Anda di halaman 1dari 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS IPOH
JURNAL
Bilangan Jurnal

: Ke - 1

Minggu Praktikum

: Pertama

Tarikh Peristiwa / Kejadian

: 25 29 Januari

Tajuk Jurnal

: Mengatasi murid yang suka berjalan ketika PdP.

1. Masalah /Peristiwa:
Antara masalah yang sering berlaku sepanjang minggu ini ialah masalah murid tahun 5
Cemerlang yang sering berjalan ketika PdP sedang berlangsung. Beberapa orang murid
sering berjalan dan mengganggu rakan yang lain ketika PdP sedang berlangsung.
Mereka juga kerap minta keluar ke tandas. Malah telah mengganggu kelancaran sesi
PdP ketika saya ingin menyampaikan input pengajaran.
2. Analisis
Masalah ini timbul kerana saya sendiri kurang penegasan ketika mengajar. Beberapa
orang murid telah dikenalpasti yang suka berjalan dan mengganggu rakan-rakan ketika
PdP. Terdapat juga murid yang kurang fokus dan suka berkhayal semasa PdP sedang
berlangsung. Murid tersebut telah diselidik latar belakang mereka semasa sesi
kolaborasi bersama Guru Pembimbing.
3. Cadangan Tindakan Susulan
a. Mewartakan beberapa peraturan ketika sesi pembelajaran.
Menurut Haliza Hamzah dalam bukunya Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah
Laku muka surat 30, peraturan bermaksud kenyataan yang memaklumkan tingkah
laku yang boleh diterima di dalam bilik darjah. Peraturan juga merujuk satu
peringatan dan autoriti kepada nilai moral murid-murid. Daripada kenyataan penulis,
jelaslah bahawa peraturan sememangnya dapat mendisiplinkan murid-murid.
Seorang guru yang bijak akan mengambil peluang sebelum memulakan
pengajarannya untuk berbincang dengan murid-murid tentang pengurusan bilik
darjah termasuklah peraturan di dalam kelas. Saya akan mewartakan peraturan di
dalam kelas ini bagi mengawal tingkah laku murid-murid.
b. Memberi peneguhan kepada mana-mana murid-murid yang boleh berdisiplin
terutama ketika sesi PdP.
c. Memberikan token ekonomi kepada mana-mana murid yang berjaya memberi

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS IPOH
kerjasama ketika PdP.
4. Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini secepat mungkin sebelum sesi pengajaran
berikutnya. Masalah ini harus saya atasi pada minggu pertama. Hal ini demikian bagi
memastikan sesi PdP yang seterusnya berjalan dengan baik tanpa sebarang gangguan.
Disemak oleh Guru Pembimbing

Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan :..............................................

Tandatangan :..............................................

Nama

:..............................................

Nama

:..............................................

Tarikh

:..............................................

Tarikh

:..............................................

Anda mungkin juga menyukai