Anda di halaman 1dari 13

SUMBANGAN

TAMADUN ISLAM
DALAM BIDANG SENI
BINA

Nama : Esyuan Yong


Kelas : 1 Siber
Nama Guru : Pn Hjh Anisah Bt Hj Tawang
Pengenalan
Masjid Putra yang dinamakan sempena Perdana
Menteri Malaysia yang pertama,Almarhum Tuanku
Abdul Rahman Al-Haj merupakan salah satu mercu
tanda utama Malaysia.Kedudukannya adalah
bersebelahan dengan Dataran Putra dan
berhadapan dengan Tasik Putrajaya.Sebahagian
besar kawasan masjid dikelilingi oleh Tasik
Putrajaya.Ini menjadikan Masjid Putra kelihatan
terapung-apung di permukaan tasik.
Konsep Reka Bentuk

Pada keseluruhannya,konsep rekabentuk Masjid


Putra adalah berdasarkan senibina Paksi
zaman kerajaan Sofowe.Senibina tradisional
digunakan bagi mengharmonikan perubahan
bentuk segiempat (Dewan Solat) kepada bentuk
bulat (kubah) dengan memperkenalkan
segilapan (Oktagon) sebagai bentuk
perantaraan.
IDENTITI TERSENDIRI
Aras bawah dua: menampilkan imej pertahanan yang kuat dimana
bahagian bawahnya dihias dengan dinding dan benteng yang didirikan
disekeliling asas ini untuk memberi gambaran keteguhan.

Aras bawah: menggambarkan konsep terbuka dimanatiang berbentuk


payung dan ukiran yang direka(masyarabiah)dapat memberi pelinndungi
daripada hujan dan panas serta membolehkan penyudaraan semula
jadi.Konsep masjid Putra yang terbuka ini juga membolehkan
kesinambungan antara saf dalam dan Safluar.Aras satu dan bumbung
mengandungi 8 buah kubah kecil yang membentuk 4 penjuru dewan solat
utama.Disekeliling asas tersebut,konsep terbuka jelas kelihatan
dengan adanya tingkat-tingkat besar yang dihiasi masyarabiah.

16 tudung Konkrit:mengelilingi aras yang mana bermulanya Kubah


Puncak ini dihiasi dengan mercu tajam yang menghala ke langit.
Struktur Binaan
Menara
Terdapat juga sebuah menara yang berdiri megah setinggi
116m di sebelah kiri pintu gerbang masjid Putra.Menara
berbentuk bintang lapan penjuru ini jelas mempelihatkan
keunggulan senibina dan senireka Islam.Terdapat lima
tingkat pembahagi pada menara ini untuk melambangkan lima
rukun Islam dan juga sembahyang lima waktu.
Kubah Utama
Kubah Masjid Putra berwarna merah
jambu.Rekabentuknya berasaskan arabesque iaitu
ukiran tumbuhan sepertimana yang diukur pada
kubah-kubah masjid di mesir. Ukiran dan hiasan
dalaman kubah dan masjid keseluruhannya diilhamkan
dari seni ukiran tradsional orang Melayu.Kayu
cengal dan seraya hitam digunakan untuk
menghidupkan seni ukir di dalam masjid.
Panduan
Aras bawah:Aras ini merupakan asas terpenting Masjid Putra di
mana terletaknya dewan solat utama yang boleh menampung Jemaah
seramai 8000 orang.Pintu masuk utama terletak di aras ini yang
rekabentuknya berdasarkan struktur di Isfahan,sebuah laman
terbuka (sahn) terbentang luas di antara ruang solat utama
dengan pintu masuk utama ini.Laman terbuka ini merupakan tapak
bagi menara setinggi 116m dan dihiasi kolam-kolam air dan
pepohon.Laman terbuka serta pelantar sekeliling aras ini boleh
menampung seramai 5000 Jemaah lagi.

Aras satu:Di aras ini terletak dewan sakit utama wanita yang
boleh menampung 2000 Jemaah.
Cadangan
• Penambahan pekerja pembersihan untuk memastikan
masjid sentiasa bersih.

• Penambahan tabung masjid di ruang solat


perempuan.

• Penambahan tandas untuk warga emas dan OKU.


Kesimpulan
Berdasarkan kajian saya,saya mendapati bangunan-bangunan
seni bina Islam mempunyai pelbagai ciri-ciri yang unik serta
mempunyai pelbagai fungsi.Seni bina Islam juga menerima budaya
setempat dan menyesuaikan dengan faktor-faktor geometri yang
unik dan menarik.

Di samping itu, terdapat nilai-nilai yang kita ambil


seperti kita hendaklah menghargai senibina Islam serta
menghayati dan menjaganya supaya keindahan dan keunikan terus
terjaga dan berkembang ke seluruh pelusuk dunia.

Harapan saya terhadap seni bina islam agar keindahan seni


bina islam terus berkembang dan menjadi tarikan para
pelancong.
Objektif Kajian

• Mengetahui dan mendalami tentang ciri-ciri seni


bina Islam.

• Mengetahui keunikan dan keistimewaan ciri-ciri


seni bina Islam.

• Mendapat latar belakang dan sejarah tentang


Masjid Putra,Putrajaya,Malaysia.
Kaedah Kajian
Saya membuat penerokaan buku teks atau buku ilmiah bagi
mendapatkan maklumat mengenai sumbangan tamadun islam
dalam bidang seni bina.

Dengan kemajuan teknologi pada masi kini,internet adalah


satu sumber bagi mendapatkan maklumat.Melalui maklumat
sesawang yang telah dilayani iaitu Portal Rasmi
ms.m.wikipedia.org.Saya turut mendapat bahan berkaitan
kajian ini untuk dijadikan rujukan tambahan.

 Penerokaan internet
 Kaedah kajian buku teks
JADUAL KERJA
Bil. Perkara Tarikh
1. Menerima tajuk tugasan dan panduan pelaksanaan tugasan 11-9-2020
daripada guru sejarah.
2. Mendengar taklimat berkaitan tugasan daripada guru 11-9-2020
sejarah iaitu Puan Hjh Anisah BT Tawang.
3. Merangka dan membuat jadual kerja bagi melengkapkan 15-9-2020
tugasan sejarah saya.
4. Saya membuat kajian. 22-9-2020
5. Saya membina 3 objektif kajian. 22-9-2020
6. Saya menentukan kaedah kajian yang pelbagai. 22-9-2020
7. Saya menentukan sumber rujukan iaitu buku teks,melayari 25-9-2020
internet dan lain-lain.
8. Saya menyediakan laporan kajian tidak melebihi 5 muka 6-10-2020
surat.
RUJUKAN
Buku Teks
Mohd Bin Samsudin,Azharudin bin Mohamed Dali,Sharifah
Afidah bin Syed Hamid,2016.Sejarah Tingkatan 1,Kuala
Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka.

Internet
Sumbangan tamadun Ialam dalam bidang seni bina
www.tilkputra.com dan ms.Wikipedia.org.com
dicapai pada 29 September 2020.

Anda mungkin juga menyukai