Anda di halaman 1dari 25

Intervensi

Menangani Tingkah
Laku Bermasalah
Disediakan oleh
Nurhidayati Binti Mohamed Nor
Konsep Pengurusan Tingkah Laku
Bermasalah
• Satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke
satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik-teknik atau
kaedah yang sesuai.
• Sebarang bentuk mendisiplinkan kanak-kanak mestilah ke arah
mendatangkan manfaat kepada mereka.
• Untuk mendisiplinkan murid-murid, guru tidak boleh memalukan atau
mengugut murid-murid.
• Kesalahan-kesalahan yang dilakukan di dalam bilik darjah secara
dasarnya boleh ditangani melalui teguran non-verbal, mengalihkan
tingkah laku atau menukarkan rentak aktiviti pdp.
• Kesalahan yang melibatkan perwatakan murid seperti pengotor,
selekeh atau bersikap kasar perlu ditangani secara individu dengan
murid tersebut. Guru boleh meminta bantuan guru lain yang lebih
rapat dengan murid.
• Guru boleh mengaplikasikan langkah-langkah dalam Model Asertif
Disiplin oleh Canter (peneguhan) dan langkah-langkah dalam Model
Akibat Logikal Dreikurs (dendaan).
Kitaran Pengurusan Disiplin
Merancang.

Menyediakan pelan
Mengawasi dan
pengurusan, struktur
membuat refleksi.
organisasi dan pendekatan
yang akan digunakan.

Melaksanakan
dan mengurus.
Peranan dan Tindakan Guru semasa
Menangani Tingkah Laku Bermasalah
• Tidak panik dan jangan bertindak melulu.
• Elakkan daripada mencabar kanak-kanak.
• Semak semula cara pengajaran.
• Jangan tangani masalah disiplin yang di luar kawal sendirian.
• Berbincang dengan guru lain yang lebih mahir.
• Ikuti budaya disiplin sekolah.
Intervensi dalam Menangani Tingkah
Laku Bermasalah
a. Teknik modifikasi tingkah laku
b. Kemahiran-kemahiran asas bimbingan dan kaunseling
c. Terapi bermain
d. Terapi seni
e. Terapi muzik
f. Terapi bercerita
Teknik Modifikasi Tingkah Laku
• Menggunakan prinsip peneguhan.
• Dalam teori peneguhan, tingkah laku murid-murid ditentukan oleh
akibat yang bakal diterima selepas tingkah laku ditunjukkan.
• Murid akan mempelajari tingkah laku yang diterima atau yang tidak
diterima berdasarkan respons yang diperoleh daripada persekitaran.
Prinsip peneguhan menyatakan:
• Tingkah laku dipengaruhi oleh akibat selepas tingkah laku
ditunjukkan.
• Tingkah laku boleh dibentuk, dikekalkan, diteguhkan atau dilemahkan
berdasarkan akibat yang diberikan.
• Teknik modifikasi tingkah laku bertindak berdasarkan tingkah laku
yang diberikan ganjaran akan diulangi, manakala tingkah laku yang
tidak diberikan ganjaran akan dilupa.
• Mengikut kajian, peneguhan positif (ganjaran) adalah lebih berkesan
berbanding dengan dendaan. Oleh itu, guru digalakkan menggunakan
peneguhan positif dalam memodifikasikan tingkah laku kanak-kanak
di dalam bilik darjah.
Pilihan untuk meningkatkan tingkah laku
yang diingini

Tambah Keluarkan

Peneguhan positif Peneguhan negatif

Tambahan ganjaran atau insentif Mengeluarkan rangsangan negatif untuk


peningkatan ganjaran sehingga tingkah laku meningkatkan tingkah laku.
diingini diperoleh.
Pilihan untuk mengurangkan tingkah laku
yang tidak diingini

Tambah Keluarkan

Dendaan Keluarkan peneguhan positif

Menambahkan akibat negatif Time Out: Keluarkan kanak-kanak daripada


situasi
Mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini dengan
menggabungkan tingkah laku yang diingini dengan peneguhan positif

• Contoh
• “Sekiranya kamu menyiapkan kerja dengan senyap selama 20 minit, cikgu
akan berikan kamu masa 5 minit rehat.”
• Tingkah laku yang tidak diingini: Bising semasa membuat kerja yang diberikan.
• Gabungan tingkah laku yang diingini dengan peneguhan positif: Buat kerja
dengan senyap akan diberikan rehat.
Hierarki Peneguhan
• Menurut Larrivee (2005), terdapat 8 peringkat peneguh.
Peringkat Peneguh Contoh
1 Bahan makanan Coklat, gula-gula, kismis dan kacang
2 Barangan Permainan, pelekat, hadiah dan sijil
3 Token Berbentuk barangan seperti
lencana, markah atau bintang yang
dapat ditukar dengan peneguh
yang in

4 Aktiviti Aktiviti yang diminati oleh kanak-


kanak seperti bermain komputer,
menolong guru dan membaca buku
yang diminati

5 Keistimewaan Mendapat keistimewaan untuk


menjadi ketua kumpulan, penolong
guru, rehat awal atau kurang
tugasan

6 Pengiktirafan rakan Diterima dan dipuji oleh rakan


sebaya
7 Perakuan guru Pujian dan perhatian guru serta ibu
bapa
8 Kepuasan kendiri Peneguh dalaman atau mendapat
kepuasan diri
2 Prinsip Hierarki Peneguhan
a. Guru dinasihatkan supaya hanya menggunakan peneguh peringkat
rendah untuk meneguhkan tingkah laku yang hendak dibentuk atau
untuk mengekalkan tingkah laku yang diingini.
b. Peneguhan perlu ada kesinambungan bermula dari peringkat
rendah dan perlu beralih kepada peringkat peneguh yang lebih
tinggi.
Peneguhan peringkat rendah
• Berbentuk kebendaan diikuti dengan minat murid-murid,
pengiktirafan sosial dan dorongan diri murid itu sendiri.
• Hanya sesuai sekiranya guru ingin memodifikasi tingkah laku.
• Sekiranya peneguhan tersebut ingin terus digunakan, murid-murid
akan lebih berminat dengan ganjaran tersebut (motivasi ekstrinsik)
dan hal ini akan mengurangkan motivasi intrinsik murid.
Sistem Modifikasi Tingkah Laku yang
Berstruktur
• Bertujuan memastikan tingkah laku yang hendak dibentuk itu telah
dicatatkan dengan jelas berserta dengan akibat atau peneguhan yang
akan diterima.
• Menurut Larrivee (2005), terdapat 2 sistem yang boleh digunakan
untuk memodifikasikan tingkah laku murid-murid secara berstruktur:
a. Sistem Kontrak Tingkah Laku
b. Sistem Token
Sistem Kontrak Tingkah Laku
• Satu kontrak yang berstruktur yang dibentuk oleh guru dengan seorang
murid atau dengan kumpulan murid.
• Kontrak dibentuk setelah mendapat persetujuan daripada kedua-dua
belah pihak terhadap tingkah laku yang diingini.
• Untuk memastikan keberkesanan kontrak, guru perlu:
• berjumpa dengan murid-murid dan terangkan rasional dan langkah-langkah
yang perlu untuk memastikan kontrak tersebut berkesan.
• meminta bantuan daripada pihak lain serta guru-guru lain dan ibu bapa untuk
memastikan murid-murid tersebut mematuhi kontrak yang dipersetujui.
• menetapkan matlamat jangka masa panjang supaya murid-murid dapat
mengekalkan tingkah laku yang diingini walaupun kontrak sudah berakhir.
Langkah-langkah membina kontrak
tingkah laku
1. Libatkan murid-murid dalam pembentukan kontrak.
2. Tingkah laku yang diingini perlu dinyatakan dalam bentuk yang positif. Contoh: 'Sekiranya
awak melakukan kerja dengan senyap (positif), awak akan mendapat 3 markah merit
(positif)', dan bukannya 'Sekiranya awak bising semasa melakukan kerja, awak akan demerit
3 markah'.
3. Tingkah laku yang ingin dicapai perlu dinyatakan dengan jelas.
4. Kontrak perlu dibentuk untuk satu jangka masa yang ditetapkan.
5. Kontrak perlu disesuaikan dengan murid-murid. Kontrak yang dibentuk mesti boleh dicapai
dan dituruti oleh murid-murid.
6. Peneguhan dan ganjaran perlu mendapat persetujuan bersama antara guru dengan murid.
7. Peneguhan dan ganjaran yang dijanjikan di dalam kontrak perlu diberikan dengan kerap dan
segera pada permulaan jangka masa kontrak.
8. Kontrak perlu ditandatangani oleh semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan kontrak
tersebut.
2 jenis Kontrak Tingkah Laku
1. Kontrak Sosial - kontrak mudah yang digunakan untuk mengubah
tingkah laku sosial murid-murid.
2. Kontrak Akademik - kontrak mudah yang digunakan untuk
membantu masalah tingkah laku akademik murid-murid.
Sistem Token
• Token berfungsi sebagai wang yang dapat ditukar dengan barangan
yang digemari atau aktiviti yang menyeronokkan.
• Selalu digunakan di dalam kelas-kelas pemulihan atau pendidikan
khas.
Langkah Membina Sistem Token
1. Senaraikan tingkah laku spesifik yang akan diberikan token.
2. Pilih token yang senang dicari dan digunakan.
3. Tetapkan kekerapan memberikan token dan masa token akan
diberikan.
4. Tetapkan orang yang akan memberikan token (guru, rakan sekelas
atau murid-murid sendiri)
5. Senaraikan peneguh atau ganjaran yang akan diterima melalui
token yang dikutip.
6. Tetapkan masa token dapat ditukar dengan ganjaran.
Memilih Peneguh/Ganjaran yang Tepat
• Cara terbaik menentukan ganjaran yang diberikan berkesan adalah
dengan melihat tingkah laku murid semasa mendapat ganjaran.
• Kadangkala, ganjaran yang diberikan kepada murid tertentu sesuai,
tetapi tidak pula sesuai dengan murid yang lain.
Strategi memilih Peneguh yang Sesuai
1. Perhatikan murid-murid dan kenal pasti aktiviti yang
menyeronokkan atau kesukaan mereka. Kesukaan murid akan
menjadi peneguh yang berkesan.
2. Tanya kepada murid-murid dan bincang dengan murid-murid
tentang bentuk peneguhan yang disukai.
3. Kadangkala, berikan kejutan atau ganjaran misteri yang tidak
dijangka oleh murid-murid. Kejutan akan membangkitkan elemen
suspens dan menarik perhatian murid-murid.
4. Tukar ganti peneguh apabila sudah diguna pakai untuk jangka masa
yang lama.
Langkah-langkah Pelan Pengurusan
Kendiri
1. Tetapkan tingkah laku murid.
2. Beri kesedaran kepada murid.
3. Matlamat yang realistik.
4. Bincangkan akibat.
5. Bina sistem pengurusan kendiri.
6. Guru memantau.
7. Berikan peluang kepada murid untuk mengurus.
8. Penilaian berterusan dan ubah jika perlu.
Sekian, Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai