Anda di halaman 1dari 3

Bilangan Jurnal :1

Minggu Praktikum : Pertama


Tarikh Peristiwa : 18 April 2022
Tajuk Jurnal : Gangguan semasa proses Pengajaran dan

Pembelajaran (PdP)

1. Masalah/ peristiwa

Pada minggu pertama praktikum, saya menghadapi gangguan semasa sesi pdp berjalan kerana
segelintir murid yang suka keluar masuk bilik darjah dan membuat bising.

2. Analisis masalah

Masalah ini timbul kerana semasa saya mengajar murid-murid selalu meminta izin dengan saya
untuk ke tandas, membuang sampah, menghantar buku dan mahu ke koperasi untuk membeli alat
tulis dan sebagainya. Selain itu juga, beberapa orang murid yang berbuat bising dan tidak
memberikan tumpuan terhadap penerangan yang diberikan oleh guru.

Menurut harry k. Wong (1998) kebanyakan masalah tingkah laku disebabkan oleh guru itu sendiri.
“Most behavior problems in the classroom are caused by the teacher’s failure to teach students how
to procedures”. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh saya kurang tegas dengan murid-murid
semasa mengajar dan juga ketika berada di dalam kelas. Oleh sebab itulah murid- murid mengambil
kesempatan ke atas ketidaktegasan saya semasa berada di dalam bilik darjah. Seterusnya, bahan
pengajaran dan cara penyampaian pengajaran yang tidak menarik akan menyebabakan murid-murid
cepat bosan. Selain itu juga, saya turut membuat pemerhatian dan temubual dengan guru kelas
berkaitan beberapa orang murid yang kerap membuat bising ketika sesi pdp berjalan. Hasil daripada
itu, saya dapati beberapa faktor yang menyebabkan murid berbuat bising didalam kelas semasa sesi
pdp berjalan. Antaranya, murid-murid ini adalah dari kumpulan sederhana dan lemah.

3. Cadangan
Bagi mengubah masalah dan sikap beberapa orang murid yang suka keluar masuk kelas dan
membuat bising ketika pdp sedang berjalan, saya telah membuat beberapa cadangan yang boleh
digunakan bagi mengatasi masalah di atas.

Antara cadangan saya ialah perlu bersikap tegas terhadap murid. Menurut Mok Soon Sang (2003),
corak kepimpinan guru ketika berada di dalam bilik darjah keberkesanan komunikasi yang
berlangsung. Selain itu, membuat beberapa peraturan yang jelas dan spesifik serta berkuatkuasa
sepanjang kelas bahasa melayu yang perlu dipatuhi oleh semua murid tahun 5 Baiduri

Seterusnya, memindahkan murid yang bising di barisan hadapan agar kelas dalam kawalan guru dan
dalam masa yang sama saya dapat memerhatikan keadaan murid ini. Menurut dorit sasson,
penyusunan tempat duduk dalam kelas adalah satu cara bagi mengawal dan mengurus kelas. “Social
dynamics is a big factor for rowdy behavior. Look at your seeting chart”. Akhir sekali, melakukan
aktiviti yang dapat menarik minat mereka

4. Tempoh penyelesaian

Saya akan cuba untuk menyelesaikan masalah ini dalam masa lima hari persekolahan iaitu 18 April
hingga 21 April 2022.

5. Tindakan susulan

Sebagai guru yang bertanggungjawab, saya perlu sentiasa memberi dorongan serta tunjuk ajar.
Selain itu, saya perlu belajar bagaimana cara pengurusan bilik darjah dan cara memotivasikan murid-
murid. Hasil daripada pembacaan saya, peraturan-peraturan perlu diwujudkan di dalam bilik darjah
oleh guru bagi mengawal tingkah laku murid. Sebelum memulakan sesi pdp, guru perlu menetapkan
peraturan di dalam bilik darjah dan semasa proses PdP berjalan. Oleh itu, saya telah menetapkan
peraturan sebelum kelas bermula.

Rujukan

Ragbir. (2011). Panduan Ilmu Pendidikan Komprehensif untuk KPLI (Sekolah Rendah). UG.Press
Selangor.
Mok Song Sang. (2010). Psikologi Pendidikan dan Pedagogi Murid dan Alam Belajar. Kuala Lumpur.
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang (2003) Psikologi Pendidikan. Kumpulan Pendidikan Budiman Sdn.Bhd, Subang Jaya.

Anda mungkin juga menyukai