Anda di halaman 1dari 9

1.

0 Pengenalan

Dr. Lee Lay Wah (2009), analisis tugasan merupakan proses yang penting dalam perancangan
dan pengajaran murid berkeperluan khas. Proses ini bertujuan untuk memecahkan sesuatu
aktiviti yang lebih kompleks kepada langkah-langkah kecil yang ringkas. Langkah-langkah
tersebut kemudian diorganisasi mengikut urutan yang bersesuaian. Pengajaran dilaksanakan
mengikuti langkah-langkah kecil yang lebih ringkas. Hal ini bermaksud bahawa murid
berkeperluan khas akan diajar langkah demi langkah sehingga mereka menguasai keseluruhan
kemahiran sasaran.
Analisis tugasan juga merupakan perincian tentang sesuatu tugasan atau aktiviti.
Tujuannya adalah untuk menstrukturkan sesuatu aktiviti dari mula hingga akhir dan akhirnya
murid dapat melakukannya satu persatu sehinggalah menguasainya. Penyediaan analisis
tugasan melibatkan proses pembahagian kemahiran kepada beberapa komponen atau langkah
mudah yang dapat dikuasai dan dipelajari oleh murid. Kaedah ini membantu guru menyusun atur
kemahiran yang hendak diajar, memberi latihan yang konsisten dan nilai tahap pencapaian
murid. Antara langkah-langkah penyediaan analisis tugasan dapat dilaksanakan adalah seperti
berikut:
1. Memastikan kemahiran yang sesuai diajar pada murid mengikut tahap keupayaan.
2. Huraikan secara ringkas kemahiran yang terpilih.
3. Kemahiran yang dipilih dipecahkan kepada langkah-langkah kecil.
4. Buat penyesuaian langkah-langkah pembelajaran mengikut kelemahan dan kebolehan
murid.
5. Guru menjalankan analisis tugasan.
6. Guru membuat pemerhatian dan penilaian apabila murid telah menguasai kemahiaran
yang diajar.
7. Membuat penambahan dan perubahan di mana perlu sehingga murid dapat menguasai
kemahiran yang hendak diajar

2.0 Teknik Hands-Over-Hand dan Teknik Hand-Under-Hands

3.0 Justifikasi Kemahiran Yang Diajar

Manakala, justifikasi kemahiran yang diajar adalah seperti berikut :


1. Murid boleh mempelajari dan mengamalkan salah satu kemahiran kehidupan seharian
iaitu mencuci peralatan dapur.
2. Murid boleh membina keyakinan diri dan boleh dipraktikkan di rumah.
3. Murid boleh berdikari dan tidak mengharapkan bantuan sepanjang masa.
4. Murid boleh membantu ibu bapa dengan meringankan beban pengurusan tugasan
rumah

4.0 Kemahiran Sedia Ada

Disamping itu juga, terdapat beberapa kemahiran sedia ada yang telah dikuasai oleh
murid dalam melaksanakan analisis tugasan. Antaranya adalah :
1. Murid telah mengenali alat dan bahan yang digunakan untuk mencuci peralatan dapur
seperti cecair pencuci pinggan dan span pencuci.
2. Murid telah mengenali peralatan di dapur seperti pinggan, cawan, sudu, gelas dan
mangkuk.
3. Murid telah menguasai kata arah seperti dalam, atas, bawah, kiri, kanan, depan dan
belakang.
4. Murid telah mahir dengan konsep sistem arah jam.
5. Murid telah mahir membuka dan menutup pili air.

5.0 Langkah-langkah Mengajar Analisis Tugasan

Berikut ialah satu bentuk pengajaran kemahiran menggunakan analisis tugasan iaitu pengajaran
kemahiran mencuci peralatan dapur.

Langkah 1:
Murid diberikan orientasi dengan menerangkan kedudukan alatan dan bahan mencuci yang
terdapat di sinki dapur. Antara kedudukan bahan dan peralatan mencuci adalah seperti berikut :
i. Cecair pencuci pada jam 12
ii. Paip air pada jam 11
iii. Span pencuci pada jam 3
iv. Bekas sabun pada jam 2
v. Kain lap tangan pada jam 5
vi. Rak pinggan pada jam 3 (belakang peralatan mencuci)
12
11
2

Gambar 1.1 Bahan dan Peralatan

Langkah 2:
Murid diminta berdiri di hadapan sinki.

Gambar 1.2 Berdiri di hadapan sinki

Langkah 3:
Murid diminta mengambil bekas kecil untuk dijadikan tempat sabun.

Gambar 1.3 Mengambil bekas sabun


Langkah 4:
Pusingkan paip (mengikut arah jam) untuk mengisi air ke dalam bekas sabun.

Gambar 1.4 Buka pili air

Langkah 5:
Picit sedikit sabun cecair ke dalam bekas tersebut kemudian tutup penutupnya.

Gambar 1.5 Picit sabun cecair

Langkah 6:
Genggam dan picit span berulangkali sehingga berbuih dalam bekas sabun.

Gambar 1.6 Genggam dan picit span


Langkah 7:
Sentuh pinggan untuk memastikan dalam keadaan yang selamat (pastikan pinggan tidak retak
atau sumbing)

Gambar 1.7 Genggam dan picit span

Langkah 8:
Pusing paip air sedikit untuk pengaliran air.

Gambar 1.8 Buka pili air untuk aliran air

Langkah 9:
Ambil pinggan yang ingin dicuci dan lalukan di bawah air.
Langkah 10:
Guna jari jemari untuk menghilangkan sisa makanan yang terlekat pada pinggan.Kemudian
tutup air setelah pinggan dibersihkan.

Langkah 11:
Pegang pinggan menggunakan tangan kiri.

Langkah 12:
Kemudian, ambil span menggunakan tangan kanan dan halakan span tersebut ke arah
pinggan.

Langkah 13:
Gosok span pada pinggan secara berputar ikut arah jam.
(menggunakan teknik “hand over hand”, guru membimbing murid)
Langkah 14:
Letak dan gosok span di bahagian permukaan bawah pinggan pula.

Langkah 15:
Letak pinggan di tepi kanan singki setelah selesai disabunkan.

Langkah 16:
Pusingkan paip air untuk bersihkan pinggan.

Langkah 17:
Dekatkan pinggan ke arah telinga kemudian sentuh menggunakan tapak tangan. Jika
permukaan kesat dan berbunyi bermaksud tiada kesan sabun dan minyak pada permukaan
pinggan.
Langkah 18:
Letak pinggan yang sudah dicuci pada rak pinggan.

Langkah 19:
Buka paip untuk bersihkan sinki sekiranya terdapat sisa makanan yang tertinggal. Jika ada sisa
makanan buang dalam tong sampah.

Langkah 20:
Cuci tangan dan keringkan tangan dengan tuala lap tangan.
6.0 Rumusan

Kesimpulannya, analisis tugasan merupakan satu kaedah pengajaran yang paling asas
dan berkesan untuk mengajar murid Pendidikan Khas. Dengan adanya analisis tugasan ini, ia
dapat membantu murid masalah penglihatan menguruskan diri sendiri terutamanya dalam
kemahiran untuk berdikari tanpa bergantung kepada bantuan orang lain. Selain itu, dapat
memberi peluang kepada murid masalah penglihatan untuk menjalani kehidupan sebenar sama
seperti orang lain. Disamping, membina kecekapan dalam diri murid masalah penglihatan dan
mereka akan berasa bangga dengan diri sendiri apabila berjaya menguasai sesuatu kemahiran.

RUJUKAN :

Lee Lay Wah. (2009, March 12). Analisis Tugasan.


http://epkhas.ses.usm.my/content/analisis-tugasan

Konsultan Pendidikan DUN. (2016, June 12). Pendidikan Inklusif (Tugasan).


http://konsultanpendidikandun.blogspot.com/2016/06/pendidikan-inkulsif-tugasan.html

Pomizi Resources.Com. (n.d). Analisis Tugasan.


https://pomizipedagogy.wordpress.com/pendekatan/analisis-tugasan/

Suzana Aziz, Saifuddin Mohamad & Adlina Awang. (2020). Buku Teks Kemahiran Asas
Individu Ketidakupayaan Penglihatan Tahun 5. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Webster, Jerry. (2021, February 16). Hand Over Hand Prompting for Children With Disabilities.
thoughtco.com/hand-over-hand-prompting-3110838.

Anda mungkin juga menyukai