Anda di halaman 1dari 3

JURNAL MINGGUAN

Nama : Awangku Mohd Azrie


Bilangan Jurnal : 1
Minggu Praktikum : Pertama
Tarih Peristiwa : 27 Januari 2014 29 Januari 2014
Tajuk Jurnal : Penulisan Jurnal Minggu Pertama

Saya memulakan sesi praktikum saya pada 27hb Januari 2014 mengikut jadual
yang ditetapkan. Pada tahun ini saya telah diamanahkan untuk mengajar murid murid
di arus perdana buat kali pertamanya untuk mata pelajaran Pendidikan Seni Visual
sebagai elektif pada praktikum kali ini dengan major saya sekali iaitu Pendidikan Khas.
Seminggu sebelum memulakan praktikum ini, saya telah pun bersiap sedia
dalam mengatur jadual dan mula merancang sesi pengajaran dan pembelajaran saya
serta bahan-bahan bantu mengajar untuk pengajaran saya. Alhamdulillah, saya
bersyukur kepada tuhan kerana segalanya urusan berjalan dengan lancar. Oleh kerana
pemberatan subjek major 70% dan elektif hanya 30%, maka hanya 2 waktu
diperuntukkan kepada mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dan selebih 4 waktu
diperuntukkan kepada Pendidikan Khas.
Pada minggu pertama bermula sesi praktikum saya, cuaca pada hari Isnin 24
Januari 2014 adalah sejuk dan perhimpunan sekolah dijalankan seperti biasa. Oleh itu,
kami berkesempatan untuk menjalani sesi pengenalan diri dengan sekolah tersebut.
Pada awalnya kami agak keliru dan setelah seminggu berada di sekolah, kami
sudah mula mengenalpasti kedudukan bilik guru, store, bilik SPBT, koperasi dan juga
pusat sumber sekolah. Ini penting bagi memudahkan saya untuk mendapatkan
maklumat maklumat yang penting untuk menjalankan tugasan praktikum kami.

MASALAH
Pada minggu pertama praktikum ini, sudah menjadi kebiasaan bahawa saya
baru berkenalan dengan warga sekolah dan agak kekok untuk memulakan sesi
pengajaran dan pembelajaran dengan tugas-tugas yang banyak seperti menyediakann
bahan bantu mengajar, menyediakan rancangan mengajar dengan terperinci serta
menyediakan portfolio serta jurnal mingguan yang perlu disediakan setiap minggu.
Proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar tetapi terdapat juga
beberapa masalah yang saya hadapi.
Pada minggu pertama ini juga saya dapati terdapat beberapa murid memangil
saya dengan panggilan abang. Walaupuan sudah beberapa hari bersemuka dengan
murid tersebut gelaran abang itu tetap kedengaran.

ANALISIS MASALAH
Murid keliru dengan penggilan abang atau cikgu. Masalah ini biasa berlaku
disakolah oleh kerana murid tidak biasa dan terkejut dengan kehadiran guru praktikum.
Masalah ini juga saya hadapi dengan sekolah sekolah yang pernah saya jalani
praktikum.
CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI
i. Berbincang dengan rakan sepraktikum supaya saya dapat sama-sama
menyelesaikan masalah ini.
ii. Berbincang dengan guru pembimbing untuk mendapatkan pandangan daripada
beliau.
iii. sentiasa menegur murid yang mengunakan panggilan abang dan membetulkannya.

TEMPOH MASA PENYELESAIAN
Saya mengharapkan agar penyelesaian bagi masalah ini dapat diatasi pada akhir
minggu ini agar saya boleh menjalani praktikum pada minggu hadapan dengan lancar
dan baik.
KESIMPULAN
Walaupun terdapat beberapa kelemahan dan kekurangan pada minggu pertama
praktikum fasa yang ketiga ini, namun ia boleh diperbaiki pada minggu hadapan dengan
cadangan yang telah dirancangkan.
Oleh itu, pada masa hadapan saya akan menjadi lebih tegas dalam menegur
kesilapan murid dan mengunakan arahan yang jelas agar murid mudah faham.

Disemak oleh Guru Pembimbing



Tandatangan :
Nama :
Tarikh :

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing



Tandatangan :
Nama :
Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai