Anda di halaman 1dari 16

MITOS

NAGA DI SUNGAI
PAHANG
Disediakan oleh :
Caroline Nyandau
Hamdan bin Husaing
Munirah bt Mohamad Fauzi

SASTERA RAKYAT JENIS NARATIF


Ciri-ciri mitos:
Dianggap benar-benar terjadi.
Mitos ialah cerita
yang dianggap
benar-benar terjadi
dan suci serta di
luar jangkauan akal
manusia.

Peristiwa yang berlaku aneh tetapi


penting.
Dianggap keramat dan memberikan
kesan kepada masyarakat.
Latar belakang berlaku pada zaman
lampau.
Tokoh yang terlibat adalah Tuhan atau
dewa-dewa.

Pengenalan
o Ada pun di Pahang ini ada tiga ekor Naga yang bernama Seri Gumun
dan Seri Pahang di Tasik Chini dan Seri Daik yang tidak diketahui
dimana lokasi.
o Pada tahun 1926 sewaktu banjir besar yang menengelamkan banyak
kampung-kampung di Pahang ada ramai saksi yang menyaksikan
seekor naga atau ular besar menghilir Sungai Tembeling dan
seterusnya mengilir Sungai Pahang hingga ke Kuala Pahang.
o Dipercayai inilah Naga terakhir Sungai Pahang yang bernama Seri
Daik.
o Terdapat lagi dua ekor naga asing yang diberi nama Seri Kemboja dan
Seri Siam yang suka menganggu kemakmuran dan keamanan Negeri
Pahang.
o Dikatakan naga-naga Pahang yang bernama Seri Gumun dan Seri
Pahang pernah bertempur dengan dua ekor naga asing ini tetapi

Naga
Seri
Siam
bersisip
biasa
Naga
Seri
Gumun
bersisip
besi

Ciri-ciri
kekuatan
naga
Naga
Seri
Pahang
bersisip
perak

Naga Seri
Kemboja
bersisip
gangsa

Naga
Seri
Daik
bersisip
emas.

o Dari segi kekuatan dan kesaktian seekor naga itu diukur dari jenis
sisipnya mengikut turutan terkuat seperti berikut sisip emas, sisip
perak, sisip gangsa, sisip besi dan sisip biasa.
o Naga ini mempunyai pengawal-pengawalnya yang terdiri dari buayabuaya putih.

Dari mana asalnya naga-naga ini?


o Menurut cerita, pada zaman dahulu ada satu ilmu yang diamalkan oleh
orang-orang Melayu iaitu bertapa menjadi seekor naga.
o Kebanyakkan ilmu ini diamalkan oleh raja-raja dahulu di iringi pegawalpengawalnya yang juga bertapa menjadi buaya-buaya.
o Pada masa itu mereka masih berpegang teguh kepada ajaran Hindu.
Tujuannya ialah untuk menjadi kuat dan menjadi seorang yang digeruni
bagi menjaga negeri masing-masing.

Pertapaan menjadi seekor naga ini akan memakan masa selama seratus
tahun untuk mereka mendapatkan sisik emas. Berikut merupakan urutan
perubahan sisik sepanjang sisik biasa kepada sisik emas.

Dalam masa 25 tahun pertama mereka akan


mendapat sisik besi.
25 tahun kedua akan mendapat sisik gangsa.

25 tahun ketiga akan mendapat sisik perak.


Akhirnya bila sampai 25 tahun keempat iaitu
apabila genap seratus tahun tahun
pertapaan itu sisik mereka akan bertukar
menjadi emas.

o Jangka masa pertapaan itu bukan sahaja sisik mereka


akan bertukar tetapi juga mereka akan mendapat
berbagai kesaktian dan kelebihan.
o Badan naga ini tersangat besar dan panjang. Jika ia
berenang di lautan ombak akan beralun seperti bukit.
o Tempat pertapaannya adalah di gua-gua di dalam lautan
atau selat, ditasik-tasik, dan ditepi sungai-sungai. Semasa
pertapaannya, seluruh badannya akan diseliputi oleh
lumut dan lumpur yang amat tebal.
o Disebabkan oleh badannya yang dibaluti oleh lumpur dan
lumut itu maka banyaklah ikan -ikan besar dan kecil di
lubuk tempat pertapaannya itu. Selama pertapaannya
mereka tidak pernah bergerak atau berjalan ke sana ke
mari.

BUKTI PERNYATAAN :
Badan naga ini tersangat besar dan panjang. Jika ia berenang
di lautan ombak akan beralun seperti bukit.
Sesekali ia hanya mengerakkan badannya ...apabila ia
menggerakkan badannya sedikit ...air akan berkocak dan ombak
akan beralun besar. Keadaan ini terjadi tidak semenamena...tidak ada angin...tidak ada apa-apa...air akan berkocak
dengan kuat. Penduduk-penduduk dan hidupan di sekitarnya
amat memahami keadaannya...Semua hidupan di dalam hutan
kawasan tersebut akan menjadi kecut...dan takut sekiranya
mereka akan bergerak.
Dipetik daripada Hikayat Naga-Naga Sungai Pahang

Kekuatan dan kelemahan naga


o Walaupun
mereka
mempunyai
kekuatan,
ia
ada
kelemahannya....sekiranya ia bergerak dari pertapaannya ia
hendaklah bergerak pada malam hari...sekiranya ia tidak dapat
kembali kepada tempat pertapaannya ia akan menjadi batuPada
waktu siang ia boleh meninggalkan jasadnya dan menjadi orang
biasa seperti kita.
o Apabila ia mati ia akan menjadi batuan seperti gunung ganang dan
pulau-pulau. Jika ia dilautan ia akan bergerak bebas tidak hari siang
atau malam ia boleh ke sana-sini membawa jasadnya yang amat
besar.

Kuasa seorang Pendeta terhadap Naga


Naga Seri Daik adalah yang tertua...dan telah mencapai
tahap sisik emas semasa hidupnya. Pertapaan mengikut
yang empunya cerita...Seri Daik dikunci pergerakkannya
dan tidak boleh bergerak-gerak sehinggalah pada masa
sekarang....dikunci oleh seorang pendeta (pada masa itu
masyarakat menganggap orang yang berkebolehan seperti
itu dikatakan seorang pendeta...padahal ia adalah seorang
Islam yang bertaraf wali Allah...mengunci Sang Daik
dengan kalimah-kalimah Allah...sehinggalah terbentuknya
beberapa sungai dikelilingi badan Seri Daik).

BUKTI PERNYATAAN :
Pada masa itu mereka masih berpegang teguh kepada ajaran
Hindu. Tujuannya ialah untuk menjadi kuat dan menjadi
seorang yang digeruni bagi menjaga negeri masing-masing.
Orang Melayu pada masa dahulu suka mengamalkan ilmu
pertapaan
(ilmu
agama
Hindu
sebelum
kedatangan
Islam....pendekatan adalah baik...iaitu menjaga negerinya daripada
serangan musuh-musuh...yang pada masa dahulu menggunakan
hikmat-hikmat sakti...dan ia adalah merupakan ilmu hitam yang
mempercayai kekuatan jin-jin dan syaitan...tidak mempercayai
kekuatan sang penciptanya iaitu Allah).
Dipetik daripada Hikayat Naga-Naga Sungai Pahang

KISAH NAGA DI
TASIK CHINI

Alkisah 2 lelaki yang sedang bertapa dan ilmu yang diamalkan oleh mereka itu
ialah bertukar menjadi seekor naga! Pertapaan selama ratusan tahun itu akan
berakhir setelah sisik naga bertukar menjadi keemasan. 2 ekor naga tersebut
dinamakan Sri Pahang dan Sri Gumum.
2 ekor naga tersebut bertapa didalam tasik tersebut dan semua hidupan di tasik
tersebut menghormati mereka, sehinggakan ada perjanjian diantara manusia dan
hidupan tasik tersebut agar
tidak saling merosakkan diantara satu sama lain. Maka semua makhluk disitu
hidup aman damai tanpa sebarang masalah.
Dipendekkan cerita akhirnya Sri Pahang keluar menentang Sri Kemboja kerana
pada waktu itu Sri Kemboja telah menggangu keamanan negeri Pahang.
Pergelutan diantara mereka memakan masa berbulan-bulan sepanjang Laut
China Selatan hinggalah ke Teluk Siam. Lautan yang bergelora dan ombak yang
begitu kuat menyebabkan para nelayan disepanjang laut China Selatan tidak
dapat turun ke laut.

Berkat ilmu dan kesabaran Sri Pahang, Sri Kemboja hampir berjaya ditewaskan dan
mendapat luka yang sangat teruk. Sri Kemboja terpaksa menyelamatkan dirinya
dengan bersembunyi dicelah-celah gua didalam laut. Sekiranya ia cuba keluar dari
lubang tersebut, dengan pantas Sri Pahang memukulnya.
Akhirnya Sri Kemboja mendapat akal dan telah menggunakan telepati dengan
memasuki kedalam mimpi Raja Siam. Didalam mimpi itu tersebut ia memberitahu
tahu bahawa dirinya didalam kesusahan dan meminta agar Raja Siam menyiapkan
sejumlah meriam di tepi pantai.
Sekirnya ternampak seekor naga yang bewarna perak maka tembaklah ia dengan
meriam tersebut kerana itulah Sri Pahang.Maka pada hari yang dijanjikan maka
kelihatanlah 2 ekor naga sedang bertarung.
Maka ditembaklah Sri Pahang sehingga parah lah ia. Akhirnya akibat dari luka yang
teruk itu Sri Pahang pulang ke negeri Pahang dalam keadaan nazak dan
menghembuskan nafasnya yang terkahir di Pekan, Pahang setelah ia bertukar
menjadi seorang manusia.

Dari cerita di atas, Pahang mungkin pernah menentang pentadbiran wakil Siam
iaitu Maharaja Dewa Sura dan ingin mentadbir negerinya dengan bebas namun
mereka dikalahkan setelah Maharaja Dewa Sura memohon bantuan dari
Kerajaan Ayutthaya dan akhirnya Pahang dikalahkan.
Jika ditelusuri sejarah tasik Chini beberapa pendapat telah diutarakan seperti
terdapatnya sebuah runtuhan kota dan terdapat juga kisah bahawa seorang
tentera Australia yang menyelam kedalam tasik tersebut menemui kota
tersebut.
Namun ketiadaan usaha untuk membuat ekskavasi di kawasan tersbut
menyebabkan ia terus kekal misteri hingga hari ini. Kebiasaannya orang-orang
dahulu lebih suka menggunakan perlambangan bagi menerangkan sesuatu
perkara agar tidak diketahui oleh pemerintah.

SEKIAN. TERIMA KASIH

TASIK

Anda mungkin juga menyukai