Anda di halaman 1dari 5

TEKA TEKI 1.Mana lagi tua, motorsikal , kereta, bas atau kapal terbang? Jawapan: Motorsikal 2.

Banyak bas yang ada di dunia ini, tapi bas apa yang pandai? Jawapan: Bas Sekolah 3.Saya suka berada di atas air, tetapi saya tak pandai berenang mahupun bergerak. Siapakah saya? Jawapan: Jambatan 4.Saya sejenis alat menyelam, tetapi sangat popular dari anda semua kerana saya ada dekat internet. Siapakah saya? Jawapan: Google 5.Banyak-banyak kuda, kuda apa yang popular paling kurus dan nipis? Jawapan: Kuda Kepang 6.Bunga apa yang cantik berseri dan berkembang mekar di malam raya? Jawapan: Bunga Api 7.Tanpanya kita tak mampu berjalan melalui dinding keras konkrit? Jawapan: Pintu 8. Dia ni bila turun sangat lah lambat, tapi bila naik sangat cepat pula. Siapakah dia? Jawapan: Hingus 9.Mempunyai 10 kaki dan boleh terbang hingga ke barat, selatan, utara? Jawapan: 5 Ekor Burung. 10.Banyak binatang dalam dunia ini tapi binatang apa paling pemalas tak terurus ? Jawapan: Singa 11.Kereta banyak jenis, malah lambang kemewahan orang tapi apa yang susah untuk dicari? Jawapan: Kereta kena curi 12.Dia mempunyai bulu lebat, isi , dan juga batang, apakah ia? Jawapan:Jagung 13.Kereta ini besar dan selesa, tetapi kalau kalau kereta ini diberi percuma tiada siapa mahu atau naik. Kereta apakah ia? Jawapan: Kereta Mayat.

14.Binatang ini kaya kerna mempunyai kereta? Jawapan: Lembu 15.Mempunyai 6 kaki, tetapi yang berjalan pula hanya 4 kaki? Jawapan: Kuda dengan Penunggang Kuda. 16.Pokoknya nun di atas bukit ular suka bersembunyi dibawahnya, daunnya itu pula ada atau diimport diseluruh dunia tapi daunya itu cuma boleh digunakan apabila masuk dalam air. Apakah ia? Jawapan: Teh 17. Tubuh hanya satu tapi punya 2 nyawa? Jawapan: Ibu Mengandung 18.Masa dia hidup orang seronok gembira menyanyi, dan masa dia mati kita tetap seronok dan bertepuk tangan. Jawapan: Lilin 19. buah apa lain dari yang lain mempunyai sikap manusia yang suka berangan sahaja ? Jawapan: Buah Berangan 20.Si pembuat tidak memerlukanya tetapi orang lain memerlukannya, dan yang dibelikan pula tak tahu rupanya tapi tanpanya orang takkan kenal empunya. Jawapan: Batu Nisan 21.Si gemuk banyak angin main tembak-tembak kena lantai terus kena hidung? Jawapan: Kentut 22.Tahi apa yang tak kotor dan mudah dibawa dimana-mana sahaja ? Jawapan: Tahi Lalat 23. Siput babi dan gonggok bertanding untuk naik ke puncak bukit siapakah yang menang dan siapakah yang kalah serta apakah sebabnya. Jawapan: Siput babi menang tak payah pakai kasut. Gonngok kalah sebab pakai kasut kaki pula banyak. 24. Burung apa yang tak pandai duduk diam ada sahaja yang dibuatnya? Jawapan: Burung Belatuk 25. Banyak- banyak burung, burung apa yang tak pandai pusingkan lehernya. Jawapan: Burung Hantu

26.sebanyak-banyak binatang, binatang apakah yang sangat manja dan suka bersiar-siar bersama ibunya. Jawapan: Anak Kanggaro 27.ada macam-macam jenis daun, daun apa yang gatal. Jawapan: Daun Keladi 28.Teka-teki: Hitam dan berpeluh.. Ha.. Aper2?? Jawapan: semut hitam tengah berjogging.. huhuhu 29.Teka-teki: Antara kapal terbang dengan kuih lepat liat, mana satu yang paling tinggi? Jawapan: Kuih lepat liat la sebab kapal terbang sampai langit je, tapi kuih lepat sampai lelangit! 30.Teka-teki: Banyak2 kotak, kotak apa yang takleh angkat? Jawapan: Kotak penalti lah.. 31.Teka-teki: Kenapa Penggali Kubur Gali Kubur Tak Pakai Selipar??? Teka.. teka.. Jawapan: Selipar mana boleh buat gali tanah, cangkul lar 32.Teka-teki: 3 kepala, 6 mata, 8 kaki. Apakah bendanya tu? Jawapan: Koboi naik kuda bawak ayam. 33.Teka-teki: Masa dia hidup kita menyanyi, masa dia mati kita tepuk tangan. Jawapan: lilin masa sambut EPI BESDAY 34.Teka-teki: Ada sorang imam, tengah semahyang pastu ada sekor anjing lalu kat depan dia. Pastu dia jilat kaki dia, BATAL TAK AIR SEMAYANG IMAM TU??? Jawapan: Mana batal sebab anjing tu jilat kaki dia sendiri! 35.Teka-teki: 4 orang awek cun berpayung dengan satu payung tapi nape tak basah langsung?? Jawapan: Sebab tak hujan aduhai! Dahlah malaslah nak tanya lagi soalan bebudak pun takleh nak jawab! Yg nih.. jangan pikir bukan2 plak ek... 36. Banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan ngan ais? Jawapan : Milo AIS 37. Lima pasang stokin direndam di dalam laut merah. Setiap pasang stokin itu berwarna putih, hijau, biru, kuning dan hitam. Apa akan terjadi kepada semua stokin tersebut? Jawapan: Stokin tu basah lah.

38. Dalam banyak-banyak cecair, cecair apakah yang akan menjadi beku apabila dipanaskan? Jawapan: Telur 39. Apabila ditarik yang diatas gembira dan yang di bawah merana. Apakah ia? Jawapan: Pengail yang dapat ikan. 40.Apa bezanya jatuh pokok kelapa dengan jatuh perigi? Jawapan: Jatuh pokok kelapa, naik dulu baru jatuh, jatuh perigi jatuh dulu baru naik. 41. Kenapa doktor bedah kalau melakukan pembedahan mulutnya ditutup ? Jawapan: Kalau matanya yang ditutup, dia tak dapat melihat! 42. Bila gajah jadi ayam, lalu singa jadi ayam,dan kambing jadi ayam. maka ayam menjadi apa? Jawapan: Ayam jadi banyaklah bilangannya. 43.Lampu apa yang kalau dipecahkan keluar orangnya? Jawapan: Lampu jiran tetangga kita. Cobalah pecahkan, nanti akan keluar orangnya. 44. Mengapa guru sejarah selalu botak di bahagian belakang kepala, sedangkan profesor dibahagian depan? Jawapan: Kerana guru sejarah memikirkan masa lampau,sedang profesor memikir untuk masa depan. . 45. Apakah yang berada diantara langit dan bumi. Jawapan: Mungkin ada banyak jawapan, tapi kat sini jawapan yang dikehendaki adalah dan 46.Apakah benda bertali yang apabila kita pegang, ia akan mati, tetapi bila dilepaskan ia akan hidup, namun akan mati juga bila dibiarkan lama-lama? Jawapan: Gasing! Tak kiralah gasing cina ke gasing melayu ke semuanya sama. 47.Jika sebatang pokok dipotong akan menjadi semakin rendah, apakah bendanya yang semakin dipotong semakin menjadi tinggi? Jawapan:Seluar panjang. Bila dipotong ianya akan semakin tinggi. 48. Bila makan pisang, buang kulit, tapi kalau makan kulit, buang apa? Jawapan: Buang tebiat 49. Batang apa berlubang-lubang, Tirus di atas di bawah Kembang, Terkadang tegak terkadang tumbang, celaka benar kalau ditebang. Jawapan: Batang hidung engkaulah!

50. Pak Ali ada sebuah ladang, tetapi dia nak tanam 2 jenis pokok iaitu getah dengan koko. Untuk memenuhi cita-citanya dia pun tanamlah pokok getah separuh dan pokok koko separuh, Soalannya pokok apa tumbuh dulu? Jawapan: Dua-dua tak tumbuh, sebab dia tanam separuh je. Hehehe!! 51.Ada seorang wanita yang sarat mengandung dan nak bersalin, lalu suami dia bawa isteri tu ke hospital. Dia melalui ladang kopi dan lombong bijih timah. Lepas anak dia lahir, dinamakan Fatimah. Kenapa ? Jawapan: Sebab anak dia tu perempuan 52.Negara apa yang banjir dulu lepas tu baru hujan? Jawapan: Bahrain bah tu banjir, rain tu hujan 53. Apakah hidupan yang masa kecilnya berkaki 4, bila besar berkaki 2 kaki dan bila tua pula berkaki 3? Jawapan: Manusia! Semasa kecil merangkak, bila besar berjalan dengan dua kaki dan bila tua bertongkat. 54. Apa perbezaan antara orang kurus dan orang gemuk? Jawapan: Orang kurus makan hati, orang gemuk makan tempat. 55. Haiwan apakah yang paling tidak sopan? Jawapan: Kutu, kerana sering memijak-mijak kepala orang.

Anda mungkin juga menyukai