Anda di halaman 1dari 2

PENULISAN JURNAL MINGGUAN 11

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF


MINGGU KESEBELAS
(20 24 APRIL 2015 )
ISU : MURID TIDAK MENUMPUKAN PERHATIAN DI DALAM KELAS

MASALAH

Setelah beberapa masalah dalam minggu-minggu yang lalu telah Berjaya diselesaikan,
maka hasil penilaian saya terhadap ciri-ciri murid yang telah dinyatakan sebelum ini adalah lebih
kepada ekstrovert. Saya masih teruja untuk meneliti setiap permasalahan yang timbul sepanjang
minggu kesebelas ini. Namun langkah-langkah bagi menyelesaikan setiap permasalahan
berbangkit perlu diselesaikan atau diteruskan. Murid-murid juga akan dipantau supaya masalah
yang sama tidak akan berulang. Saya telah banyak mempelajari cara-cara untuk menyelesaikan
masalah semasa berada di luar kelas dan di dalam kelas. Hal ini juga memerlukan saya bertindak
secara lebih progresif demi mencapai objektif dan standard pembelajaran yang ingin dicapai. Maka,
sepanjang minggu kesebelas, saya telah mengalami masalah kesukaran murid menumpukan
perhatian dan arahan di dalam kelas.

ANALISIS

Saya mengalami masalah dalam menghadapi murid-murid yang sukar untuk menumpukan
perhatian serta arahan saya semasa berada di dalam kelas.
a) Apabila saya melakukan penerangan di dalam kelas, saya mendapati murid-murid tidak
menumpukan perhatian terhadap pengajaran saya. Mereka akan bermain-main di belakang
dan bercakap-cakap sesama mereka. Hal ini sangat menyulitkan saya semasa proses
pengajaran sedang berlangsung.
b) Ada juga murid yang didapati berkhayal semasa saya memberikan arahan. Mereka akan
memandang ke tempat lain atau berangan-angan di dalam kelas. Impaknya, mereka akan
tertanya-tanya soalan yang sama setiap kali dan hal ini sangat mengganggu pengajaran
saya.

CADANGAN

PENULISAN JURNAL MINGGUAN 11


Saya telah merujuk perkara ini bersama-sama guru pembimbing untuk melaksanakan sesi
refleksi. Hasil perbincangan kami, cadangan untuk menyelesaikan masalah ini adalah seperti
berikut:a) Untuk mengatasi masalah kurang tumpuan murid, pemilihan aktiviti pengajaran mestilah
dapat menarik minat murid. Contohnya, guru perlu menambahbaik aktiviti pengajaran agar
penglibatan semua murid dapat dimaksimumkan.
b) Arahan-arahan guru juga mestilah dilaksanakan dengan jelas dan sempurna. Arahan yang
diberikan juga mestilah tepat dan ringkas agar masa yang lama tidak diambil untuk
memberikan arahan.
c) Melibatkan murid secara aktif dalam tugasan kumpulan. Hal ini akan memastikan mereka
memberi tumpuan penuh kepada setiap langkah pengajaran dan mengelakkan mereka
daripada berangan-angan.

TEMPOH MASA

20 24 April 2015

TINDAKAN SUSULAN

Setelah beberapa hari saya laksanakan cadangan-cadangan yang telah dinyatakan, maka
penilaian terhadap keberkesanan langkah tersebut adalah seperti berikut:a) Pemilihan aktiviti pengajaran dalam PdP yang mengutamakan aktiviti berkumpulan sangat
membantu dalam mengatasi masalah kurang tumpuan murid. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan
berasaskan tugasan berkumpulan telah menarik minat murid untuk aktif dalam pengajaran.
b) Perbincangan bersama rakan dan guru pelatih yang lain dapat mengembangkan idea saya
untuk menyusun aktiviti yang sesuai untuk dilaksanakan di dalam kelas
Secara umumnya, semua langkah susulan yang telah dicadangkan akan diteruskan bagi
menjamin kualiti pembelajaran yang lebih baik dan berkesan supaya masalah yang dihadapi oleh
murid-murid dapat diatasi.

Anda mungkin juga menyukai