Anda di halaman 1dari 2

Jurnal

Bilangan Jurnal : Ke-4


Minggu : Keempat
Tarikh Peristiwa : 17/8/2015 Hingga 21/8/2015
Tajuk Jurnal : Kekurangan Kemudahan Sukan/Pendidikan Jasmani.

1. Isu/Masalah
Pada minggu yang keempat saya hendak diselia oleh guru pembimbing, saya
mendapati bahawa alatan yang hendak digunakan semasa proses PdP PJ tidak
mencukupi.

Sedikit

sebanyak

kekurangan

dari

aspek

peralatan

ini

sejujurnya

mengganggu proses kelancaran pengajaran dan pengajaran yang dijalankan oleh guru.
Daripada aspek yang lain pula, murid tidak mendapat impak pengajaran secara optimum
kerana tidak mendapat pengalaman kontekstual untuk bermain atau menggunakan
peralatan sukan yang sepatutnya digunakan untuk melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran.
2. Analisis Isu/Masalah
Melalui pemerhatian saya, hal ini berlaku disebabkan::
1. Kekurangan peralatan sukan / Pendidikan Jasmani
Hal yang demikian berlaku kerana kekurangan peralatan

PJ di sekolah.

Kekurangan peralatan ini mungkin disebabkan sama ada tidak mendapat peruntukan
mahu pun peralatan sukan yang lain telah lama dan usang serta tidak sesuai lagi
digunakan semasa menjalankan aktivti pendidikan Jasmani. Kekurangan peralatan ini
juga boleh mempengaruhi tahap keberkesanan pengajaran seorang guru dan tahap
pembelajaran murid. Objektif pengajaran juga serba sedikit dipengaruhi oleh dengan
adanya kelengkapan peralatan sukan yang mencukupi.

3. CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

Saya telah sedia maklum akan perkara ini bahawa setiap sekolah tidak
semestinya mempunyai kelengkapan sukan yang mencukupi maka pelatih guru
hendaklah sentiasa bersedia dengan pelbagai kemungkinan. Setelah mengetahui perkara
ini, saya telah berjumpa dan berbincang dengan guru pembimbing tentang hal ini. Guru
pembimbing saya menasihati supaya saya bertindak mengikut kreativiti saya tersendiri
dengan menggunakan kepelbagaian kaedah untuk mencapai objektif pengajaran saya
dan jangan bergantung sepenuhnya terhadap peralatan kerana peralatan sukan memang
tidak mencukupi
Memandangkan pada minggu ini pengajaran saya ialah tajuk permainan kecil
katogeri memadang yang memerlukan saya menggunakan bola kecil yang banyak dan
pemukul besbol yang digunakan untuk kemahiran membaling dan aktiviti permainan kecil.
Oleh itu saya mengambil inisiatif membina sendiri bola besbol menggunakan akhbar
terpakai dan mencipta sendiri pemukul untuk menggantikan pemukul besball. Murid-murid
juga berasa gembira dan teruja untuk bermain kerana bola itu tidak terlalu keras dan
berbahaya kepada mereka..
4. TEMPOH MASA DAN KEBERKESANAN TINDAKAN SUSULAN
Saya mengambil lebih kurang dua bulan untuk melihat keberkesanan langkah
yang saya ambil iaitu menggunakan dan mengaplikasikan pedagogi serta startegi yang
telah saya rancang untuk menghadapi masalah kekurangan

peralatan sukan ini.

Penilaian akan saya lihat dari aspek keberkesanan pengajaran saya dan juga sejauh
mana objektif pengajaran yang telah saya tetapkan tercapai atau tidak.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disemak oleh Pensyarah pembimbing

Tandatangan :

Tandatangan :

Nama :

Nama :

Tarikh :

Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai