Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH KEBANGSAAN SEBERANG JAYA II

LENGKOK TENGGIRI, BANDAR SEBERANG JAYA,


13700 PERAI, PULAU PINANG

LAPORAN PROJEK KECERIAAN DAN KEBERSIHAN TANDAS SKSJ II 1


LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PELAJAR : NUR ANATI BINTI AZIZAN
PROGRAM : PISMP JANUARI 2010
NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN SEBERANG JAYA II
NAMA PROJEK/AKTIVITI : KECERIAAN DAN KEBERSIHAN TANDAS
SEKOLAH KEBANGSAAN SEBERANG JAYA II
TEMPOH PELAKSANAAN : 1 SEHINGGA 26 JULAI 2013

OBJEKTIF:
Pelaksanaan projek ini bertujuan untuk:
1) Mewujudkan tandas sekolah yang ceria dan bersih.
2) Menerapkan kesedaran dalam kalangan murid-murid SK Seberang Jaya II
tentang peri pentingnya menjaga kebersihan tandas.
3) Menukar persepsi murid-murid dan warga sekolah terhadap kebersihan
tandas sekolah.

STRATEGI PELAKSANAAN:
Fasa Aktiviti
Kertas Kerja Menyiapkan kertas kerja
Mengumpul
maklumat
Mendapatkan maklumat berkenaan keceriaan tandas:
gambar-gambar
kriteria tandas ceria
tema hiasan tandas
Menyiapkan
Hiasan Tandas
Proses mencetak, menggunting dan mewarna gambar dan ayat-
ayat.
Membersihkan
Tandas
Pihak Pekerja Am membersihkan tandas untuk memudahkan
proses keceriaan.
Menghias tandas Melukis Mural
Menampal Bahan Keceriaan.


SEKOLAH KEBANGSAAN SEBERANG JAYA II
LENGKOK TENGGIRI, BANDAR SEBERANG JAYA,
13700 PERAI, PULAU PINANG

LAPORAN PROJEK KECERIAAN DAN KEBERSIHAN TANDAS SKSJ II 2

REFLEKSI:
1) Kekuatan Projek/Aktiviti

Saya amat gembira sebenarnya melaksanakan keceriaan tandas
kerana saya dapat bayangkan di masa akan datang jika saya memikul
tanggungjawab untuk menceriakan tandas, saya akan aplikasikan apa
yang saya telah lakukan di sini. Di samping itu, aktiviti keceriaan ini
merupakan minat saya. Ini merupakan satu kekuatan saya dalam
melaksanakan tugasan ini. Saya dapat menunjukkan kreativiti saya
dalam menceriakan tandas sekolah. Tambahan, dengan tempoh masa
projek yang panjang, saya dan rakan-rakan dapat melaksanakan projek
ini dengan teliti dan tidak terburu-buru. Selain itu, kerjasama daripada
rakan-rakan saya juga merupakan kekuatan utama dalam menjalankan
aktiviti ini. Tanpa kata sepakat dan komited daripada rakan-rakan saya,
projek ini tentu tidak berjalan dengan lancar.

2) Kelemahan Projek/Aktiviti :

Kami menjalankan projek keceriaan ini pada waktu sekolah. Sewaktu
melakukan keceriaan, ramai murid-murid yang keluar masuk tandas
dan melihat kami melakukan kerja. Ada di antara mereka juga tidak
mahu masuk ke kelas kerana mahu melihat kami melakukan kerja.
Disebabkan itu, saya dan rakan seperjuangan terpaksa menghentikan
kerja kami dan menyambung semula selepas waktu persekolahan.
Saya dapati sikap murid-murid di sekolah ini mereka tidak tahu
menghargai sesuatu perkara atau benda yang baik. Tidak sampai
dalam masa seminggu, hiasan yang telah kami tampal telah rosak
akibat terkena air. Saya berasa sedih dengan sikap murid-murid di
sekolah ini.




SEKOLAH KEBANGSAAN SEBERANG JAYA II
LENGKOK TENGGIRI, BANDAR SEBERANG JAYA,
13700 PERAI, PULAU PINANG

LAPORAN PROJEK KECERIAAN DAN KEBERSIHAN TANDAS SKSJ II 3

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:

Saya cadangkan bagi mengekalkan keindahan tandas sekolah, pihak sekolah acap
kali memberi kesedaran kepada murid-murid betapa pentingnya menjaga
kebersihan. Rentetan daripada itu, pihak sekolah boleh menjalankan satu program
yang bertajuk 1 Kelas 1 Tandas. Program ini boleh dilaksanakan dengan
mengamanahkan setiap kelas untuk menjaga kebersihan tandas bagi tandas yang
telah ditetapkan untuk mereka. Jika tandas itu kotor, maka kelas yang ditugaskan
akan didenda dengan membersihkan tandas tersebut. Dengan ini, murid-murid akan
berasa lebih bertanggungjawab dan lebih menghargai keindahan tandas mereka.

KESIMPULAN:

Kesimpulannya, ilmu tanpa amal umpama pohon yang tidak berbuah. Tanpa latihan
yang secukupnya, ilmu yang diperoleh tidak dapat digilap apatah lagi dapat
dicurahkan kepada orang lain. Kita seharusnya mencari dan saling berkongsi ilmu
bersama dengan orang lain agar generasi kita di masa akan datang tidak akan
digelar sebagai generasi yang miskin dari segi ilmu di masa akan datang. Harapan
saya, semoga pengalaman yang diperoleh pada kali ini akan membawa saya ke
jalan yang cerah di dalam profesyen keguruan di masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai