Anda di halaman 1dari 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR Bilangan jurnal Minggu praktikum Tarikh peristiwa/kejadian Tajuk

jurnal : Ke-8 : Kelapan : 17 September 2013 : Pembahagian masa untuk sesuatu aktiviti

1. Masalah / Peristiwa Pada hari ini (17 September 2013, Selasa ) saya telah menghadapi sedikit masalah berkaitan pembahagian masa untuk sesuatu aktiviti semasa pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Pendidikan Kesihatan. Pada hari berkenaan, sesi pengajaran dan pembelajaran saya berjalan tetapi tidak berapa lancar dimana pergerakan aktiviti dari satu langkah ke langkah lain terganggu akibat peruntukan masa bagi setiap langkah yang kurang sesuai. 2. Analisis Masalah timbul semasa saya menjalankan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan di kelas 1 Cemerlang. Saya mengalami sedikit gangguan kelancaran pengajaran dan pembelajaran dimana pergerakan aktiviti dari satu langkah ke langkah lain tidak mengikut peruntukan masa seperti yang telah dirancang. Ini disebabkan ada murid aras rendah yang lambat menguasai topic Pemakanan yang sihat iaitu tajuk yang diajar pada hari tersebut.. Bukan itu sahaja, saya terpaksa mengambil masa yang lama untuk aktiviti membanding beza makan yang sihat dan tidak sihat kerana murid tidak dapat mengenalpasti contoh makanan yang sihat dan tidak sihat.. Ini menyebabkan saya terpaksa mengambil lebih masa untuk aktiviti tersebut sehingga menganggu waktu untuk melaksanakan penutup pengajaran dan pembelajaran. 3. Cadangan Tindakan Susulan a. Saya perlu merancang dan memastikan pembahagian masa sesuai dengan tempoh aktiviti yang ingin saya jalankan. b. Saya akan dapatkan bimbingan daripada rakan guru pelatih, guru pembimbing dan pensyarah pembimbing dalam mengatasi masalah tingkah laku murid tahun 1 yang agak nakal dan susah untuk menerima arahan. 4. Tempoh masa tindakan susulan Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam masa satu minggu. Saya pasti dengan adanya bantuan guru pembimbing dan rakan guru pelatih saya dapat atasi masalah ini. Sekiranya masalah ini tidak selesai, maka hasil pengajaran dan pembelajaran yang ingin saya capai tidak akan berjaya sepenuhnya.

Disemak oleh Guru Pembimbing Tandatangan : Nama` Tarikh : :

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing Tandatangan : Nama` Tarikh : :

Anda mungkin juga menyukai