Anda di halaman 1dari 11

BANGUNAN

BERSEJARAH DI
NEGARA

MASJID
ZAHIR
ISI KANDUNGAN
ISI KANDUNGAN HALAMAN
PENGHARGAAN
OBJKTIF KAJIAN
KAEDAH KAJIIAN
HASIL KAJIAN :

1) NAMA BANGUNAN

2) LATAR BELAKANG

3) KEISTIMEWAAN
RUMUSAN
LAMPIRAN
RUJUKAN

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya

saya dapat menyiapkan kerja kursus ini. Saya menghadapi sedikit kerumitan serta

cabaran untuk menyiapkan kajian ini. Kesampaaian di sini, saya ingin mengucapkan

ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya dalam pengumpulan
maklumat hingga terhasilnya folio ini. Ucapan terima kasih ditujukan khususnya kepada

ibu bapa saya yang telah banyak memberi dorongan dan sokongan sepanjang kajian ini

dijalankan. Setinggi-tinggi penghargaan kepada Pn. Noraini Zakaria, guru sejarah

tingkatan 3 AL yang telah banyak memberi panduan, nasihat serta bimbingan sepanjang .

Tidak lupa,kepada rakan-rakan seperjuangan saya yang banyak member sokongan serta

pendapat. Ribuan terima kasih atas segala pertolongan yang diberikan tidak kira agama

dan bangsa. Saya inigin mengucapkan ribuan terima kasih kepada responden-responden

kerana sudi ditemubual. Akhir kata, ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat

dalam menjayakan folio ini. Sekian, Wassalam.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Am :

1. Memenuhi keperluan sukatan Pelajaran Sejarah Tingkatan 3


2. Memenuhi keperluan Peperiksaan Menengah Rendah(PMR)

Objektif Khusus :

Melalui kajian PMR 2009 iaitu kajian tentang tempat bersejarah yang terdapat di

Negara Malaysia, saya secara tidak langsung dapat mengetahui tempat-tempat bersejarah

Negara yang selama ini tidak saya ketahui sehinggalah kajian ini dilaksanakan.Melalui

kajian ini saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam lagi tentang tempat-tempat

bersejarah Negara terutamanya yang terdapat di negeri Kedah.Salah satunya ialah

temapat bersejarah yang saya pilih untuk kajian folio saya ini iaitu Masjid Zahir.

Dalam melakukan kajian sejarah ini,sedikit sebanyak dapat memberi banyak

pengetahuan,pengajaran dan iktibar yang amat berguna kepada diri saya. Salah satunya

adalah kemahiran berkomunikasi.Saya perlu bijak merancang dan membina banyak

soalan-soalan yang berkaitan dengan tempat bersejarah yang saya pilih ini supaya segala

maklumat yang saya perlukan dapat diperolehi .Saya perlu cekap mendengar dan

mencatat perbualan ketika sesi temuramah dijalankan.Pendedahan yang rapi dari segi

persediaan perlu dilakukan sebelum menjalankan kaedah temubual. Saya bersyukur

kerana masyarakat setempat begitu peramah dan memberi kerjasama yang baik sepanjang

temuramah yang saya lakukan.

KAEDAH KAJIAN

Saya telah menggunakan pelbagai kaedah kajian untuk mendapatkan data folio

sejarah ini. Antara kaedah kajian ini adalah:


 Kaedah Rujukan: menggunakan pelbagai sumber buku rujukan

bagi memastikan menerima fakta atau data yang tepat dan terperinci. Saya telah

meminjam beberapa buah buku yang berkaitan dengan tempat bersejarah yang saya pilih

ini iaitu tentang Masjid Zahir. Isi-isi penting yang berkaitan telah saya cetak untuk

dijadikan bahan rujukan saya. Selain itu saya juga mlayaari internet untuk mencari fakta

tambahan tentang bangunan bersejarah yang kaji ini.

 Kaedah Penyelidikan: kaedah ini saya gunakan untuk meyelidik sumber

dari bahan rujukan yang saya perolehi. Melalui kaedah ini saya dapat mengetahui selok

belok tentang bangunan bersejarah yang saya kaji ini. Penyelidikan yang saya lakukan

merangkumi fakta tentang pembinaan,tarikh serta individu-individu yang terlibat dalam

pembinaan tempat bersejarah ini.

 Kaedah Menemubual: kaedah ini memerlukan saya untuk menerumah

orang-orang lama yang mengetahui sejarah awal tentang pembinaan Masjid Zahir.

Kaedah ini agak mudah untuk di lakukan tetapi hakikat disebaliknya begitu mencabar

sekali kerana tidak semua orang saya temuramah mengetahui selok –belok bangunan

bersejarah yang saya pilih ini.

HASIL KAJIAN
1) Nama bangunan:

Masjid Zahir merupakan Masjid Negeri Kedah. Masjid Zahir juga

dikenali sebagai Masjid Zahrah yang merupakan salah satu mercu tanda seni
bina dan merupakan salah satu masjid tercantik di Malaysia. Masjid ini terletak di tengah-

tengah bandaraya Alor Star. Masjid ini merupakan masjid rasmi negeri Kedah serta

menjadi tempat beribadat yang utama bagi orang-orangIslam di Alor Setar. Masjid ini

juga dikenali sebagai Masjid Raja kerana masjid ini merupakan masjid Diraja dan terletak

di perkarangan Istana Pelamin.

2) Latar Belakang:

Masjid Zahir dianggap salah sebuah masjid yang tercantik di Malaysia

dan tertua di Negeri Kedah. Masjid ini dibina pada 22 Rabiulawal 1330 hijrah

atau 11 Mac 1912 atas usaha YTM Tunku Mahmud Ibni Almarhum Sultan

Tajuddin Mukarram Shah. Pembinaan masjid ini mengambil masa selama tiga

tahun. Tapak masjid ini sebelum pembinaannya adalah tanah pusara wirawira

Kedah atau perkuburan orang-orang Islam yang mati syahid semasa

mempertahankan Negeri Kedah daripada serangan Siam pada tahun 1821.

Reka bentuk masjid ini diilhamkan dari Masjid Azizi di Bandar Langkat,

Sumatera Utara. Masjid ini dihiasi dengan lima kubah utama sebagai simbol

lima Rukun Islam.Upacara perasmiannya dilakukan pada hari Jumaat, 6 Zulhijjah 1333

hijrah atau bersamaan 15 Oktober 1915 oleh Almarhum Sultan Abdul Hamid

Shah. Tunku Mahmud telah membaca khutbah Jumaat manakala baginda

Sultan Abdul Hamid Shah mengimamkan solat Jumaat. Di belakang Masjid Zahir,

terdapat Kompleks Bangunan Mahkamah Syariah dan Pusat

Pendidikan Asas Kanak-Kanak.


3) KEISTIMEWAAN

RUMUSAN
Saya amat bersyukur kerana dapat menyelesaikan Kerja Kursus Sejarah dalam

tempoh masa yang telah ditetapkan oleh guru. Ketika menjalankan kerja kursus ini,

banyak pengetahuan, pengajaran dan nilai yang telah dapat saya pelajari. Saya telah

mempelajari dan mengetahui banyak perkara yang berfaedah semasa melaksanakan kerja

kursus ini. Saya telah banyak memperoleh maklumat tentang bangunan bersejarah, iaitu
Masjid Zahir ini yang kian dilupakan masyarakat kini. Oleh itu, saya mesti menghargai

dan berbangga dengan salah satu mercu tanda negeri Kedah ini. Saya juga mengesan

tentang keistimewaan dan keunikan seni bina serta sejarah pembinaan Masjid Zahir.

Saya juga dapat menghayati nilai kesabaran, ketabahan, kejujuran dan kerjasama antara

rakan-rakan semasa menjalankan dan menyelesaikan kerja kursus ini dengan sempurna.

Nilai kerjasama telah membuatkan saya bersama rakan-rakan berganding bahu untuk

mencari maklumat terkini tentang Masjid Zahir ini.

Kerja kursus ini juga memberi peluang kepada saya untuk menguasai kemahiran

membuat penyeledikan dengan tatacara yang betul serta meningkatkan kemahiran

berkomunikasi. Selain itu, nilai yang telah saya perolehi ialah keberanian untuk

berkomunikasi, memupuk sifat menghargai bangunan bersejarah dan merupakan mercu

tanda negeri kita. Kini, saya telah mengenali erti tidak putus asa dalam melaksanakan

sesuatu tugasan. Selain itu, dalam menyempurnakan kerja kursus ini, saya dapat

merasakan bahawa khazanah negara, khususnya bagunan-bangunan bersejarah seperti

Masjid Zahir ini merupakan salah satu khazanah negara yang harus dipelihara agar dapat

kekal untuk generasi akan datang.mesti menghargai dan memelihara warisan nenek

moyang kita dan menghargai dan berusaha untuk mengekalkannya. Saya juga telah

mempelajari tentang keistimewaan dan keunikan bangunan brsejarah ini yang

menyebabkannya diminati oleh rakyat asing.

LAMPIRAN
MASJID ZAHIR

RUJUKAN
ESEI
Berdasarkan soalan yang diberikan, istilah pemeliharaan dan pemuliharaan

membawa maksud kerja-kerja baik pulih bangunan monument dan tapak tanah

bersejarah dengan menggunakan pendekatan seperti pencegahan, pengekalan,

pengembalian semula, pemulihan, pembinaan semula dan lain-lain lagi.Melalui kajian

ini, masyarakat Negara dapat dibentuk agar mempuyai semangat bangga akan Negara.
Selain itu, kita dapat mempertahankan maruah bangsa dan Negara dengan

mempelajari untuk meneruskan pemeliharaan dan pemuliharaan warisan bangsa

ini.Kajian ini juga dapat memperkenalkan bangunan bersejarah ini kepada generasi akan

dating.Melalui penjagaan bangunan ini,kita dapat menunjukkan bahawa kita sebagai

rakyat Malaysia bangga dengan sejarah warisan bangsa.

Proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga dapat

mempamerkan sikap rajin dan gigih serta bersikap berdikari bagi menjayakan

pemeliharaan dan pemuliharaan.Bangunan bersejarah yang biasanya dilakukan secara

kerjasama berpasukan dalam melaksanakan proses ini.Kita juga perlu menunjukkan sikap

tabah menghadapi apa jua cabaran

Anda mungkin juga menyukai