Anda di halaman 1dari 12

Apakah Kertas Cadangan Penyelidikan?

• Penyataan ringkas tentang permasalahan yang hendak diselidiki.


Kertas Cadangan Penyelidikan mengandungi sasaran pengkajian yang
khusus, tinjauan susastera yang wakili atau berkaitan dengan
permasalahan yang dikaji, suatu penerimaan teoritis dan kaedah yang
akan digunakan.
Gaya Penulisan
A. Penggunaan Bahasa Formal
B. Penulisan Secara Objektif
C. Penulisan Ayat yang Jelas
D. Perkembangan Idea Secara Logik: Koheren dan Kohesif
A. Penggunaan Bahasa Formal
1. Menyebut gelaran dengan sepenuhnya
• Membantu Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memperkasakan mata
pelajaran Pendidikan Islam dengan penekanan pendidikan halal agar
generasi muda sedar tentang halal haram dalam kehidupan seharian.

2. Tidak menggunakan unsur kependekan


• Situasi ini terdapat dalam kajian Nor Aini yang mendapati 92% responden
merasa tercabar tentang aspek pemakanan halal dengan persekitaran
yang dikelilingi oleh pelbagai kaum seperti Cina dan India.
3.Penggunaan ejaan yang betul dan tatabahasa yang betul

• Toleransi citarasa antara kaum wujud lantaran keakraban hubungan


antara anggota masyarakat.

(Penulis bukan menggunakan perkataan “di antara”.


Frasa sendi nama di antara digunakan untuk sesuatu yang
mempunyai ruang (kedudukan fizikal atau tempat).
Kata antara dapat berfungsi sebagai kata sendi nama dan kata arah
dan digunakan apabila memperkatakan sesuatu yang bersifat abstrak.
B. Penulisan Secara Objektif
C. Penulisan Ayat yang Jelas
D. Perkembangan Idea Secara Logik: Koheren dan Kohesif

Koheren
• Koheren adalah kesepaduan antara satu bahagian dengan bahagian
yang lainnya sehingga ayat-ayat memiliki kesatuan makna yang utuh.
• Dalam penulisan yang koheren, idea-idea dihuraikan dengan jelas dan
dalam urutan logik serta disokong oleh bukti dan contoh.
• Faktor-faktor ini memudahkan pembaca untuk mengikuti hujah dan
tujuan penulis tersebut.
Contoh Koheren:
Kohesif
• Kohesif merupakan hubungan antara bahagian dalam teks dengan
menggunakan penanda wacana yang sesuai.
• Konsep kohesif pada dasarnya merujuk kepada hubungan bentuk,
iaitu unsur-unsur wacana yang digunakan untuk menyusun suatu
wacana memiliki kesepaduan secara padu dan utuh.
Contoh Kohesif :
“........Keadaan ini sudah pasti mewujudkan cabaran tentang aspek pemakanan halal
bagi pengguna muslim kerana perkongsian dapur dan tempat masakan dalam rumah.
Dalam mendepani isu ini, pengetahuan agama Islam turut mempunyai pengaruh
signifikan dalam pemilihan makanan, khususnya pelajar sekolah di Sabah. Di
peringkat sekolah, mata pelajaran Pendidikan Islam diajar bagi memastikan pelajar-
pelajar mendapat pengetahuan asas berkenaan Islam. Melalui pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Islam, diharapkan pelajar-pelajar dapat memahami ajaran
Islam dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Intisari pengajaran
Pendidikan Islam ini mampu membimbing para pelajar membentuk gaya hidup yang
berlandaskan Islam dalam pelbagai aspek kehidupan termasuklah pergaulan,
pemakaian, pemakanan dan sebagainya.”

(Untuk menjelaskan isu/keadaan yang disebutkan tadi dengan lebih jelas, penulis
memulakan perenggan baru dengan menggunakan frasa kata “dalam mendepani isu
ini”, gaya penulisan ini menunjukkan unsur kohesif.)
Kejelasan Penulisan
• Kejelasan ayat sangat penting untuk memberikan perhatian dalam
sesuatu penulisan akademik agar lebih difahami.
• Kejelasan isi pula penting untuk menyemak semula panjang-pendek
ayat.
• Ayat pendek boleh membantu koheren (kesinambungan) sementara
ayat panjang membantu kohesi (kekuatan tarikan) di dalam penulisan
akademik.

Anda mungkin juga menyukai