Anda di halaman 1dari 11

MPU 11012 PENGAJIAN MALAYSIA

KERJA LAPANGAN (25%)

NAMA AHLI KUMPULAN : MEOR AZFAR SYAMIM BIN MEOR


ZALEHUDDIN
LUQMAN AL-HAKIM BIN RUWAIDA
AHMAD AMRIE BIN AMIRUDDIN
TEMPAT KAJIAN : MASJID MUHAMMADIAH di IPOH DAERAH
KINTA PERAK MALAYSIA
NAMA PENSYARAH : USTAZ HAMDAN
ISI KANDUNGAN

BIL KANDUNGAN

1 PENGENALAN MASJID MUHAMMADIAH

2 OBJEKTIF KAJIAN TENTANG MASJID MUHAMMADIAH

3 SEJARAH TENTANG MASJID MUHAMMADIAH

4 PENINGGALAN BUDAYA DAN NILAI SEJARAH MASJID MUHAMMADIAH

5 PENGAJARAN TENTANG MASJID MUHAMMADIAH

6 GAMBAR -GAMBAR SERTA PENERANGAN

7 KESIMPULAN

8 RUMUSAN
PENGENALAN TENTANG MASJID MUHAMMADIAH

● Pembinaan Masjid Muhammadiah (Muhammadiah Chinese Mosque)


ini bermula setelah mendapat perkenan Duli Yang Teramat Mulia
Raja Muda Perak selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat
Melayu Perak (MAIPk).Masjid Muhammadiah in sebenar nya
merupakan kesinambungan daripada sebuah surau kecil yang telah
didirikan pada tahun 1980 yang dipelopori oleh Allahyarham Tuan
Haji Abdul Latif bin Haji Mohd Kassim bersama-sama penduduk-
penduduk awal Taman Tasek Jaya, Ipoh.
● Kerja-kerja pembinaan mula dilaksanakan pada 24 November 2011
dan siap sepenuhnya pada bulan Ogos 2013.
● Bagi menzahirkan imej sebuah Masjid Cina Muslim di Bandaraya
Ipoh, masjid ini telah dibina dengan seni bina Cina sepenuhnya.
Atapnya diimport dari negara China,malah kerja-kerja pemasangan
atap tersebut dipandu oleh seorang juruteknik dari negara Tanah
Besar itu.
OBJEKTIF KAJIAN TENTANG MASJID MUHAMMADIAH

Kumpulan saya menjalankan kajian ini bagi Kerja Lapangan adalah untuk mengkaji tentang tempat bersejarah
yang berlaku di tempat itu ,iaitu Pembangunan Masjid Muhammadiah.Melalui kajian ini,Kumpulan saya dapat
memenuhi objektif berikut.

Kajian Kumpulan saya merangkumi objektif-objektif yang berikut :

1. Kajian ini dilakukan secara amnya ialah untuk mengenal pasti sejarah pembangunan yang sahih dengan
bertanyakan pada penduduk sekitar Masjid Muhammadiah.Ini akan dapat membantu Kumpulan saya
membuat satu kajian ilmiah dengan atucara yang betul,jelas dan tepat. Menguasai kemahiran mencari,
mengumpul,merekod dan menganalisis maklumat tentang asal usul tempat bersejarah ini.

2. Kajian ini dapat menambah pengetahuan saya tentang peristiwa bersejarah di tempat bersejarah Di Ipoh
iaitu Masjid Muhammadiah dan Ini juga memberi saya pendedahan untuk mengenali dan memahami asal-
usul tentang Masjid Muhammadiah.Seterusnya Kumpulan saya berkesempatan untuk membuat kajian yang
berkaitan dengan latar belakang tempat bersejarah ini.

3. Kajian ini juga dapat menyedarkan rakyat Malaysia betapa pentingnya peristiwa tempat bersejarah supaya
tidak dilupakan pada zaman sekarang yang serba canggih ini.
SEJARAH TENTANG MASJID MUHAMMADIAH

Sejarah tentang Masjid Muhammadiah di Ipoh,Perak:

Tanah di mana masjid itu berdiri dahulunya adalah Madrasah Muhammadiah yang
dibina pada tahun 1973. Pada tahun 1978, sebuah surau kecil telah dibina di
kawasan itu dan dinaik taraf kepada masjid pada 21 Disember 2007.Perancangan
untuk menubuhkan masjid baharu dengan gaya seni bina Cina bermula pada
tahun 2008. Reka bentuk masjid telah dimuktamadkan dan diluluskan pada tahun
2009.Pembinaan bermula pada 24 November 2011 dan siap pada 2013.Bangunan
ini mula digunakan untuk solat harian pada Ogos 2013. Ia telah dibuka secara
rasmi oleh Sultan Perak Sultan Nazrin Shah pada 18 Julai 2014. Ia merupakan
masjid gaya Cina kedua di negara ini.Ia telah dibina dengan kos MYR4 juta
dengan usaha bersama Persatuan Cina Muslim Malaysia cawangan Ipoh dan
jawatankuasa masjid asal.Pada Ogos 2019, kerja menaik taraf masjid dimulakan
dengan pembinaan dewan untuk pusat pembangunan dan pendidikan.
PENINGGALAN BUDAYA DAN NILAI SEJARAH MASJID MUHAMMADIAH

Setelah kami membuat kajian di Masjid Muhammadiah kami dapat melihat peninggalan budaya
disitu mengekalkan konsep ala-ala cina seperti dekorasi perabot,corak-corak pada dinding
didalam masjid mengekalkan konsep tradisional cina.Dan Masjid Muhammadiah di Ipoh adalah
satu-satunya masjid luar China mengguna 'bumbung panjang' dan 'bumbung lima' yang menjadi
identiti bangunan tradisi Cina dengan pembinaan dan pemasangannya diselia juruteknik
beragama Islam dari negara itu yang berkhidmat secara percuma demi dakwah di Malaysia.
Seperti di bawah gambar di luar dan dalaman masjid :
PENGAJARAN TENTANG MASJID MUHAMMADIAH

Pengajaran yang kami dapat lihat disini adalah pemeliharaan bangunan


bersejarah membantu mengingati budaya bandar atau bandar dan masa
lalu yang menarik.Seterusnya Bangunan-bangunan lama ini merupakan
peringatan visual tentang warisan budaya sesuatu kawasan dan penduduk
serta industri yang pernah memainkan peranan penting dalam
mewujudkan kawasan itu dan menjadikannya seperti sekarang.
GAMBAR -GAMBAR SERTA PENERANGAN

Semasa membuat Kajian Lapangan ini kami


terasa suasana di China kerana
Masjid Muhammadiah ini berkonsep Istana
China.Seperti yang anda dapat lihat diatas ini
sampel gambar kami boleh tunjuk.tempat ambil
air sembahyang dan Masjid Muhammadiah ini
mempunyai kolam mini .Corak dalaman Masjid
Muhammadiah berkonsep corak tradisional
Cina.
KESIMPULAN

Kesimpulan nya penerapan seni bina tersebut adalah untuk menjelaskan kepada
masyarakat berbilang
kaum negara ini bahawa Islam tidak menghalang penyuburan budaya kaum selama
mana budaya tersebut tidak bercanggah dengan Islam, sebagaimana Islam juga tidak
menghalang pemantapan bahasa ibunda dan kebudayaan masing-masing.
Kumpulan kami berkeyakinan masjid baru in berupaya memberi impak yang baik untuk
keharmonian hidup berbilang kaum serta dapat menjalin perpaduan rakyat. Masjid ini
juga akan menjadi tarikan pelancong apabila penggunaannya meliputi semua kaum
termasuk bukan Islam khususnya, apabila pusat dakwah siap sepenuhnya kelak. Pusat
ini akan dilengkapi dengan peralatan moden untuk pendidikan, bukan sahaja dalam
bidang agama bahkan dalam bidang kecemerlangan bahasa, kebudayaan dan lainnya
supaya masyarakat Islam dan bukan Islam mendapat manfaat bersama.
RUMUSAN

Rumusan kami disini adalah semasa kumpulan kami menjalankan kajian lapangan ini.Kami dapat
mempelajari kepentingan memelihara bangunanan bersejarah dengan mancari maklumat di internet
dan bertanya kepada penduduk sekeliling untuk mengetahui sejarah disitu.Dan kumpulan kami
mengetahui corak di Masjid Muhammadiah itu terinspirasi dari corak dari tulisan tradisional Cina
dan elemen Masjid Muhammadiah ini mengguna pakai seni bina `bumbung panjang' dan `bumbung
lima' yang menjadi identiti bangunan tradisi Cina.Selain itu juga reka bentuk turut menggunakan
identiti Cina seperti penggunaan warna merah, penanaman pokok buluh, geometri serta menara
dan pintu gerbang, selain tulisan Cina pada mimbar yang memetik terjemahan ayat al-Quran dan di
pintu masuk yang menyatakan mengenai Rukun Islam.
SUMBER RUJUKAN

Internet
● https://en.wikipedia.org/wiki/Muhammadiah_Mosque
● https://www.ipendidikan.my/kepentingan-mengekalkan-bangunan-bersejarah.html

Kawasan Lawatan Kajian


● Masjid Muhammadiah Jalan Musim Bunga,Taman Tasek Jaya,31400 Ipoh, Perak.

Anda mungkin juga menyukai