Anda di halaman 1dari 2

JURNAL REFLEKTIF MINGGUAN

BILANGAN JURNAL: 4/12 MINGGU: 4 TARIKH: 27 Ogos – 31 Ogos 2018

MASALAH YANG DIFOKUS: TIDAK MENDENGAR ARAHAN GURU

Masalah

Masalah yang saya perhatikan dalam kalangan murid pada minggu ini adalah terdapat
murid yang tidak mendengar arahan guru. Murid membuat kerja lain dan tidak
mendengar arahan guru dengan baik. Hal ini sering berlaku apabila guru menyuruh
murid untuk melakukan aktiviti kumpulan. Apa yang jelas saya perhatikan semasa
aktiviti kumpulan, terdapat murid tidak ikut serta dalam aktiviti kumpulan dan
bersembang dengan rakan di sebelah mereka. Ini telah mengganggu rakan kumpulan
mereka untuk menyiapkan kerja kumpulan.

Analisis

Masalah ini timbul apabila guru menyuruh murid tertentu untuk ke hadapan kelas untuk
menampal hasil kerja kumpulan mereka. Walaupun sudah diberi arahan untuk
menampal hasil kerja kumpulan, terdapat murid yang tidak memberi kerjasama yang
sepenuhnya terhadap ahli kumpulan. Saya beranggapan bahawa murid tersebut tidak
serius mendengar arahan daripada guru.

Cadangan Penambahbaikan

1. Saya perlu lebih fokus kepada murid tersebut dan memberi perhatian sepenuhnya,
supaya murid tersebut lebih memberi perhatian.

2. Saya perlu memberi peneguhan negative kepada murid, dengan cara memeberi
dendaan yang sesuai supaya mereka tidak mengulangi kesalahan yang sama.
3. Peneguhan positif harus dizahirkan bagi murid yang menunjukkan tingkah laku postif
agar murid lain dapat mencontohi murid berkelakuan postif.

4. Memberi arahan dengan lebih jelas dan ringkas, agar mudah difahami oleh murid
dan senang untuk mereka laksanakan.

Tindakan Susulan

Saya akan berusaha untuk menangani masalah yang berlaku semasa proses
pengajaran dan pembelajaran murid dalam kelas. Hal ini demikian kerana, untuk
mengelakkan murid terlalu bebbas dan bertindak sesuka hati mereka semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam. Saya akan memastikan masalah ini
berkurangan pada minggu-minggu yang akan datang supaya interaksi di dalam
pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan secara lancar. Ini sekali gus akan
memupuk semangat murid untuk belajar di dalam bilik darjah..

Disemak oleh Guru Pembimbing: Disemak oleh Pensyarah Penyelia:


Tandatangan: Tandatangan:
………………………………… …………………………………
Nama: Nama:
Tarikh: Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai