Anda di halaman 1dari 2

Bilangan Jurnal : Bil.

Minggu Praktikum : Minggu 3

Tarikh Peristiwa / Kejadian : 24 Februari 2020

Tajuk Jurnal : Tidak mengangkat tangan semasa menjawab

1. Masalah/peristiwa

Setelah tiga minggu menjalani praktikum di SMK Pusa, saya mendapati pelajar
dalam kelas 5A3 sering menjawab soalan yang diajukan oleh giri tanpa mengangkat tangan.
Pelajar seramai 30 orang dalam kelas itu, tidak mengangkat tangan untuk menjawab soalan
sebaliknya terus menjawab terutama pelajar lelaki. Ada di antara mereka mengeluarkan
bunyi dan membuat bising. Keadaan ini menganggu proses pengajaran dan pembelajaran.

2. Analisis

Kelas ini mengandungi pelajar yang mempunyai pencapaian yang kurang


cemerlang pencapaian akademik. Pelajar dalam kelas ini sering tidak mengangkat tangan
apabila hendak menjawab soalan yang diajukan oleh guru. Keadaan ini telah menyebabkan
keadaan dalam kelas menjadi bising dan seterusnya menggangu proses pengajaran dan
pembelajaran kelas ini dan kelas-kelas sekitarnya. Bukan seorang dua pelajar yang
melakukan perkara tersebut, sebaliknya hampir keseluruhan pelajar lekaki dalam kelas
tersebut tanpa menjawab mengangkat tangan terlebih dahulu. Daripada aspek guru,
mungkin kerana guru yang mengajar tidak garang atau tegas terhahap pelajar menyebakan
pelajar tidak merasa takut kepada guru. Selain itu, mungkin guru tidak memberitahu dan
membiasakan pelajar untuk mengangkat tangan dahulu sebelum menjawap. Dariapda
aspek pelajar pula, mungkin pelajar merasakan bahawa mereka tidak perlu untuk
mengangkat tangan apabila ingin menjawab soalan.

3. Cadangan Tindakan Susulan

a) Sebagai seorang guru, saya seharusnya bersedia untuk melakukan beberapa


perubahan untuk memastikan segala masalah yang dihadapi dapat dikurangkan atau
diatasi.
b) Saya akan memberi arahan ataupun menetapkan peraturan dengan pelajar iaitu
apabila ingin menjawab soalan hendaklah mengangkat tangan dahulu.
c) Apabila guru memberi kebenaran barulah pelajar memberi jawapan. Sekiranya
pelajar tidak mengikut peraturan yang ditetapkan akan dikenakan dendaan.
d) Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru dan pensyarah
pembimbing di samping berbincang dengan rakan-rakan guru pelatih yang lain.

4. Tindakan Susulan
Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu. Pengurusan bilik darjah
yang baik mungkin dapat mengatasi masalah tingkah laku yang sering terjadi dalam bilik
darjah. Sekirannya masalah ini tidak dapat di atasi secepat mungkin, perkara ini tentu akan
menyebabkan objektif pembelajaran tidak tercapai sepenuhnya.

Anda mungkin juga menyukai