Anda di halaman 1dari 2

Nama Pelajar : FARAH AZIRA BINTI ZAHARI

Program : PISMP
Pengkhususan / : 2017 / 06 - SAINS : PISMP
Opsyen

Sekolah : SK FRANCIS LIGHT


Fasa : Internship
Minggu Praktikum :2
Tarikh : 16-04-2021
Tajuk : Cara menguruskan murid darjah 2 dalam bilik darjah
Kategori : Pengurusan bilik darjah

1. Isu Yang Difokuskan :

Pada minggu ini, antara masalah yang dihadapi adalah di mana murid-murid dalam kelas yang diajar oleh saya
ini kerap meminta kebenaran untuk keluar kelas pergi ke tandas. Dalam satu-satu waktu pengajaran dan
pembelajaran mesti ada saja ada murid yang ingin keluar untuk pergi tandas malah seorang murid akan
meminta kebenaran keluar lebih dari sekali. Masalah ini berlaku sejak tiga minggu saya berpraktikal di sekolah
ini. Namun begitu, saya tidak terlalu memandang serius akan perkara ini sehinggalah pada minggu kedua ini
saya merasakan perkara ini perlu juga dikaji oleh saya. Pada pandangan saya masalah ini bukan saya berlaku
dalam kelas yang diajar oleh saya tetapi dalam kelas yang lain juga dari tahun 1 hingga ke tahun 6.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :

Masalah ini bukan baru berlaku tetapi telah lama berlaku sejak zaman-berzaman. Antara persolan saya adalah
adakah murid-murid ini benar-benar ingin membuang air atau tidak suka akan apa yang diajar guru atau bosan
dengan pengajaran yang diajar oleh guru. Apabila ditanya kepada murid mereka akan menjawab ingin
membuang air. Ketika saya mengajar di tahap satu, saya melihat ada saja alasan diberikan oleh murid untuk
keluar kelas dengan alasan ingin pergi ke tandas dengan berdua-duaan dengan rakan-rakan kelas mereka.

3. Kajian Lampau (Literature Reiview) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) :

Menurut Ab Halim Tamuri (2015), kepelbagaian pendekatan dan strategi pedagogi seperti pembelajaran aktif
mampu meningkatkan keupayaan prestasi akedemik pelajar di samping mendorong perubahan
sikap dan minat pelajar kepada sesuatu mata pelajaran jika diterapkan di dalam perancangan
proses pengajaran dan pembelajaran oleh guru-guru.

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :

Jadi untuk mengurangkan murid daripada meminta kebenaran keluar kelas ke tandas guru matapelajaran
terlebih dahulu sebelum kelas dimulakan perlu menegaskan peraturan kelas bahawa tidak boleh keluar waktu
pengajaran dan hanya jika kecemasan boleh keluar. Peraturan kelas perlu ditegaskan oleh setiap guru
matapelajaran bagi kelas yang mereka ajar. Saya juga dapati murid-murid lebih bekerjasama dalam pengajaran
dan pembelajaran yang melibatkan permainan ataupun kuiz. Oleh yang demikian, saya memperbanyakkan
aktiviti-aktiviti seperti berikut berdasarkan topik yang di ajar dalam menarik minat mereka terhadap pengajaran
yang dijalankan. Lantas murid lebih berminat untuk belajar dan kurang untuk meminta kebenaran keluar kelas
ke tandas. Selain itu, pas keluar murid sangat penting untuk mengawal pergerakan murid ke tandas.

5. Tempoh Masa Penyelesaian :

1 minggu
6. Tindakan Susulan :

Murid-murid harus diberi nasihat yang berterusan supaya tidak kerap keluar ke tandas. Segala urusan ke tandas
dan sebagainya perlu dilaksanakan sebelum masa rehat dan sebelum masuk ke kelas.

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :

21/4/2021

8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :

Bilangan murid-murid di dalam kelas yang meminta kebenaran untuk keluar ke tandas adalah kurang daripada
3 kepada bilangan yang kecil. Hal ini kerana, murid-murid selalu diseru oleh guru matapelajaran untuk pergi ke
tandas pada waktu rehat dan sebelum rehat. Selepas mengadakan aktiviti kumpulan dan kuiz dan sebagainya
murid-murid kelihatan lebih minat terhadap pengajaran dan pembelajaran dan dengan ini ia dapat menghalang
mereka daripada keluar kelas pergi tandas secara kerap.

9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :

Secara kesimpulanya, isu murid kerap meminta kebenaran untuk keluar kelas pergi ke tandas ini dapat
ditangani malah kadarnya dapat dikurangkan hari demi hari semestinya. Kerjasama para guru dalam menangani
isu ini amatlah dihargai dan juga disanjungi.

10. Rujukan :

Ab Halim Tamuri. (2015). Prinsip pembelajaran aktif dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan islam.
Jurnal Pendidikan Fakulti Pendidikan 3(2): 29-42

Anda mungkin juga menyukai