Anda di halaman 1dari 2

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Kejadian /Tajuk Jurnal

: : : :

Ke-2 2 27 Januari- 31 Januari 2013 Perbincangan daripada guru pembimbing

1. Masalah / Peristiwa Pada minggu ke dua, saya telah mula masuk ke kelas untuk sesi pengajaran. Saya mula masuk ke kelas untuk sesi PnP secara rasmi adalah pada waktu bagi subjek Matematik bermula jam 7.45 pagi berterusan ke jam 8.45 pagi. Saya berada dalam keadaan sedia memandangkan saya telah berhubung dengan guru pembimbing pada hari sebelumnya. Saya telah dimaklumkan bahawa topik yang sedang dipelajari oleh para murid untuk minggu ini adalah Penolakan Nombor dalam Lingkungan 1000000. Jadi, topik yang akan diajar adalah berkaitan dengan penolakan. Namun, sebaik sahaja saya mula mengajar, saya telah diberitahu para murid bahawa, tajuk ini telah dipelajari oleh mereka sebelum ini. Keadaan ini membuatkan keadaan agak kelam kabut memandangkan saya tidak pernah mengalami keadaan sebelum ini. Apabila disuruh membuat latihan daripada buku teks, mereka juga mengetahui bahawa telah melakukan latihan tersebut pada sesi pembelajaran lalu. Jadi, saya membina soalan secara pantas untuk latihan para murid. Secara ringkasnya, dapat saya nyatakan di sini bahawa sesi pengajaran saya rancangkan tidak dapat dilaksanakan secara sepenuhnya.

2. Analisis Dapat diketahui bahawa sebab utama adalah kurangnya perbincangan bersama dengan guru pembimbing. Hal ini demikian kerana, ini merupakan minggu pertama saya akan mengajar Kekeliruan ini berlaku memandangkan saya tidak peka bertanya kepada guru tentang perkembangan murid. Selain itu, isu bertindan ini juga tercetus memandangkan saya berkongsi mengajar subjek Matematik dengan guru pembimbing saya. Saya diamanahkan untuk mengajar subjek tersebut untuk tempoh 4 waktu

seminggu. Berbeza dengan sesi praktikum sebelum ini, dimana saya bertanggungjawab mengajar Matematik bagi tempoh 8 waktu seminggu.

3. Cadangan Tindakan Susulan

Saya akan berbincang dengan guru pembimbing untuk menyelesaikan isu ini iaitu menetapkan tajuk-tajuk tertentu yang perlu diajar kepada saya. Hal ini sekaligus dapat mengelakkan saya mengulang ajar perkara yang sama kepada para murid. Walaupun, tindakan mengulang ajar perkara yang bagus, namun langkah itu memakan masa dan sebagai kesannya, silibus tidak dapat dihabiskan mengikut perancangan.

4. Tempoh Masa Dan Keberkesanan Tindakan Susulan

Saya memberikan tempoh masa selama seminggu. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi secepat mungkin sudah tentu objektif yang telah dirancangkan tidak tercapai sepenuhnya. Saya berharap amalan refleksi ini membuahkan hasil.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disemak oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan : Nama Tarikh : :

Tandatangan : Nama Tarikh : :

Anda mungkin juga menyukai