Anda di halaman 1dari 1

Aspek Kebersihan

Analisis Tugasan : Cara Mencuci Pinggan Sehingga Bersih

BIL Langkah-Langkah Mencuci Pinggan

1. Cikgu menerangkan kepada murid tentang kepentingan mencuci pinggan. Menunjukkan kepada
murid video cara-cara mencuci pinggan sebelum mempraktikkan

2. Menyuruh murid memakai apron sebelum mencuci supaya baju tidak kotor dan terkena air.
Murid perlu melipat lengan baju sehingga ke paras siku supaya baju tidak terkena kotoran serta
air ketika mencuci pinggan.
3. Murid perlu membuang sisa-sisa makanan yang berada di pinggan ke dalam plastic sampah
supaya mudah untuk dicuci.

4. Murid perlu menggunakan sabun pencuci pinggan sama ada yang berbentuk cecair atau serbuk
dan pastikan sabun tersebut sabun pencuci pinggan.

5. Murid perlu meletakkan sedikit sabun ke atas spam dan mula mencuci pinggan.

6. Murid mestilah mencuci keseluruhan pinggan bermula dari hadapan sehingga ke bahagian
belakang pinggan. Selepas itu, murid perlu membilas pinggan tersebut sehingga cuci dan
sehingga tiada lagi kesan-kesan kotoran serta tiada air sabun pada bahagian pinggan.
7. Selepas siap membilas, murid perlu meletakkan pinggan pada rak pinggan dengan tersusun.

8. Setelah selesai mencuci, murid mestilah mencuci sinki dengan membuang sisa-sisa makanan yang
melekat di dalam sinki supaya sinki tidak tersumbat.

9. Murid perlu membasuh spam yang digunakan tadi supaya kotoran yang melekat pada spam
hilang. Selepas itu, simpan spam di tempat yang kering dan berdekatan dengan sabun pencuci.

10. Akhir sekali, murid perlu membasuh tangan dengan bersih dan mengelap tangan yang basah
dengan menggunakan kain pengelap tangan.

Anda mungkin juga menyukai