Anda di halaman 1dari 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS PERLIS

INOVASI PEDAGOGI YANG DIHASILKAN SENDIRI

NAMA INOVASI

: Star Fish

PENERANGAN DAN PERINCIAN TENTANG INOVASI :


Pengenalan
Inovasi Star Fish merupakan hasil inovasi daripada idea ekonomi token yang
diubahsuai supaya ia lebih menarik dan berkesan. Ia bukan hanya diaplikasikan kepada
setiap individu tetapi turut memberi kesan kepada kumpulan yang diwakili oleh individu
yang memperoleh bintang sebagai peneguhan positif atau individu yang ditarik balik
bintangnya sebagai peneguhan negatif.
Ekonomi token adalah program modifikasi tingkahlaku yang dirancang untuk
meningkatkan tinglahlaku yang diingini dan mengurangkan tingkahlaku yang tidak
diingini melalui penggunaan token (tanda-tanda). Individu akan menerima token setelah
menunjukkan tingkahlaku yang diingini manakala token akan ditarik balik sekiranya
individu menunjukkan tingkahlaku yang tidak diingini. Token yang dikumpulkan
kemudian ditukar dengan peneguh (back up reinforcer) seperti hadiah atau
penghargaan.

Punca Penciptaan Inovasi Star Fish.

Idea untuk mencipta Star Fish wujud hasil daripada pemerhatian saya sebelum
pengajaran dimulakan, semasa proses pengajaran dan juga selepas proses
pengajaran, waktu rehat dan waktu pulang murid-murid dari sekolah. Saya dapat
melihat bahawa murid-murid Prasekolah Dahlia lebih berminat kepada bintang. Mereka

lebih bermotivasi dan gemar apabila guru memberikan mereka bintang pada lembaran
kerja.
Selain itu, saya juga melihat murid-murid mengumpul objek-objek yang
berbentuk bintang dalam beg mereka. Dengan ini, saya bercadang untuk menghasilkan
inovasi dengan menggunakan bintang dan ekonomi token menjadi pilihan saya.
Matlamat Inovasi
Inovasi Star Fish dapat :
Memberi peneguhan positif terhadap tingkahlaku yang diingini
Memberi peneguhan negatif terhadap tingkah laku yang tidak diingini.
Memastikan murid-murid melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang dilaksanakan.
Memastikan kelas dalam kawalan guru.
Memupuk semangat kumpulan.
Memupuk nilai-nilai moral seperti bertanggungjawab, amanah, berusaha, toleransi dan
tolong-menolong.
Langkah-langkah Pelaksanaan Inovasi Star Fish

1. Mengenali tingkah laku yang diingini.


Melaksanakan tugasan yang diberi dengan betul, cepat dan kemas.
Memberi jawapan tepat kepada soalan-soalan mencabar yang ditanya oleh guru.
Tidak membuat bising sewaktu makan.
Makan dengan kemas.
Mengambil dan membaca buku tanpa diberitahu oleh guru.
Menunjukkan sesuatu tingkah laku yang positif tanpa diberitahu oleh guru.
Lain-lain tingakah laku positf yang ditunjukkan oleh murid-murid.
2. Memilih jenis token yang akan digunakan.
Token yang digunakan ialah, pelekat yang berbentuk bintang.
3. Memilih peneguh atau hadiah yang boleh ditukar dengan token.
Hadiah yang digunakan adalah alat-alat tulis seperti pensel, pensel warna, kotak
pensel, pemadam, pembaris dan sebagainya.
4. Mengira nilai token untuk sesuatu perilaku.
Peneguhan positif
Perilaku

Jumlah token

yang diberi
Melaksanakan tugasan yang diberi dengan betul, cepat dan kemas

Memberi jawapan tepat kepada soalan-soalan mencabar yang

ditanya oleh guru.


Tidak membuat bising sewaktu makan.
Makan dengan kemas.
Mengambil dan membaca buku tanpa diberitahu oleh guru.
Menunjukkan sesuatu tingkah laku yang positif tanpa diberitahu

1
1
2
3

oleh guru.
Peneguhan negatif

Perilaku
Membuat bising

Jumlah token
yang ditarik
balik
1

Tidak patuh kepada arahan guru

Tidak berbudi bahasa sewaktu berinteraksi dengan rakan sekelas


dan guru.

Tidak menyempurnakan tugasan yang diberi

Tidak berjalan dalam barisan

Tidak menjaga kebajikan rakan sekelas

Membuang sampah di merata tempat

*Semua peneguhan positif dan negatif dibawah budi bacara guru.


5. Membuat bank token.
Setiap murid diberi gambar ikan bagi mewakili diri mereka. Mereka dikehendaki
untuk mewarnakannya
Bintang dilekat pada bahagian badAn ikan.
Semua gambar ini dipamerkan di dalam kelas supaya murid-murid lebih
bermotivasi untuk mendapatkan bintang yang banyak dan menunjukkan tingkah
laku yang diingini.
6. Menentukan waktu pertukaran token.
Token boleh ditukar menjadi hadiah sebulan sekali.
Individu yang tertinggi akan mendapat hadiah.
7. Implementasi program
Memberi penjelasan tentang Star Fish.

Berikan token berserta pujian. Ketika mengimplementasikan token


ekonomi menerusi Star Fish, pujian harus selalu diberikan untuk perilaku
positif yang diinginkan. Pada masa murid-murid menunjukkan perilaku yang
diinginkan, token dan pujian harus diberikan dengan cepat dan tidak boleh
ditunda.
Kurangi token dan kekalkan pujian. Untuk perilaku baru yang positif token
hendaklah diberikan. Token dikurangkan apabila perilaku tersebut sudah
mula dimiliki oleh murid-murid, namun pujian tetap diberikan sebagai
peneguhan apabila murid-murid menunjukkan perilaku yang benar. Token
tetap diberikan untuk perilaku-perilaku baru yang harus dikuasai oleh muridmurid. Hal ini dilakukan supaya murid-murid tidak bergantung pada token
sehingga anak dapat belajar pada kehidupan sosial sebenar.
Buat penyesuaian yang diperlukan. Hal ini perlu dilakukan supaya muridmurid terus terlibat dalam ekonomi token. Apabila perilaku terlalu mudah atau
terlalu sulit maka murid-murid akan tidak bermotivasi untuk terlibat aktif
dalam program ekonomi token.

PENILAIAN KEBERKESANAN INOVASI :


Guru akan menggunakan dua jenis instrumen penilaian untuk membuat penilaian
terhadap keberkesanan inovasi yang telah disediakan. Iaitu penilaian melalui pemerhatian.
Pemerhatian
Hasil daripada pemerhatian, dapat menyatakan bahawa amalan Star Fish memberi
kesan yang bagus terhadap kawalan kelas, peneguhan positif terhadap tingkah laku yang
diingini dan peneguhan negatif terhadap tingkah laku yang tidak diingini.
Murid-murid dapat disiplinkan dengan berjaya. Mereka mula memberi minat untuk
mengumpulkan bintang yang banyak bagi mendapatkan hadiah. Perubahan tingkah laku dapat
dilihat secara drastik apabila murid-murid menunjukkan tingkah laku berikut :
Melaksanakan tugasan yang diberi dengan betul, cepat dan kemas.

Memberi jawapan tepat kepada soalan-soalan mencabar yang ditanya oleh guru.
Tidak membuat bising sewaktu makan.
Makan dengan kemas.
Mengambil dan membaca buku tanpa diberitahu oleh guru.
Menunjukkan sesuatu tingkah laku yang positif tanpa diberitahu oleh guru.

Kesimpulannya, diharapkan pengamalan inovasi ini dapat membantu guru dalam


memberi peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan juga tingkah laku yang tidak
diingini. Selain itu, guru juga berjaya mendisiplinkan murid apabila mereka tertarik dengan
peneguhan yang diberi. Mereka juga lebih yakin dan lebih bersemangat untuk melibatkan diri
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Diharapkan semua tingkah laku yang ditunjukkan
oleh murid-murid menjadi amalan walaupun tidak ada peneguhan. Ia amat penting untuk guru
dalam mencapai objektif penciptaan inovasi ini.

Anda mungkin juga menyukai