Anda di halaman 1dari 6

Cerita 1

Hari tu saya mula kenal Julia, kami mula rapat sebab masing2 takut nak pergi
tandas malam-malam. Kami saling menemani bila nak terkencing malammalam. Pada mulanya kami berdua memang tak percaya cerita
hantu senior sebab sebelum saya mendaftarkan diri di asrama, abang saya
dah baritahu awal-awal supaya jangan dengar sangat cerita hantu ni.
Nak dijadikan cerita, ada la satu hari ni saya memang tak boleh nak lelapkan
mata. Katil Julia ni sebelah saya je, saya nampak Julia ni dah tidur nyenyak
dah, yang lain pun dah tidur jugak. Saya tengok jam dah pukul 2 pagi. Saya
cuba nak lelapkan mata tapi tak boleh.
Sedang saya berguling ke kiri ke kanan cuba nak lelapkan mata, saya
terdengar macam ada orang buka tingkap bilik saya. Tingkap tu betul-betul
depan katil saya. Saya boleh nampak tingkap tu sebab semua katil dah
disusun menghadap ke tingkap tu, katil saya yang ke-4 dari dinding. Saya tak
fikir apa-apa lagi masa tu sehingga saya terdengar suara
satu, dua, tiga
Lepas saya dengar suara tu, saya terus teringat cerita senior masa mula-mula
saya mendaftar di asrama.
Saya mula meremang satu badan, saya dengar lagi
satu dah tidur, dua dah tidur, tiga dah tidur.empat tak tidur lagi??
Saya makin tak sedap hati sebab memang saya katil ke-4 dari dinding. Saya
baca semua surah-surah yang saya hafal dalam keadaan sebutan yang
berterabur. Benda tu mengira lagi
satu dah tidur, dua dah tidur, tiga dah tidur.empat tak tidur lagi??

Badan saya memang dah menggigil dah masa tu, saya cuba paggil Julia
dalam suara terketar2.
Julia !! Ju.. Julia Julia !!
Tapi apa yang membuatkan saya makin menggigil dan menangis bila saya
dengar benda tu cakap
"Julia dah tidur
...dan disertakan hilaian ketawa yang sangat kuat. Saya terus
menjerit PERGI!!!!Banyak kali jugak saya jerit sampai semua pelajar dalam
bilik saya terbangun. Saya langsung tak berani nak pandang benda tu.
Dipetik dari auntieserampunya.blogspot.my.
Ada juga versi lain yang mengatakan 'benda' itu merupakan seorang nenek
kebayan yang suka duduk di atas locker sambil menggoyang-goyangkan
kakinya.

Cerita 2

Soalan 1:
Kenapa kalau Ibu sang babi dan anak-anak babi kalau berjalan tunduk je depan, tak toleh pun
kanan atau kiri?
Jawapan:Anak-anak malu sebab dia anak babi.
Soalan 2:
Dalam banyak-banyak kereta, kereta apa yang tidak dipanggil kereta?
Jawapan: Teksi.
Soalan 3:
Kita berdiri dia baring, kita baring dia duduk.
Jawapan:Tapak kaki.
Soalan 4:
Dalam banyak-banyak jam, jam apa paling besar?
Jawapan: Jamban
Soalan 5:
Dalam banyak-banyak buah, buah apa banyak rambut?
Jawapan: Rambutan
Soalan 6:
Dalam banyak-banyak buah, buah apa yang jujur.
Jawapan: Manggis
Soalan 7:
Dalam banyak-banyak air, air apa yang paling berani?
Jawapan: Air terjun
Soalan 8:

Dalam banyak-banyak binatang, binatang apa yang keluar Haid?


Jawapan: Kura-kura.
Soalan 9:
Dalam banyak-banyak binatang, binatang apa yang bertelur dan beranak?
Jawapan: Siput Babi
Soalan 10:
Kereta dengan motor, mana lebih tua?
Jawapan: Motor, sebab bertongkat
Soalan 11:
Dalam banyak-banyak sungai, sungai apa yang paling berat?
Jawapan: Sungai besi
Soalan 12:
Binatang apa yang tiada kepala?
Jawapan: Kutu
Soalan 13:
Ada 10 ekor beruk, dan 10 ekor monyet. Sekiranya semua beruk menjadi monyet, beruk menjadi
apa?
Jawapan: Beruk jadi banyak.
Soalan 14:
Kasut apa yang paling keras?
Jawapan: Kasut bata.
Soalan 15:
Dalam banyak-banyak bola, bola apa yang pemainnya hormat?
Jawapan: Golf
Soalan 16:
Dalam banyak-banyak negara, negara apa yang banjir dulu sebelum hujan?
Jawapan: Bahrain.
Soalan 17:
Lepas satu hilang, satu lagi hilang. Dan akhirnya tinggal sang ibu yang malang.Apakah itu?
Jawapan: Mancis kotak
Soalan 18:
Buah apa yang kita langkah dulu sebelum makan?
Jawapan: Buah dam
Soalan 19:
Ikan apa yang sentiasa sejuk?
Jawapan: Ikan jaket
Soalan 20:
Dalam banyak-banyak haiwan, haiwan apa yang tak pernah duduk?
Jawapan: Ikan
Soalan21:
Solat apakah yang tak ada tahiyat?
Jawapan: Solat mayat

Soalan 22:
Dalam banyak-banyak pokok, pokok apa yang baik hati?
Jawapan: Pokok pisang
Soalan 23:
Dalam banyak-banyak bas, bas apa yang pergi sekolah?
Jawapan: Bas sekolah
Soalan 24:
Kuih apa yang bungkusan di dalam, isinya di luar?
Jawapan: Kuih salah bikin
Soalan 25:
Ada tiga kepala. empat tangan, dan lima kaki.
Jawapan: Tipu!
Soalan 26:
Apakah yang seluruh tubuhnya ada di kepala?
Jawpan: Kutu
Soalan 27:
Nenek siapa yang berjalannya suka melompat-lompat?
Jawapan: Nenek si katak.
Soalan 28:
Siapakah yang dipanggil akan mendongak ke atas?
Jawpan: Orang tinggi memanggil si rendah.
Soalan 29:
Apakah dia yang jauh di mata, dekat di hati?
Jawapan: Usus
Soalan 30:
Binatang apakah yang ada zip?
Jawapan: Zebra
Soalan 31:
Dalam banyak-banyak barang, barang apa yang orang suka cari?
Jawpan: Barang yang hilang.
Soalan 32:
Apakah yang merupakan tongkat yang ada waranti?
Jawapan; Tongkat Warrant
Soalan 33:
Permainan apakah yang disukai oleh orang ramai?
Jawapan: Permainan gembira.
Soalan 34:
Dalam banyak-banyak buah, buah apa yang bijinya di luar?
Jawapan: Gajus
Soalan 35:

Ikan apa yang berat?


Jawapan: Ikan yang ditimbang.

Anda mungkin juga menyukai