Anda di halaman 1dari 6

8.

0 Esei Reflektif
Kekuatan

Pertama sekali, syukur ke hadrat Ilahi kerana kami telah berjaya melaksanakan
pengajaran seperti yang telah dirancangkan. Setelah ianya dinilai, kami amat berpuas
hati denga kelebihan tersebut. Dengan kelebihan yang ada, mungkin kami boleh
meningkatkan lagi kelebihan tersebut dan mengaplikasikannya dalam pengajaran pada
masa akan datang.

Antara kelebihan kami ialah, pada set induksi, guru telah membawa murid ke
luar kelas. Sebelum murid bergerak keluar, guru memberikan arahan yang jelas dan
murid semua mengikuti arahan guru. Faktor-faktor keselamatan semasa berada di luar
kelas juga ditekankan dan dimaklumkan terlebih dahulu. Antara faktor keselamatan
yang ditekankan oleh guru ialah murid tidak boleh memanjat koridor, menolak kawan
dan berlari sepanjang koridor. Dengan adanya arahan tersebut, murid-murid tidak
melakukan apa yang ditegah oleh guru. Dengan ini, murid dapat dikawal dengan baik
oleh guru.

Kemudian pada langkah 1, guru masih dapat mengawal keadaan kelas semasa
murid melukis. Guru juga dapat melayan sesetengah murid dengan baik dan terdapat
unsur-unsur kecindan yang ditunjukkan semasa melayan murid. Guru menjawab
pertanyaan yang diajukan oleh murid. Dengan ini, murid akan rasa mereka tidak
disisihkan.

Seterusnya pada langkah 2 pula, bahan-bahan maujud yang digunakan sesuai


dan menarik perhatian murid. Semua bahan maujud tersebut mempunyai bentuk yang
menyerupai bentuk bulat, segitiga dan segiempat. Dengan ini, murid dapat melihat
contoh-contoh bahan yang mempunyai bentuk tersebut dengan banyak. Mereka juga
boleh mencari contoh bahan yang lain dan yang mereka pernah nampak untuk
meningkatkan lagi kefahaman mereka. Guru juga ada menggunakan peneguhan dalam
pengajaran contohnya memuji murid dan memberikan murid ‘sticker’ sebagai ganjaran

25
kerana mereka telah melakukan kerja yang disuruh dengan baik. Dengan adanya
peneguhan tersebut, murid akan lebih bersemangat untuk belajar.

Kelebihan kami pada langkah yang ketiga ialah guru menekankan amalan
menjaga kebersihan semasa membuat doh. Guru telah mengagihkan apron kepada
setiap murid supaya baju mereka tidak kotor semasa membuat doh tersebut. Guru juga
telah meyediakan tikar untuk mereka menguli doh tersebut supaya lantai kelas tidak
kotor. Selepas membuat doh juga, murid dikehendaki membasuh tangan kerana khuatir
mereka akan makan setelah tamat sesi pengajaran tanpa membasuh tangan.
Mambasuh tangan selepas melakukan apa-apa aktiviti adalah penting kerana kanak-
kanak adalah antara individu yang sangat mudah dihinggapi kuman. Dalam sesi
pengajaran tersebut juga, guru telah menerangkan langkah-langkah keselamatan
kepada murid. Antara langkah keselamatan yang diterangkan ialah murid tidak boleh
membaling kawan menggunakan doh dan tidak boleh makan doh walaupun bau doh
menyerupai bau makanan. Doh yang disediakan sangat menarik kerana mempunyai
pelbagai warna yang boleh menarik minat murid. Murid-murid didapati sangat
berdisiplin semasa membuat doh kerana mereka tekun dengan kerka masing-masing.
Dari situ, kerjasama antara mereka sangat jelas.

Dalam bahagian penutup, apabila guru membuat sesi soal jawab, murid dapat
menjawab soalan dengan tepat. Murid juga dapat mengingat apa yang telah mereka
pelajari pada hari tersebut. Objektif pengajaran telah dapat dicapai walaupun objektif
untuk aktiviti membuat doh sangat ekplisit. Secara keseluruhan, pengajaran telah dapat
dilaksanakan mengikut apa yang telah dirancangkan.

26
Kelemahan

Tidak dinafikan, walaupun terdapat beberapa kelebihan daripada pengajaran


kami, namun masih banyak kelemahan yang perlu kami perbaiki. Kami menyedari
kelemahan-kelemahan ini melalui kritikan membina daripada pensyarah dan juga
rakan-rakan sekelas. Melalui kritikan tersebut, kami akan dapat belajar daripada
kelemahan kami dan memperbaiki kelemahan tersebut pada masa akan datang.

Antara kelemahan kami ialah, pada set induksi iaitu sewaktu membawa murid
keluar dari kelas, pengawasan agak kurang. Jadi, untuk aktiviti di luar kelas perlu
pengawasan yang lebih rapi supaya murid dapat dikawal. Semasa set induksi ini juga,
terdapat soalan yang kurang sesuai ditanya kepada murid. Contohnya, ‘benda itu
bentuk apa?’ Soalan tersebut kurang sesuai kerana murid belum mengetahui nama-
nama bentuk bulat, segitiga dan segiempat. Mungkin guru boleh membimbing supaya
murid boleh menjawab soalan ke arah apa yang dikehendaki. Murid juga hanya diberi
masa yang singkat untuk memerhati sekeliling. Ia tidak mencukupi bagi kanak-kanak
prasekolah kerana mereka terlalu teruja untuk meneroka apabila berada di persekitaran
luar kelas. Untuk penambahbaikkan pada bahagian ini, kami boleh menggunakan
persekitaran di dalam kelas prasekolah sahaja untuk tujuan menjimatkan masa selain
memudahkan kawalan kelas.

Kemudian pada langkah satu, iaitu aktiviti melukis apa yang telah diperhatikan di
luar kelas. Sebelum memulakan aktiviti, arahan yang diberikan kurang jelas dan ada
yang terlupa. Guru juga telah mengagihkan barang sebelum arahan selesai diberikan.
Tumpuan murid lebih kepada barang-barang yang diagihkan dan tidak tertumpu kepada
arahan guru lagi. Seharusnya, setelah selesai memberi arahan barulah barang-barang
diedarkan kepada murid. Semasa murid melukis, keadaan kelas kurang terkawal
kerana murid agak bising. Guru juga kurang peka dengan persekitaran sebab melayan
murid yang lain. Aktiviti melukis ini kurang sesuai sebagai sambungan daripada set
induksi kerana daripada membuat aktiviti yang aktif di luar kelas terus disuruh melukis

27
di dalam kelas dalam keadaan yang formal. Ini kerana, ada murid yang masih letih dan
menyebabkan mereka kurang tumpuan untuk meneruskan aktiviti tersebut.

Dari segi penggunaan bahan, gambar yang dilukis oleh murid kurang jelas
kerana kertas mahjong yang digunakan berwarna merah jambu dan pen warna yang
tidak terang. Kertas putih lebih sesuai supaya lukisan jelas walaupun menggunakan
pen yang pelbagai warna. Setelah lukisan siap, lukisan tersebut dipamerkan di papan
tulis. Guru menilai lukisan tersebut tetapi cara guru menilai kurang ditunjukkan.
Perjalanan pengajaran untuk mengaitkan lukisan tersebut pada pelajaran yang
seterusnya agak lambat kerana ia nampak macam tidak ada kesinambungan.

Beralih pada langkah 3, iaitu aktiviti mengecam bentuk. Murid diminta mengambil
bentuk dikehendaki di dalam bakul, kemudian memadankannya dengan lukisan yang
telah dipamerkan di papan tulis. Semasa aktiviti ini, guru telah memanggil wakil
daripada setiap kumpulan secara serentak untuk mengambil barang. Terdapat murid
yang berebut untuk mengambil barang tersebut. Untuk mengelakkan murid daripada
berebut, guru boleh memanggil murid seorang demi seorang tampil ke hadapan.
Semasa mereka memadankan barang tersebut, guru hanya memberi masa yang
singkat untuk murid mengecam bentuk gambar yang terdapat pada lukisan. Supaya
murid lebih peka dapat dapat mengingat bentuk yang mereka cam, kalau boleh
lekatkan bahan tadi di atas gambar yang sesuai di papan tulis.

Seterusnya langkah 3, aktiviti membuat doh. Terdapat banyak kelemahan pada


langkah ini. Pada permulaan aktiviti, arahan yang diberikan oleh guru kurang sistematik.
Di sini, guru boleh memberikan arahan dengan mudah dan ringkas secara satu persatu
supaya murid lebih faham. Guru tidak menghadkan bentuk yang hendak dibuat seperti
berapa bentuk yang perlu dibuat untuk satu kumpulan. Murid agak keliru dengan
arahan guru tentang bentuk apa yang harus mereka buat. Terdapat seorang murid yang
bertanya kerana tidak tahu apa yang harus dibuat.

28
Pameran bahan-bahan maujud kurang jelas kerana ia terlindung dari
pandangan. Murid tidak dapat merujuk sebagai panduan untuk membuat doh tersebut.
Dalam proses pemantauan guru semasa aktiviti ini, kurang interaksi antara guru dan
murid. Guru juga kurang memberi bimbingan kepada murid. Jika dalam realiti, murid
akan hilang fokus dalam kelas. Setelah guru meminta murid berhenti membuat aktiviti,
murid tetap meneruskan kerana mereka masih seronok untuk meneruskannya.
Terdapat seorang murid bertanya, ‘macam mana nak tahu dia dah siap cikgu?’. Soalan
murid tersebut menunjukkan murid-murid tidak jelas tentang arahan atau sasaran
aktiviti. Ini kerana, pada awal aktiviti ini tadi guru hanya meminta murid membuat bentuk
sebanyak mungkin tanpa menghadkan bilangan yang perlu dibuat.

Setelah semua murid menghantar hasil kerja, ia dipamerkan di hadapan kelas.


Ruang pameran bagi hasil kerja tersebut kurang sesuai kerana murid tidak dapat
melihat dengan jelas. Mungkin guru boleh mempamerkan hasil kerja tersebut dengan
menyendengkan kad tempat meletak doh supaya bentuk doh yang telah dihasilkan
dapat dilihat secara keseluruhan. Seterusnya peruntukan masa untuk murid melihat
hasil kerja kumpulan lain. Masa yang diberikan terlalu singkat dan murid tidak dapat
melihat hasil kerja rakan-rakan yang lain. Sebagai penambahbaikkan, guru boleh
mempamerkan hasil kerja murid di atas meja, kemudian membawa murid mengelilingi
meja tersebut untuk melihat hasil kerja masing-masing. Ambil sedikit masa untuk murid
menilai dengan sendiri supaya mereka seronok dengan semua hasil kerja tersebut.
Guru juga boleh bersoal jawab, sekaligus menilai hasil kerja murid semasa pameran
tersebut.

Dalam bahagian penutup, guru membuat sesi soal jawab dan membuat refleksi
dengan murid. Tetapi, ia dilakukan dengan sekejap sahaja. Tidak sampai 3 minit kerana
masa lebih banyak diperuntukkan untuk membuat aktiviti doh tadi. Guru perlu
menekankan dalam bahagian penutup ini kerana dalam bahagian penutup guru dapat
menilai sama ada objektif pengajarannya tercapai ataupun tidak.

29
Antara kelemahan lain dalam setiap langkah di atas ialah aplikasi nilai semasa
mengajar. Penerapan nilai tidak jelas walaupun nilai tersebut ada kerana guru kurang
menerapkannya. Jadi, murid tidak akan tahu melainkan guru menerapkan dengan
memberiahu walaupun secara tidak langsung. Ini haruslah diambil berat kerana tanpa
adanya penerapan nilai dalam pengajaran, murid hanya akan mempelajari isi yang
hendak diajar oleh guru tetapi tidak mempelajari nilai-niai yang harus kita amalkan
dalam kehidupan. Melalui penerapan nilai ini, guru boleh memupuk amalan yang baik
dalam kalangan murid.

30

Anda mungkin juga menyukai