini adalah kemuncak pembangunan yang di dirikan di
Kuala Lumpur pada akhir abad ke 19 malah berupa kejayaan program Bangunan
Tersergam (Massive Building programme), di bawah pengendaliaan Maxwell/Spooner
sebagai perancang dan akitek Bangunan Kerajaan di Kuala Lumpur ketika itu.

Pengasas
Bangunan ini telah diasaskan oleh arkitek Inggeris yang bernama Anthony
C.Norman sekitar tahun 1893-1897 untuk menempatkan beberapa jabatan kerajaan
penting ketika zaman pemerintahan British.Norman menghabiskan masa di Afrika dan
mendapat ilham daripada masjid di India yang membawa kepada ciri senibina Moor
dalam arkitektur Bangunan Sultan Abdul Samad.

Tarikh Pembinaan
Bangunan ini telah di bina pada tahun 1893.Tetapi perlrtakan batu asas bagi
bangunan ini hanya dibuat pada 6 Oktober 1894 oleh Sir Charles B.H Mitchell yang
merupakan Gabenor negeri-negeri Selat ketika itu.Bangunan ini telah siap di bina pada
tahun 1897.

Kerja kursus PMR 2009 7


Lokasi
Bangunan Sultan Abdul Samad ini terletak pada satu tapak di antara pertemuan
Sungai Kelang dan Sungai Gombak dan terkenal kerana merupakan satu tempat yang
strategik iaitu di tengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur.Keluasan kawasan tersebut
adalah 10,200 meter persegi.Di bahagian belakangnya terdapat Jalan Belanda yang kini
dikenali sebagai Jalan Makamah Perseketuan.Kedudukan bangunan dikatakan strategik
kerana terletak berhampiran dengan Dataran Merdeka,Kelab Diraja Selangor dan Masjid
Jamek yang kesemuanya terletak berhampiran Sungai Gombak.

Lokasi bangunan Sultan Abdul Samad

Tujuan penubuhan bangunan


Tujuan penubuhan awal adalah sebagai Bangunan Kerajaan Baru untuk
menempatkan semua Jabatan pentadbiran Negeri – Negeri Melayu Bersekutu (F.M.S) di
bawah satu Bangunan pentadbiran berpusat:
1. Menempatkan Sekretariat Kerajaan (G.S.O);
2. Bilik mesyuarat Majlis Negeri (Council Chamber);
3. Pejabat Pos; Lembaga Kebersihan (Sanitary Board);
4. Pejabat Kehakiman (Judicial Commissioner);
5. Public Works Department (PWD);
6. Audit dan Perbendaharaan;
7. Pejabat Tanah;
8. Jabatan Galian;
9. Pejabat Daerah Jabatan Kerja Raya (P.W.D. District Office)

Kos Pembinaan
Kos binaan setelah siap April 1897 berjumlah $152,824 (anggaran awal $152,000)
memakan masa pembinaan selama 2 tahun 7 bulan selepas perletakan batu asas yang
dilakukan oleh H.E Sir Charles B.H Mitchell K.C.M.G (Gabenor negeri-negeri Selat)
pada 6hb Oktober 1894.Kos pembinaanya yang berjumlah $152.824 merupakan
bangunan yang termahal di rantau ini pada ketika ianya didirikan.

Kerja kursus PMR 2009 8


Perasmian
Bangunan ini telah disiapkan pada tahun 1897 dan dirasmikan dengan acara
gilang-gemilang dengan ucapan Spooner yang menarik mengenai sejarah pembinaan
bangunan tersebut.Teks lengkap ucapan beliau dalam Bahasa Inggeris boleh didapati
dalam JMBRAS VOL. 65, tulisan The Bangunan Sultan Abdul Samad by J.M. Gillick.

KEISTIMEWAAN BANGUNAN
Reka Bentuk Pelan
Pelan bangunan ini telah direka bentuk oleh arkitek dari British bernama A.C
Norman (yang bekerja di Jabatan Kerja Raya di Kuala Lumpur) dan dibantu oleh seorang
jurutera juga yang berasal dari British, iaitu C.E Spooner.

Pelan Tingkat Bawah

Pelan Tingkat 1

Pelan Tingkat 2

Pelan Tingkat Mezanin

Kerja kursus PMR 2009 9


Pelan bangunan ini berbentuk ladam yang mana di tengah-tengahnya terdapat satu
dataran laman segi empat yang dipagari oleh batas-batas pokok bunga. Kehadiran laman
ini memberi pengudaraan kepada ruang legar di sebelah tampak dalam bangunan ini.

Bahagian utama bangunan ini ialah anjung yang menghadap ke arah Padang
Kelab Diraja Selangor. Apabila memasuki pintu utama bangunan ini, kita dapat melihat
tangga berbentuk separuh bulatan yang menuju ke kamar-kamar Hakim dan bilik-bilik
Mahkamah Agung.

Tangga Berputar

Ruang pejabat bangunan ini hampir 100 peratus dikelilingi serambi yang mana
memberikan pengudaraan secara maksima, terutama pada zaman ianya dibina tidak
mempunyai pendingin udara.

Bahan Binaan
Kerja-kerja membangunkan bangunan ini telah mnggunakan beberapa bahan
binaan iaitu, 4 juta batu bata, 2,500 tong simen, 18,000 pikul kapur, 5,000 paun tembaga,
50tan besi keluli dan 30,000 kaki padu kayu.

Kerja kursus PMR 2009 10


Pengubahsuaian
Sekitar tahun 1978, kerja-kerja pengubahsuaian telah dibuat dan siap sepenuhnya
dalam tahun 1984 dengan anggran belanja RM 17.2 juta.Pada waktu itu, kerajaan
Australia telah menyumbang sebanyak RM200,000 sebagai kos menyadur tembaga bagi
ketiga-tiga kubah pada tahun 1982.Pengubahsuaian ini dilakukan hanya pda bahagian
dalam bangunan tanpa menjejaskan bahagian luarnya dan kedudukan asal bangunan
tersebut.Selepas siap sepenuhnya, Bangunan Sultan Abdul Samad ini sekali lagi
dirasmikan pada tahun 1984.

Kegunaan Dahulu dan Sekarang

Kegunaan Dahulu Kegunaan Sekarang


-Pusat pentadbiran negeri-negeri melayu Makamah Tinggi Malaya
bersekutu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
-Pejabat Residen-General
-Pejabat Besar pos

Tampak

TAMPAK HADAPAN

TAMPAK BELAKANG

TAMPAK KIRI

TAMPAK KANAN

Kerja-kerja mereka bentuk bangunan ini telah bermula seawal tahun 1889, setelah
W. E. Maxwell mengambil alih tugas sebagai Residen British di Selangor. Pada masa itu,
Kuala Lumpur hanya dihuni oleh bangunan-bangunan rumah kedai dan beberapa
bangunan kerajaan yang tidak berapa menonjol. Maxwell telah membawa C. E. Spooner
dari Ceylon sebagai State Engineer dan dibantu oleh Bellamy dan A.C. Norman sebagai
arkitek.

Kerja kursus PMR 2009 11


Reka bentuk asal

Dikemukakan oleh Norman adalah hanya sebuah bangunan yang berkonsep


Inggeris Classical Rennaisance. Bidwell, seorang arkitek muda, adalah orang yang
bertanggungjawab mengadaptasi seni bina Islam (Mahometan style) sebagai tonggak reka
bentuk tampak bangunan tersebut di atas pelan asal Norman selepas Spooner kurang
berpuashati dengan reka bentuk tampak yang dikemukakan oleh A.C. Norman.
Bangunan dua tingkat ini mempunyai ketinggian 17.5 meter dengan menara jam setinggi
40 meter dan meliputi kawasan seluas 10,200 meter persegi.

Ciri-ciri utama

ketiga-tiga kubahnya, menara jam besar dan arked serta lengkungannya yang luas.
Ketiga-tiga kubah tersebut yang asalnya diperbuat daripada kayu dan batu bata dan dicat
hitam, telah digantikan dengan kubah-kubah bersalut tembaga. Kubah yang terletak di
atas menara jam besar diapit oleh dua kubah kecil dengan tangga pilin menurun. Kubah
tengah agak luar biasa kerana ia adalah paduan dua ciri tradisional kubah dan kios.

Arch yang terdapat di bangunan ini adalah berbentuk ladam yang tajam dengan
jarak antara dua tiang yang berbeza-beza. Ianya diperbuat daripada batu-bata yang dicat
hitam. Menara jam besar yang terletak di tengah-tengah diimbangi oleh dua menara kecil
di sudut bangunan. Tangga pilin di menara kecil menghala ke arah menara seolah-olah
melambangkan keagungan bangunan ini.

Kerja kursus PMR 2009 12


RUMUSAN

Selepas saya menjalankan kajian ini,saya bersyukur menjadi rakyat Malaysia atas

keunikan dan kepelbagaian kesenian yang tersendiri yang terdapat di Malaysia.Saya juga

rasa sangat bertuah kerana dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang bangunan

bersejarah yang saya pilih iaitu Bangunan Sultan Abdul Samad.

Selepas kajian dijalankan, saya dapat menghayati peristiwa yang berlaku di sebalik

bangunan tersebut. Ini secara langsung akan memberikan iktibar kepada saya dan juga

orang lain juga agar kejadian seperti ini tidak berulang lagi. Saya juga akan lebih

memahami fakta sejarah dengan melihat kesan peninggalan sejarah ini.

Semangat perpaduan yang wujud akan membolehkan perpaduan tanah Melayu yang

terdapat dalam pelbagai kaum ini terus berkekalan. Impaknya, masyarakat akan

bekerjasama dan tolong-menolong untuk mempertahankan bangunan-bangunan

bersejarah ini.

Akhir kata marilah sama-sama kita sebagai rakyat Malaysia amnya menjaga segala

harta sejarah yang kita ada sebaik mungkin agar dapat dipertontonkan oleh generasi di

masa hadapan seta dapat melahirkan rasa bersyukur kerana dikurniakan oleh Allah negara

yang aman merdeka .

Kerja kursus PMR 2009 13


LAMPIRAN
GAMBAR
BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD

Gambar 1: Pandangan Sisi Bangunan Sultan Abdul Samad

Gambar 2 : Suasana pada waktu malam di Bangunan Sultan Abdul Samad

Kerja kursus PMR 2009 14


PETA

Peta : Pelan Lokasi Bangunan Sultan Abdul Samad

Kerja kursus PMR 2009 15


DOKUMEN LAIN
Satu lagi catatan sejarah terukir di Bangunan SAS
KUALA LUMPUR 22 Nov - Bangunan bersejarah Sultan Abdul Samad di Jalan Raja di sini hari ini
mencatatkan satu lagi sejarah - istiadat penghormatan penuh tentera ke atas jenazah Yang di-
Pertuan Agong ke-11, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Pada masa yang sama, ia juga menyaksikan istiadat pilu pemindahan jenazah Almarhum Seri
Paduka daripada usungan diraja ke atas kereta jenazah yang sedia menanti untuk menyambung
perjalanan ke Istana Alam Shah, Klang.

Bangunan Sultan Abdul Samad yang merupakan struktur paling menarik di Jalan Raja, lengkap
dengan menara tembaga dan menara jam setinggi 130 meter, telah menyaksikan pelbagai
lakaran sejarah penting negara, termasuk pengisytiharan Kemerdekaan negara.

Bangunan yang tersergam indah hasil seni bina neoklasik Moghul, Moorish, Arab dan British,
direka bentuk oleh arkitek Norman dan Bidwell. Ia mengambil masa dua tahun untuk dibina dan
siap pada 1897.

Kebetulan pula, bangunan itu dinamakan sempena moyang Almarhum Seri Paduka yang menjadi
Sultan Selangor keempat yang memerintah dari 1859-1898.

Pada peringkat awal, bangunan itu dijadikan pusat pentadbiran British di Malaya, kemudiannya
dikenali sebagai Malaysia.

Bangunan Sultan Abdul Samad kini menempatkan mahkamah tertinggi di negara ini, jabatan
kehakiman serta sebagai pusat maklumat kraftangan Malaysia.

Bertentangan bangunan itu ialah Dataran Merdeka, sebelum ini dikenali sebagai Padang Kelab
Selangor yang digunakan sebagai padang kriket semasa pemerintahan British di Malaya.

Di Dataran Merdeka inilah pada tengah malam 31 Ogos, 1957, bendera Union Jack diturunkan
dan digantikan dengan Bendera Malaysia serentak dengan laungan "Merdeka, Merdeka,
Merdeka" menandakan kemerdekaan negara dengan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj menjadi
Perdana Menteri pertama.

Bekas padang Kelab Selangor itu bertukar menjadi apa yang kita lihat sekarang, lengkap dengan
pentas konkrit dengan tiang bendera setinggi 100 meter. Kerja pengubahsuaian padang itu siap
lebih 10 tahun lalu.

Dataran Merdeka kini menjadi tempat utama perayaan sambutan Hari Kebangsaan dan acara
rasmi dan tidak rasmi, termasuk konsert. - Bernama

Kerja kursus PMR 2009 16


Kerja kursus PMR 2009 17
Kerja kursus PMR 2009 18
RUJUKAN
Saya telah mengkaji dan merujuk mengenai bangunan bersejarah ini melalui,

JURNAL: Dr. A. Gharfar Ahmad,June 1997 “Journal of Malaysian Branch of the Royal
Asiatic Society” Vol LXX Part 1

MAJALAH: Malaysia Tourism News, May/June 1992, 10 dan 11. Malaysia Tourism
News,July-Sept’94,2

BUKU ILMIAH: Mohamed Roselan Abdul Malek, 1998, Kesan Sejarah dan Tempat-
Tempat Menarik Wilayah Persekutuan, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, OSCAR
BOOK International

WEBSITE :

1.http://malaysiana.pnm.my/
2.http://www.malaysiavacationguide.com/sultanabdulsamadbuilding.html
3.http://daftarwarisan.gov.my/index.php?page=warisan_keb_home&subpage=show
_detail&category=1&id=8
4.http://www.utusan.com.my/utusan/SpecialCoverage/agongmangkat/index.asp?y=2001
&dt=1122&pub=agongmangkat&sec=Berita&pg=be_07.htm

Kerja kursus PMR 2009 19

Anda mungkin juga menyukai