Anda di halaman 1dari 41

INSTITIUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM JOHOR BAHRU, JOHOR

KERJA KURSUS EDU3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

Dsediakan oleh ; Zaharin Bin Nordin Rosli Bin Kasmodin Asrul Hisyam Bin Jasiman Shahril Affandi Bin Mat Yusof Opsyen : Sains Kumpulan 3 Nama Pensyarah : Pn Salina Bt Omar Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Tarikh 28 / Julai / 2012

PEDAGOGI RELEVAN BUDAYA DAN KEPELBAGAIAN KELOMPOK

Konsep Pedagogi
Pedagogi yang relevan menggunakan pelbagai strategi

pengajaran dan pembelajaran supaya pembelajaran menjadi lebih bermakna kepada murid-murid. Penekanan diberikan kepada pengintegrasian pengetahuan, kemahiran asas serta memupuk nilai murni bagi perkembangan yang menyeluruh dari kepelbagaian kebolehan murid serta relevan dengan budaya yang diamalkan. Guru perlu mengambilkira kepelbagaian aspek budaya murid supaya setiap murid tidak terpinggir dalam proses pembelajaran mereka.

Konsep Kebudayaan
Dalam konteks sosiologi, konsep kebudayaan

dikatakan sebagai cara hidup yang dipelajari, diubahsuaikan dan diturunkan dari generasi ke generasi dalam sesebuah masyarakat tertentu. Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab guru untuk memenuhi keperluan murid tanpa sikap prejudis terhadap budaya murid yang berbeza tersebut.

Konsep Modal Budaya


Modal budaya merujuk kepada seseorang individu

yang mewarisi dan memperoleh keupayaan bahasa dan budaya dari keluarga dan masyarakatnya. Pencapaian persekolahan seseorang individu adalah berkaitan rapat dengan latar belakang kebudayaan ibu bapanya.

Kesesuaian Teknik
Terdapat pelbagai strategi, kaedah dan teknik dalam

pedagogi pendidikan. Guru seharusnya memilih. strategi kaedah atau teknik yang bersesuaian mengikut keadaan kelas dan kerelevanan budaya.

Kontekstual

Metakognitif

Direktif

Konteks luar

Mediatif

Pedagogi Releven Budaya

Kajian masa depan

Generatif

Pendekatan koperatif

Pendekatan Kolaboratif

Pendekatan pedagogi yang relevan untuk diamalkan dalam pelbagai budaya murid.
Pendekatan Kolaboratif
Direktif Mediatif Generatif Kontekstual Metakognitif Konteks Luar/Kajian Luar Kajian Masa Depan Pendekatan Koperatif

Direktif
belajar melalui penerangan dan diikuti oleh ujian

kefahaman dan latihan. Guru boleh memberikan penerangan secara langsung kepada murid tentang kepelbagaian budaya dalam kelompok mereka. Fokus diberikan kepada kemahiran asas, latihtubi dan latihan kecekapan. Guru bertindak sebagai model. Contoh strategi pengajaran yang boleh digunakan adalah seperti kuliah, latih-tubi dan demontrasi.

Mediatif
Melalui kaedah ini guru boleh menggunakan bahan

media dalam pembelajaran. Antara contohnya penggunaan komputer dan buku elektronik. murid-murid diajar guru untuk mengaplikasikan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan, mengenalpasti andaian dan menilai kebenaran andaian, keputusan dan hipotesis khususnya yang berkaitan dengan budaya yang masih relevan untuk diamalkan oleh murid.

Generatif
menggalakkan murid menjana idea-idea kritis

dan kreatif yang sesuai dengan budaya yang diketengahkan. membantu murid-murid menyelesaikan masalah secara kreatif dan dapat membuat pertimbangan untuk meneruskan budaya yang relevan dengan kehidupan masa kini.

Kontekstual
Murid mengaitkan bahan pengajaran dan

pembelajaran kepada situasi dunia yang sebenar. memotivasikan muridmurid untuk membuat kaftan antara ilmu pengetahuan dengan pengaplikasiannya kepada budaya kehidupan mereka sebagai ahli keluarga, masyarakat dan rakyat. Pembelajaran lain yang boleh dikaitkan kepada pembelajaran kontekstual ialah pembelajaran `eksperential', pengalaman hidup sebenar, pembelajaran aktiviti dan pembelajaran berpusatkan murid.

Metakognitif
Memberikan peluang kepada murid-murid

memikirkan tentang proses pembelajaran, rancangan pembelajaran, pemantauan dan penilaian kendiri. Melalui kaedah ini murid-murid akan berbincang tentang tugasan yang diberi. Pada peringkat inilah guru boleh memberikan tugasan yang berkaitan dengan budaya masyarakat yang masih relevan untuk dibahaskan oleh mereka.

Konteks luar
Ini memerlukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran

yang dilaksanakan oleh guru dilakukan di luar bilik darjah. Guru berperanan sebagai seorang fasilitator. Guru memberikan satu aktiviti penyelesaian masalah dan murid mesti berada, di luar bilik darjah untuk menyelesaikan masalah ini. Pada peringkat akhir murid akan menyediakan laporan terhadap aspek yang dibincangkan dalam sesi pembelajaran mereka.

Kajian masa depan


Kajian masa depan adalah penting untuk golongan

remaja dan murid. Guru akan dapat membantu murid untuk melihat manusia supaya berfikiran jauh. Dua prinsip dalam kajian masa depan ialah masa depan sahajalah merapatkan ruang di mana kita mempunyai kuasa dan pilihan untuk bertindak serta melakukan sesuatu dan terdapat bukan hanya satu masa depan tetapi beberapa masa depan yang perlu dihadapi.

Kooperatif
Murid-murid akan dapat belajar secara kerjasama

dan berinteraksi dengan murid yang datangnya dari pelbagai latar budaya tersebut. Pembelajaran koperatif akan menjadi menarik kerana murid-murid melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran. Murid turut dilatih dengan akauntabiliti diri dan bertanggungjawab sesama ahli. Kemahiran dan interaksi sosial dapat dipupuk dalam diri murid.

Kolaboratif
Pembelajaran kolaboratif bermaksud kerjasama erat di

antara dua pihak atau lebih. Murid akan berusaha bersama untuk mencapai matlamat pembelajaran. Pembelajaran melalui kaedah ini melibatkan sekumpulan murid yang berusaha ke arah mencapai prestasi yang cemerlang. Keberkesanan pembelajaran dapat ditingkatkan.

PEDAGOGI KELAS BERCANTUM

Kelas bercantum diwujudkan apabila bilangan murid

di dalam satu tahun persekolahan adalah kurang daripada 15 orang. Sesebuah kelas Tahun 1,Tahun 2 dan Tahun 3 akan dicantumkan jika bilangan murid tidak mencukupi.

Kelas bercantum juga wujud apabila bilangan murid di

sesebuah sekolah tidak melebihi 145 orang. Bilangan guru termasuk guru besar pula, adalah tidak melebihi 5 orang. Seseorang guru akan mengajar lebih daripada satu tahun persekolahan secara serentak dalam kelas bercantum.

Strategi pedagogi pengajaran dan pembelajaran di

kelas bercantum adalah berlainan daripada kelas biasa. Guru lebih kepada pengajaran secara berkumpulan. Kaedah ini merupakan pengajaran berpusatkan murid. Tujuan aktiviti begini dilakukan bagi membolehkan murid aktif dan memenuhi keperluan mereka yang mempunyai pelbagai kebolehan.

Murid dari pelbagai kebolehan dikelompokkan dalam

kumpulan yang dibina. Mereka membina kelompok kecil bagi semua mata pelajaran seperti Matematik, Sains, Bahasa Melayu dan lain-lain. Melalui aktiviti kumpulan, semua murid dapat mengikuti aktiviti yang diperingkatkan mengikut tahap pencapaian mereka. Secara langsung murid dapat diberi peluang untuk memberikan pendapat kepada rakan-rakan sekelas walaupun dari pelbagai kecerdasan yang berbeza.

Guru juga boleh menggunakan kaedah perbincangan.


Kaedah ini merupakan teknik mengajar yang

melibatkan perbualan di antara gurumurid dan muridmurid di dalam sesebuah kelas. Dalam bilik darjah, guru akan mengemukakan topik perbincangan seperti isu semasa, peristiwa, perpaduan rakyat dan sebagainya.

Terdapat dua, jenis bentuk perbincangan iaitu

perbincangan keseluruhan kelas, biasanya diketuai dan diarahkan oleh guru. Perbincangan jenis kedua adalah perbincangan dalam kumpulankumpulan kecil, biasanya diketuai oleh murid. Setiap murid digalakkan melibatkan diri secara, aktif dalam sesi perbincangan.

Guru perlu bijak melaksanakan pengajaran dalam

kelas bercantum kerana terdapat aras perbezaan yang agak ketara dalam diri murid. Kelemahan menggunakan pendekatan pedagogi yang sesuai pasti akan merencatkan minat murid untuk meneruskan proses pembelajaran.

SOSIOLINGUISTIK

Definisi
Merupakan ilmu interdisiplin yang

membincangkan dan menyusun teoriteori tentang perhubungan masyarakat dan bahasa yang dituturkan dalam komunikasi seharian.

Pekara pokok dalam sosiolinguistik


Terdapat beberapa jenis kebiasaan yang digunakan bagi menguruskan pertuturan kita yang diorentasikan kepada tujuan-tujuan sosial yang melibatkan perbicaraan dan interaksi. Contohnya perbualan telefon, bergurau dan sebagainya. 2. Kajian bagaimana norma-norma dan nilai-nilai sosial mempengaruhi perilaku linguistik. Gaya pertuturan kelas pertengahan dan kelas atasan mempunyai stail dan variasi komunikasi yang berbeza.
1.

3. Variasi dan neka bahasa dihubungkan dengan kerangka sosial para penuturnya pada tujuan-tujuan yang lebih sosiologikal bagi menunjukkan status sosial si pembicara. 4. Pemanfatan unsur-unsur bahasa dalam politik seperti pemurnian yang dilakukan pada satu-satu bahasa dengan tujuan mengangkat bahasa tersebut sebagai bahasa kebangsaan.

7 Dimensi dalam penyelidikan sosiolinguistik


1.
2. 3. 4. 5. 6. 7.

Identiti sosial penutur Identiti sosial pendengar terlibat Lingkungan sosial tempat peristiwa berlaku Analisis sinkronik dan diakronik terhadap dialek sosial Penilaian sosial yang berbeza Tingkatan neka atau ragam linguistik Penerapan praktikal daripada penyelidikan sosiolinguistik

Kesimpulan
Sosiolinguistik adalah kajian interdisiplin yang

mempelajari pengaruh budaya terhadap cara sesuatu bahasa digunakan. Dalam budaya masyarakat malaysia bahasa Melayu dan Inggeris digunakan sebagai alat komunikasi dan berinteraksi dalam pelbagai situasi Murid yang berkebolehan berinteraksi dengan pelbagai bahasa boleh digunakan untuk membantu rakan sebaya dalam pelajaran.

PENILAIAN BERASASKAN BUDAYA

Peranan guru
Guru perlu melaksanakan penilaian terhadap murid

berasaaskan budaya yang sesuai dengan situasi kelas berkenaan. Antara faktor yang perlu diberi perhatian ialah
Kedudukan fizikal kelas dalam kumpulan kaum yang

berbeza Murid melakukan aktiviti bersama kaum yang berbeza Guru telah memperkenalkan adat dan kaum di Malaysia Penerapan nilai kerjasama yang diterapkan

Penilaian terhadap nilai yang diamalkan di bilik darjah


Nilai itu harus diterima didalam bilik darjah
Nilai harus dapat mencorakkan perkembangan

tingkahlaku yang baik Nilai dapat menjamin keharmonian bilik darjah Nilai dapat memberi kesan terhadap hubungan suasana bilik darjah, sikap tanggungjawab, dorongan kejayaan dan lain-lain

Penilaian terhadap aspek disiplin


Dapat mempengaruhi suasana dan persekitaran bilik

darjah Dapat membentuk individu yang bertanggungjawab Dapat meneruskan cara hidup yang baik Murid mempunyai sahsiah dan tingkahlaku yang baik tanpa mengira latar budaya murid berkenaan.

Penilaian terhadap hubungan sosial murid


Pelaksanaan yang baik akan ; Mewujudkan hubungan sosial yang dinamis Mewujudkan tanggungjawab sosial Mewujudkan kesedaran sosial yang tinggi Memenuhi hasrat dan cita-cita

Budaya Belajar Murid


Budaya belajar yang dinamik akan meluaskan Ruang ekspresi Perbincangan Penyelidikan Pembacaan Penyelesaian masalah Mengasah pemikiran kritikal Mencorakkan masa depan murid Membantu mengembangkan potensi, minat dan bakat yang berbeza

Penilaian terhadap aspek psikologi


Psikologi yang membina keyakinan dan keberanian

boleh mendorong kepada pembentukan sahsiah dan tingkahlaku di dalam bilik darjah.

Orientasi sosial dalam bilik darjah


Orentasi sosial menentukan; Iklim di bilik darjah Pembelajaran murid di bilik darjah Contoh orientasi; Orientasi sikap dan tanggungjawab Orientasi belajar Orientasi pengurusan masa Orientasi penyesuaian dan pergaulan

Fungsi Organisasi
Meningkatkan pengawalan sosial dengan

mementingkan ;
Keseragaman Kestabilan Kepatuhan

Organisasi murid turut mempengaruhi persepsi,

kebolehan dan peluang di bilik darjah Streaming akan memberi impak psikologi yang luas terhadap harga diri, keyakinan, dan rasa kejayaan dalam kalangan murid

Kesimpulan
Aspek perbezaan budaya perlu diberi pertimbangan

yang sewajarnya oleh guru ketika membuat penilaian kepada murid Ini perlu supaya segala penambahbaikan dapat dilakukan dalam pengajaran seterusnya.

Anda mungkin juga menyukai