Anda di halaman 1dari 2

Bilangan Jurnal : Bil.

Minggu Praktikum : Minggu 2

Tarikh Peristiwa / Kejadian : 20 Februari 2020

Tajuk Jurnal : Tidak mengikut arahan dan masalah tingkah laku

1. Masalah/peristiwa

Saya mengajar di kelas 5A3 untuk subjek Sejarah. Hampir dua minggu saya
mengajar kelas ini, saya mendapati bahawa ada sesetengah pelajar yang agak nakal.
Mereka membuat bising dan tidak mendengar arahan yang telah diberikan waima teguran
sudah dibuat beberapa kali. Hal ini menggangu proses pengajaran dan kadang-kadang
mengganggu rakan-rakan lain yang sedang melaksanakan aktiviti yang saya berikan.

2. Analisis

Proses pengajaran dan pembelajaran dan komunikasi berkesan sering kali


terganggu akibat daripada gangguan disiplin tingkah laku bermasalah seperti membuat
bising, hubungan guru dan pelajar tidak mesra, serta kesediaan mereka menerima
pembelajaran pada hari tersebut. Ada di antara mereka kurang berminat dengan subjek
sejarah dan sikap malas dalam diri pelajar sendiri menyebabkan perkara ini berlaku.
Masalah bising dalam bilik kelas atau bilik darjah contohnya akan menyebabkan guru
menghadapi kesukaran. Antara faktoe atau punca berlakunya komunikasi kurang berkesan
akibat daripada sikap pelajar yang tidak mahu mengikut arahan dan sering membuat
masalah tingkah laku sehinggakan mempengaruhi rakan yang lain.

3. Cadangan Tindakan Susulan

a) Membina hubungan yang baik dan mesra dengan pelajar dan sering berbual dengan
pelajar tersebut tentang diri, keluarga dan minat mereka.
b) Selalu berinteraksi dan berkomunikasi dan bertanya khabar aau menegur pelajar bila
bertemu dengan mereka.
c) Menaman sifat mempercayai antara guru dan pelajar agar pelajar dapat meluahkan
apa yang terbuku dalam fikiran mereka dan tidak mengulangi masalah tingkah laku.
d) Saya sebagai guru juga boleh memainkan peranan sebagai kakak kepada pelajar
supaya hubungan yang mesra dapat terjalin tetapi mengikut batas-batas tertentu.
e) Sekolah perlu menyediakan persekitaran yang selamat bagi membantu
perkembangan pelajar.
f) Teguran dan nasihat yang seseuai boleh diberikan agar murid tersebut tidak
berkelakuan negatif.

4. Tindakan Susulan
Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu. Pengurusan bilik darjah
yang baik mungkin dapat mengatasi masalah tingkah laku yang sering terjadi dalam bilik
darjah. Sekirannya masalah ini tidak dapat di atasi secepat mungkin, perkara ini tentu akan
menyebabkan objektif pembelajaran tidak tercapai sepenuhnya.

Anda mungkin juga menyukai