Anda di halaman 1dari 10

Shamala A/P Maniam

920210-10-5110
PERNYATAAN SEBELUM PRAKTIKUM

Pada semester ini, mahasiswa pendidik Semester 5 (ambilan Januari 2012) akan
menghadiri praktikum fasa 1 yang akan berlangsung selama empat minggu
persekolahan. Sebagai salah seorang guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Kampus
Perlis saya wajib menjalani latihan mengajar ataupun praktikum selama sebulan yang
bermula pada 31 Mac 2014 hingga 25 April 2014. Praktikum ini adalah untuk kursus
major iaitu Pendidikan Prasekolah. Latihan praktikum ini dilaksanakan sebagai
memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh Institut Pendidikan Guru.
Antara perkara yang saya perlu lalui sebelum menjalankan praktikum ini ialah
sesi taklimat bersama unit praktikum. Sesi taklimat ini telah berlangsung pada 12 Mac
2014 pada jam 2.30 petang di Dewan Pulai B. Sesi taklimat praktikum ini disampaikan
oleh pihak Unit Praktikum. Bagi taklimat praktikum kali ini, penekanan adalah
berkenaan prosedur perlaksanaan praktikum peranan dan tanggungjawab pelajar,
kehadiran praktikum, wajaran praktikum dan garis panduan perlaksanaan kokurikulum
di sekolah.
Selain itu, antara persediaan penting yang telah saya lakukan sebelum
menjalankan sesi praktikum yang pertama ini adalah membuat persediaan dari segi
mental dan fizikal. Sepanjang tempoh praktikum tersebut, saya dikehendaki untuk
menyiapkan segala tugasan yang telah diberikan oleh Unit Praktikum. Oleh itu, saya
perlu membuat beberapa persediaan sebelum menjalani praktikum tersebut.
Perkara seterusnya yang perlu saya lakukan semasa praktikum ialah
mengumpul maklumat-maklumat yang berkaitan dengan tugasan berpandukan senarai
semak yang telah disediakan oleh unit praktikum. Disamping itu, saya juga perlu
menyediakan portfolio praktikum dan menyimpan segala hasil maklumat yang
diperolehi serta hasil penulisan yang telah dibuat ke dalam portfolio sebagai bukti serta
rujukan pada masa akan datang
Shamala A/P Maniam
920210-10-5110
Sebagai seorang mahasiswa pendidik, bimbingan serta tunjuk ajar dari guru
yang berpengalaman amat penting dalam melatih mahasiswa pendidik menjadi guru
yang berjaya. Sehubungan dengan itu, saya perlu berbincang dan sentiasa meminta
tunjuk ajar dari guru pembimbing saya dari sekolah tersebut. Nasihat serta bimbingan
yang padu amat penting kepada saya sebagai seorang guru praktikal yang baharu di
sekolah tersebut.
Sebelum menjalani praktikum, saya telah mengambil beberapa langkah
persediaan untuk menghadapi proses pengajaran dan pembelajaran. Saya telah
meningkatkan pengetahuan saya tentang penyediaan rancangan tahunan, mingguan,
harian dan juga slot pengajaran dan pembelajaran hasil daripada bombing pensyarah
kami, Puan Normala bt. Mehat. Saya juga telah membina strategi untuk mendapatkan
keputusan yang baik dalam praktikum yang pertama ini supaya saya lebih minat dan
bermotivasi terhadap kurus major saya.
Sebagai fokus atau objektif utama bagi praktikum ini, saya telah bercadang untuk
mendalami teknik mengawal kelas dan menarik perhatian murid-murid terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran. Bagi memenuhi hasrat tersebut, saya telah membuat
persediaan awal dengan membuat pelbagai koleksi supaya murid-murid tidak berasa
bosan dengan pengajaran yang disampaikan. Pelbagai sumber telah dirujuk bagi
mendapatkan pengetahuan yang lebih mendalam dan dapat mencapai objektif
praktikum bagi fasa ini. Antaranya adalah toeri-toeri berkaitan dengan pengurusan bilik
darjah iaitu Model Asertif Canter, Model Jacob Kounin, Model Akibat Logikal Dreikurs
dan Model Terapi Realiti Glasser.
Saya telah memilih Model Asertif Canter sebagai model yang akan saya
laksanakan bagi kawalan kelas.Hal ini kerana, model ini adalah berlandaskan
pematuhan murid-murid dalam bilik darjah supaya dapat membentuk satu suasana
belajar yang kondusif serta berkesan untuk pembelajaran. Selain itu, saya berhasrat
untuk merancang aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik minat
murid berdasarkan kepada jadual pengajaran yang akan diperolehi nanti.
Shamala A/P Maniam
920210-10-5110
Saya berharap agar praktikum yang akan saya jalani pada 31 Mac 2014 hingga
25 April 2014 berjalan dengan baik sepertimana yang telah saya rancangkan.
Walaubagaimanapun, sebagai seorang guru, saya mestilah sentiasa bersedia dalam
menghadapi segala cabaran yang datang kerana sesungguhnya seseorang yang terlalu
memikirkan akibat dari sesuatu keputusan atau tindakan, adalah sukar baginya untuk
berjaya. Saya pasti bahawa banyak pengalaman baharu yang akan saya alami kelak.

















Shamala A/P Maniam
920210-10-5110
PERNYATAAN SEMASA PRAKTIKUM
Semasa menjalani latihan praktikum, masih banyak perkara yang perlu saya
perbaiki terutamanya dari aspek penulisan rancangan pengajaran harian. Berbekalkan
panduan dari pensyarah penyelia, guru pembimbing serta rakan-rakan, saya akan
sentiasa cuba sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik dan bersungguh-sungguh
sepanjang tempoh praktikum ini. Tempoh praktikum yang berbaki tiga minggu sahaja
lagi terasa semakin dekat namun masih banyak lagi tugasan-tugasan yang belum saya
laksanakan. Setiap kali selepas penyeliaan, pasti saya akan memperolehi ilmu yang
baru dan perlu saya perbaiki. Sepanjang tempoh praktikum juga, hubungan saya
dengan masyarakat sekitar semakin akrab. Malahan saya semakin rapat dengan murid-
murid saya. Saya juga perlu bijak menguruskan masa agar dapat menguruskan semua
tugasan dengan konsisten.
Sepanjang menjalani latihan praktikum, saya semakin jelas dengan kaedah dan
teknik yang perlu disesuaikan dengan latar belakang murid-murid saya. Aktiviti-aktiviti
yang dilaksanakan juga perlu bersifat dua hala agar saya dapat membentuk jati diri
murid-murid berani memberi jawapan mahupun pendapat. Saya sedar, murid-murid
yang latarbelakangnya yang tidak mempunyai bapa atau emak kurang berkeyakinan
dan memerlukan perhatian yang lebih berbanding dengan murid-murid yang lain.
Pengajaran pada minggu pertama telah menjadikan saya mengaplikasikan
Model Asertif Canter seperti yang dirancang sebelum praktikum. Saya dapat mencapai
pematuhan murid-murid dalam bilik darjah supaya dapat membentuk satu suasana
belajar yang kondusif serta berkesan untuk pembelajaran. Saya telah berjaya
membentuk tingkah laku murid-murid seperti yang saya perlukan dan murid-murid juga
mematuhinya. Selain itu, saya juga telah menekankan kepada murid-murid bahawa
dalam kelas saya terdapat ganjaran dan juga dendaan seperti yang disarankan dalam
Model Asertif Canter. Oleh itu, kawalan kelas berjaya diwujudkan dan dapat menarik
perhatian murid-murid untuk melibatkan mereka dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.
Shamala A/P Maniam
920210-10-5110
Memandangkan saya berjaya mengawal kelas dan menarik perhatian murid-
murid pada minggu pertama praktikum, Saya telah bercadang untuk memberi sesuatu
ilmu yang amat penting dan berguna bagi murid-murid Prasekolah Sayang. Sepanjang
proses pengajaran dan pembelajaran saya pada minggu pertama saya dapat
mengenalpasti bahawa terdapat beberapa murid yang belum pandai menulis nama
mereka sendiri. Mereka langsung tidak dapat mengenal nama mereka, walaupun satu
huruf daripada nama mereka sendiri. Pada pendapat saya, seorang murid prasekolah
yang akan melangkah ke alam persekolahan di Tahun 1, sekurang-kurangnya boleh
menulis nama sendiri, tidak kira nama penuh ataupun nama singkatan.
Bagi membantu murid-murid menulis nama sendiri saya telah melaksanakan
beberapa langkah (Rujuk bahagian Pelan Tindakan Penambahbaikan dan Pelaksanaan
Penambahbaikan) Antaranya adalah seperti berikut :
I. Mengenalpasti murid-murid yang tidak dapat menulis nama.
II. Memperkenalkan nama sendiri mereka kepada murid.
III. Menulis nama sendiri berdasarkan kepada kad nama yang diberi.
IV. Menyediakan kad nama bagi murid-murid bagi memudahkan mereka
melihat dan menulis nama sendiri.
V. Memberi perhatian kepada 5 orang murid yang langsung tidak dapat
menulis nama penuh dan mempunyai masalah khas yang harus
dikenalpasti.
Setiap langkah yang dirancang telah dilaksanakan dengan lancar. Tambahan
maklumat daripada hasil kolaborasi dengan Guru Pembimbing, punca kekangan murid-
murid menulis nama sendiri dapat dikenalpasti dengan lebih lanjut. .
Dalam tempoh praktikum juga, saya sedar bahawa untuk mengajar kita perlu
membuat persediaan yang rapi agar pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan
dengan lancar dan mendapat hasil pembelajaran yang eksplisit. Jelas sekali kejayaan
pengajaran dan pembelajaran sesuatu sesi pembelajaran akan bermula dari guru yang
konsisten dengan perjuangannya. Dengan platform ini juga, sedikit sebanyak sikap
suka membuat kerja pada saat terakhir dapat dikikis.
Shamala A/P Maniam
920210-10-5110
Seiring dengan perubahan zaman globalisasi menuntut saya agar lebih peka
dengan dunia teknologi, maklumat dan komunikasi (TMK) untuk diterapkan semasa
sesi pengajaran dan pembelajaran. Justeru saya perlu sentiasa mencuba untuk
mencari strategi yang menarik agar mereka bersemangat ketika belajar, saya acap kali
mencari bahan bantu mengajar yang ada unsur kecindanan serta logik dan berkaitan
dengan isi pelajaran. Oleh itu, saya berharap setiap tindakan yang diambil dapat
membantu murid-murid mencapai objektif pembelajaran.
















Shamala A/P Maniam
920210-10-5110
PERNYATAAN SELEPAS PRAKTIKUM

Selepas sebulan menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Raja Perempuan
Budriah, Simpang Empat, Perlis terdapat banyak ilmu dan pengalaman baharu yang
telah saya peroleh. Praktikum fasa satu ini telah banyak membantu saya untuk
meningkatkan kemahiran saya dalam pelbagai aspek. Sepanjang menjalani praktikum,
segala proses pelaksanaan projek telah dapat dilakukan secara efisien dan lancar.
Kerjasama daripada rakan-rakan dan pihak sekolah juga telah memudahkan lagi
pelaksanaan program selama sebulan ini.
Melalui menjalani praktikum fasa satu ini saya belajar merancang, mengurus dan
melaksanakan sesuatu projek atau aktiviti dengan baik dan sebagai bakal guru, proses
tersebut merupakan salah satu kemahiran yang perlu saya pelajari apabila berasa di
sekolah kelak. Selain itu, praktikum ini membantu meningkatkan proses komunikasi
saya bersama guru-guru, murid-murid dan juga pihak sekolah.
Melalui penilaian yang saya lakukan terhadap diri saya, praktikum fasa pertama
ini merupakan titik permulaan bagi saya dalam menempuh liku-liku dalam dunia
pendidkan. Banyak masalah yang dapat saya lihat dan rasakan sendiri sepanjang
praktikum fasa pertama ini terutamanya daripada murid-murid. Ternyata murid-murid
mempunyai gaya pembelajaran serta tahap pembelajaran yang berbeza. Ada yang
dapat membaca dan menulis dengan baik serta sebaliknya. Semua ini merupakan
cabaran bagi saya dalam melaksanakan aktiviiti yang bersesuaian dengan tahap
pembelajaran mereka.
Saya juga telah bertungkus lumus untuk memberikan sesuatu yang sangat
bermakna kepada murid-murid Prasekolah Sayang sepanjang tempoh praktikum saya
selama sebulan. Walaupun objektif saya sebelum praktikum adalah bagi
melaksanakaan teori pengurusan disiplin bilik darjah tetapi saya tidak terlalu fokus
kepadanya memandangkan hal itu dapat dicapai dengan mudahnya apabila saya dapat
menarik perhatian murid-murid pada minggu pertama praktikum. Oleh itu, saya telah
Shamala A/P Maniam
920210-10-5110
bercadang untuk membimbing dan membantu murid-murid menulis nama mereka. Saya
dapat mengenalpasti lima murid yang mempunyai masalah khas dalam menulis nama
mereka. Terdapat tiga murid yang langsung tidak dapat mengenal dan menulis nama
sendiri, dan seorang murid yang menulis namanya secara terbalik (seperti melihat pada
cermin) dan akhirnya seorang lagi yang tidak dapat menulis huruf-huruf dalam namanya
dengan orientasi yang betul. Memandangkan perkara ini adalah sesuatu yang serius
saya telah mengambil langkah drastik untuk membantu kelima-lima murid untuk
menulis nama mereka sendiri. Hal ini kerana ia merupakan salah satu perkara asas
yang perlu mereka kuasai sebelum melangkah ke Tahun Satu.
Hasil pelaksanaan langkah-langkah untuk membantu murid-murid menulis nama
mereka sendiri, pada minggu terakhir kelima-lima murid ini dapat menulis nama mereka
dengan betul. Mereka dapat memperbaiki diri mereka dan mereka berjaya menulis
nama mereka sendiri. Perkara ini merupakan satu kejayaan yang amat tinggi bagi saya
sebagai seorang bakal guru. Kejayaan ini menjadikan saya lebih bermotivasi dan
berkeyakinan tinggi untuk menjadi seorang guru yang cemerlang pada masa akan
datang.
Selain itu, murid-murid juga telah diberi bantuan untuk menguasai kemahiran
bertutur dalam bahasa Inggeris. Sebagai langkah mengatasinya, cadangan-cadangan
yang telah dibina telah mula dilaksanakan pada minggu terakhir praktikum. Saya telah
sedaya upaya menggunakan bahasa Inggeris dalam aktiviti harian prasekolah. Sebagai
contohnya, Boys, Girls, Queue Up, Sit properly, Good Bye, Good Morning, How are
you?, Please sit down, Please be silent, Take your sit, Keep Quiet dan lain-lain lagi.
Selain itu, murid-murid juga telah membaca big book dalam bahasa Inggeris dengan
bantuan guru. Selain itu, saya juga telah menggalakkan murid-murid untuk
berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Mereka telah diajar untuk mengucapkan salam
dalam bahasa Inggeris iaitu seperti Thank you teacher, Good Bye teacher, Im fine
teacher dan lain-lain lagi. Kesemua langkah ini dapat menyakinkan murid-murid untuk
bertutur dalam bahasa Inggeris dan mereka lebih berminat untuk berkomunikasi dalam
bahasa Inggeris.
Shamala A/P Maniam
920210-10-5110
Bimbingan dan tunjuk ajar daripada pensyarah dan guru pembimbing dapat
merungkai segala bentuk kelemahan yang tidak dapat dilihat oleh pandangan
sendiri.Ternyata banyak lagi kelemahan yang perlu diperbaiki dan teguran diambil
perhatian bagi memantapkan lagi sesi pengajaran dan pembelajaran saya. Saya
berharap untuk praktikum yang kedua saya akan cuba membuat persiapan yang cukup
dari segi fizikal dan mental. Saya akan membuat rujukan dan mempraktikkan apa yang
telah sayapelajari pada semester-semester yang lepas.
Kesimpulannya, praktikum pertama ini telah banyak membantu saya daripada
pelbagai aspek dan kemahiran. Saya juga telah menimba pelbagai pengalaman
daripada guru-guru di sekolah dan kesemua guru di sekolah berkenaan sangat baik dan
memberikan kerjasama yang sangat baik. Saya berharap agar segala pengalaman
yang diperoleh dapat membantu saya untuk menjadi bakal guru yang lebih baik pada
masa hadapan dengan persediaan dari pelbagai aspek sebagai seorang guru.












Shamala A/P Maniam
920210-10-5110

Anda mungkin juga menyukai