Anda di halaman 1dari 2

Bilangan Jurnal : Kesembilan

Minggu Praktikum : Kesembilan


Tarikh Peristiwa / Kejadian : 17-21 Mac 2013
Tajuk Jurnal : Sekumpulan Murid kurang beri Perhatian

1. Masalah / Peristiwa

Sekarang saya berada dalam minggu kesembilan. Sudah sembilan minggu saya
telah menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi murid – murid tahun lima.
Pada pandangan saya, mereka sudah mengenal akan diri saya yang amat peka
dengan sikap mereka. Saya mendapati sekumpulan murid kurang menumpukan
bperhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Saya telah
memerhatikan murid – murid tersebut semasa waktu pengajaran dan waktu selebihnya.
Murid – murid ini tidak menyoal walaupun tidak memahami perkara yang diajar. Saya
mengambil perkara ini serius dan cuba untuk menyelesaikan masalah ini.

2. Analisis

Dari pandangan saya, punca sebenar murid – murid berkelakuan begini


berikutan sikap mereka. Banyak sebab menjelma di fikiran saya. Mungkin proses
pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut tidak begitu menarik bagi murid –
murid into. Selain itu, mungkin proses pengajaran dan pembelajaran yang telah
melampau batas pemahaman murid tersebut. Mungkin juga murid – murid itu dalam
keadaan mengantuk sebab bangun awal pagi. Disebabkan murid – murid itu masih di
peringkat kanak – kanak. Murid – murid itu duduk di hujung kelas dan kurang
melibatkan diri dalam sebarang aktiviti yang dijalankan. Saya juga berfikir masalah ini
boleh berpunca dari masalah fizikal dan mental murid – murid tersebut.
3. Cadangan Tindakan Susulan

Saya berbincang dengan guru pembimbing. Beliau memberikan beberapa


langkah – langkah untuk mengatasi masalah ini. Saya merancang dengan beberapa
langkah yang sesuai dengan tahap murid – murid tersebut. Pada mulanya, saya
meningkatkan cara pengajaran dan bahan pembelajaran semasa pengajaran. Saya
mendekati murid – murid tersebut dengan memberikan bahan pembelajaran yang
menarik minat murid. Mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
berikutan dengan permainan dan aktiviti bergerak seluruh kelas. Saya juga cuba untuk
mengetahi masalah fizikal dan mental yang dihadapi oleh murid – murid tersebut. Saya
mendekati murid – murid tersebut untuk mengenal masalah mereka dan cuba
menyelesaikan masalah mereka.

4. Tempoh Masa dan Keberkesanan Tindakan Susulan

Saya cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu.. Saya berasa
gembira kerana telah mengatasi masalah ini walaupun ia agak sukar. Saya mendapati
langkah ini berkesan untuk mengatasi masalah ini. Setelah saya mengambil beberapa
langkah saya dapat menyelesaikan masalah ini. Saya juga mempelbagaikan langkah –
langkah penyelesaian dan meneruskan usaha ini. Saya dapat melihat keadaan murid –
murid itu berubah dan mengikut langkah yang saya amalkan. Saya berharap murid –
murid ini akan berubah dan meneruskan usaha mereka sehingga berjaya.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan : Tandatangan :

Nama : Nama :

Tarikh : Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai