Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM

JURNAL REFLEKTIF MINGGUAN

Bilangan Jurnal : Kesembilan MINGGU


Tarikh : 7 Ogos 2022 9
Tajuk : Kekerapan Murid Pergi Ke Tandas Sewaktu PdPc Berlangsung

1. ISU YANG DIFOKUSKAN :


Pada minggu kesembilan ini, isu yang ingin difokuskan ialah kekerapan murid pergi ke
tandas semasa sesi PdPc berlangsung. Kita sedia tahu bahawa tidak mempunyai
masalah jika murid pergi ke tandas untuk urusan peribadi tetapi pada ketika ini apabila
diperihatikan, ada segelintir murid saya yang kerap meminta izin untuk pergi ke tandas
sewaktu saya sedang mengajar. Hal ini sedikit sebanyak menyebabkan proses
pengajaran dan pembelajaran pada ketika itu menjadi terganggu.

2. ANALISIS ISU YANG DIFOKUSKAN (PUNCA DAN KESAN ISU) :


Apabila dianalisis isu ini, majoriti murid yang meminta kebenaran untuk keluar ke
tandas bukanlah untuk menguruskan urusan peribadi mereka tetapi ada yang bermain-
main dengan rakan dan mengambil kesempatan berjalan-jalan keluar kelas. Selain itu,
antara faktornya ialah guru iaitu saya yang begitu mudahnya memberi keizinan kepada
mereka untuk pergi tandas tanpa bertanyakan tujuan sebenar. Sebagai guru sepatutnya
mengehadkan jumlah murid yang pergi tandas. Hal ini bertujuan agar sesi PdPc yang
sedang berlangsung itu tidak terganggu. Sikap sebegini perlu ditegah awal untuk
mengelakkan sikap negatif berlaku dalam kalangan murid.

3. KAJIAN LAMPAU (LITERATURE REVIEW) TERHADAP ISU (PENGALAMAN


ATAU KAJIAN LEPAS):
  Saya bercadang untuk menggunakan Model Asertif Canter ( 2002 ) untuk menangani
permasalahan ini andainya wujud sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran
kelak. Model ini menekankan tindakan-tindakan berikut ;
a. Menyatakan jangkaan pengajaran seawal-awalnya
b. Menggunakan suara yang lantang, tenang dan tegas
c. Berlaku kontak mata antara guru dan murid
d. Menggunakan gerak badan bukan lisan untuk menyokong pernyataan lisan
e. Mengubah tingkah laku murid tanpa ancaman atau jeritan
f. Melakukan teknik “ broken record” iaitu mengulangi mesej dengan tenang

4. CADANGAN DAN IDEA PENYELESAIAN MASALAH :


Antara cadangan dan idea penyelesaian yang akan dilakukan untuk mengatasi isu ini :
- Mengehadkan bilangan murid yang keluar ke tandas
- Mengenal pasti murid yang sering meminta kebenaran untuk pergi ke tandas
Sekali sekala membuat lawatan mengejut untuk melihat pergerakan/tujuan sebenar
murid ke tandas

5. TEMPOH MASA PENYELESAIAN :


1 Minggu

6.TINDAKAN SUSULAN :
Antara cadangan memperbaiki isu pada minggu kelapan ini adalah dengan
mengehadkan bilangan murid yang keluar ke tandas. Hal ini bertujuan untuk
mengawal pergerakan murid yang sering keluar ke tandas tanpa menyebabkan
  proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas terganggu. Guru juga boleh
mengenal pasti murid yang sering meminta keberanaran untuk pergi ke tandas. Hal
ini dilakukan supaya murid yang sama tidak mengulangi perkara tersebut dan
memberi pengajaran kepada rakan lain.

7. TARIKH TINDAKAN SUSULAN DILAKSANAKAN :


14 OGOS 2022
8. KEBERKESANAN LANGKAH YANG DICADANGKAN :
Saya juga cuba untuk refleks tentang pengurusan masa dalam memastikan
murid boleh mengikuti langkah pengajaran saya.Sebagai tindakan susulan, saya akan
sentiasa memastikan :
-menambahbaik aktiviti yang kurang sesuai kepada aktiviti yang lebih relevan bagi
murid saya agar dapat dilakukan oleh mereka.

9. KESIMPULAN / REFLEKSI (KESAN TINDAKAN (PERLU) DAN HALANGAN (JIKA


ADA) :
Saya merasa amat berpuas hati dengan hasil daripada tindakan yang diambil.

RUJUKAN
Boon Pong Ying, Lee Leh Hong & Lawrence Aloysius Aeria (2017). Pentaksiran dalam
Pendidikan. Selangor : Oxford Fajar Sdn.Bhd.
Noraiti A.Rashid et.al (2017). Budaya dan Pembelajaran. Selangor : Oxford Fajar

Disemak Oleh Guru Pembimbing; Disahkan Oleh Pensyarah Penyelia;

__________________________ __________________________
Tandatangan Tandatangan
Nama : _____________________ Nama : _____________________
Tarikh : _____________________ Tarikh : _____________________

Anda mungkin juga menyukai