Anda di halaman 1dari 31

Pedagogi Relevan Budaya dan Kepelbagaian kelompok (Cultural and Indigeneous relevant pedagogy) Topik ini membincangkan pedagogi

relevan budaya di mana strategi strategi yang sesuai diguna dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah pelbagai budaya. Tambahan pula, peranan guru dalam menangani cabaran dalam memilih pedagogi relevan budaya untuk pelbagai kelompok etnik dalam bilik darjah turut diketengahkan.

5.1 Konsep Pedagogi Relevan Budaya Sebagai seorang guru berkesan dalam abab ke 21 ini, adalah penting kita sebagai pendidik untuk memahami konsep kepelbagaian pelajar (perbezaan individu). Kesedaran dan kefahaman kosep kepelbagaian pelajar ini harus melewati bukan hanya mengenal dan mentafsir konsep sahaja tetapi boleh mencerakin serta mengambil kira keunikan perspektif budaya dan sosial. Malaysia sebuah negara pelbagai budaya, guru perlu peka kepada pengajaran seperti dinyatakan Gay (2000) culturally responsive teaching as using the cultural knowledge, prior experiences, and performance styles of diverse students to make learning more appropriate and effective for them; it teaches to and through the strengths of these students. Ulasan yang utarakan Gay memberitahu bahawa kita perlu ambil perhatian guru-guru bagi menghadapi murid-murid berlatarkan pelbagai budaya. Rasionalnya supaya suasana pengajaran dan pembelajaran lebih optima dan berkesan bagi semua murid.

5.2 Tujuan Pedagogi Relevan Budaya

Guru seperti kita perlu memahami hakikat bahawa perlaksanaan pedagogi mereka dalam bilik darjah murid pelbagai budaya memerlukan mereka hadapi situasi pengajaran dengan keperihatinan sosial budaya. Guru perlu beri perhatian terhadap

konsep ini dengan pertimbangan bijak supaya pengelolaan, pengurusan dan pengajaran mereka mengambil kira sensiviti budaya.

Guru yang peka dan pandai mengolah pengajaran dan pembelajaran pelbagai budaya harus berinteraksi dengan lebih positif dapat memupuk kebangaan budaya masingmasing bagi memangkin kematangan intelek. Culturally relevant pedagogy calls for instruction to be made relevant to the student by finding an intersection between (a) the students knowledge and skills and (b) schools knowledge and skills by engaging the student in active investigations so she can discover the connections between what she knows and what teachers want her to know (Lee 1992). Pengajaran relevan budaya membantu kesefahaman dan permuafakatan antara guru dan murid supaya kesepaduan perolehan ilmu, kemahiran dan sikap yang holistik boleh mencapai hasrat dikehendaki oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukunegara.

Definisi : Untuk memahami pedagogi relevan budaya, terminologi ini mula diambil perhatian oleh Gloria Ladson-Billings (1994) menyatakannya sebagai a pedagogy that empowers students intellectually, socially, emotionally, and politically by using cultural referents to impart knowledge, skills, and attitudes.1

Berhenti dan Berfikir

Cuba anda terjermahkan definisi yang diberikan oleh Gloria Ladson_Billings dan bincang dengan kawan anda, kaitkan apa yang anda faham dengan tugas anda sebagai seorang guru:

Apabila kita bertugas di sekolah yang ada murid daripada latar belakang budaya yang berbeza, guru seperti anda seharusnya menjadi pengantara persekitaran sekolah dan rumah murid. Guru yang mengajar dalam situasi budaya berbeza harus mengunakan ciri-ciri perbezaan budaya, latar belakang, pengetahuan dan pengalaman pelajar untuk mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran.

5.3 Ciri-ciri Pedagogi Relevan Budaya

Selepas kita telah dan fahami konsep dan tujuan pedagogi relevan budaya, cuba anda bincang dengan rakan anda mengenai soalan Apakah ciri-ciri pedagogi relevan budaya ? Selepas berbincang, sila senarai ciri ciri pedagogi relevan budaya.

Bandingkan ciri-ciri yang anda berikan dengan pernyataan yang diberikan oleh Guittierez (1994) dan Ladson-Billings (1994) yang diberikan :

1. Pembelajaran lebih berkesan apabila murid menyebati pengetahuan, konsep, procedur, kemahiran dan strategi yang mereka pelajari daripada situasi pelbagai budaya ke dalam kesepaduan ilmu dan nilai tanpa prejudis budaya lagi.

2. Ia adalah mustahak bagi murid memahami latar belakang mereka yang berlainan budaya, proses aktif pembelajaran rentasi budaya walaupun belajar dalam kepelbagaian tetapi ia menyatupadukan ilmu pengetahuan.. 3. Selain daripada membantu pelajar perolehi pengetahuan, pedagogi relevan budaya beri motivasi murid belajar secara konstektual, iaitu mengambilkira pengalaman murid yang berbeza.

5.4 Strategi pengelolaan Pedagogi Relevan Budaya.

Sekiranya anda hadapi murid daripada pelbagai budaya, nescaya anda perlu mengambil perhatian terhadap kepelbagaian / perbezaan individu dalam bilik. Guru perlu merancang seterus mengelola pengajaran dengan mengambil kira aspek berikut :

Kaedah dan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran

Guru yang mengelolakan pedagogi dalam bilik darjah pelbagai budaya harus melihat pengajaran sebagai an art rather than a science supaya guru seperti anda berfikiran kreatif dan boleh menyesuaikan diri dengan murid pelbagi budaya. Guru juga mempunyai pandangan bahawa semua murid boleh belajar dan mencapai kejayaan. Anda juga boleh berhubung dan berkomunikasi dengan ibu bapa murid berlainan budaya. Mempunyai sifat mudah mesra dengan murid dan sentiasa bersedia berkongsi maklumat, pengetahuan, kemahiran dengan murid pelbagai budaya. Anda yang mengajar kelas yang terdapat murid pelbagai budaya perlu mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran anda dengan mengambil kira konsep perbezaan individu. Sebagai contoh guru digalakkan gunakan kaedah dan teknik berikut:

1. Kaedah pembelajaran kolaboratif dan koperatif Guru yang mengunakan strategi pemusatan murid ini, mengalakkan murid berbincang dan sesi buzz melibatkan ahli-ahli kumpulan pelbagai budaya. Contohnya dalam kumpulan perbincangan ahli kumpulan terdiri daripada Ahmad, Seng Yan dan Kumaran. Murid digalakkan berinteraksi dan bekerjasama dalam suasana hormatmenghormati. Sesi pembentangan perlu mempamirkan kejayaan semangat pasukan dan setiakawan. Guru perlu memudahcara letusan idea ahli kumpulan, memberi penghargaan secara kolektif melambangkan harmoni sesuatu kumpulan pelbagai budaya. Kolaboratif dan koperatif perlu dipupuk diperingkat sekolah rendah lagi bagi mendapat persekitaran pembelajaran yang sihat dan boleh menyatu-padukan murid pelbagai budaya dalam kelas

2. Penemuan Guru merancang pengajaran melalui penemuan, contohnya bagi Tajuk : Budaya masyarakat majmuk. Rusnah dan Fauziah diberi tajuk : Budaya Orang China, Ah Seng dan Ah Hai diberi tajuk : Budaya Orang India dan Sarojini dan Selvarani diberi tajuk : Budaya Orang Melayu. Strategi rentas budaya mengkehendaki pelajar meneroka dan membina pengetahuan serta pengalaman supaya faham budaya orang lain, Sesi pembentangan mereka dikukuhkan dengan terdapat perkongsian maklumat dengan murid lain dari pelbagai budaya memberi maklumat, hurai atau memperbaiki persepsi budaya masing-masing

3. Projek Kaedah ini memerlukan pembinaan kumpulan yang terdiri daripada murid pelbagai kaum dan budaya. Tajuk yang sesuai dan melambangkan kepelbagaian budaya diberi keutamaan. Contohnya murid diberi tajuk: Adat Perkahwinan. Ahli kumpulan terdiri daripada bangsa berbeza supaya mereka boleh kongsi pengalaman dan buat kerja lapangan di komuniti yang berbeza. Murid boleh mendapat sumber pengetahuan terus

daripada kaum yang mengamalkan budaya yang berbeza. Apa yang selalu kita perhatikan murid kaum tertentu hanya akan buat projek berkaitan dengan bangsa sendiri tanpa ada rentasan budaya.

Penggunaan Bahan Bacaan Bagi Pedagogi Relevan Budaya

Guru seperti anda harus menerima konsep perbezaan individu dan menterjemahnya semasa pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh semasa mengajar kemahiran bacaan terdapat guru yang tidak perihatin terhadap bahan bacaan yang tidak mesra budaya. Bahan bacaan yang merujuk sesuatu budaya secara berat sebelah (bias) boleh membawa konflik permikiran murid. Sesuatu program bacaan yang berkesan harus rapatkan perbezaan budaya dan memberi murid ruang berfikir secara positif perbezaan budaya. Anda sebagai guru yang menjiwai pedagogi pelbagai budaya harus :

Memilih bahan bacaan yang boleh dikaitkan dengan pengalaman setiap murid dalam bilik darjah anda. Menguasai pelbagai strategi pengajaran pembelajaran. Ketahui dan memahami perkataan / ayat yang boleh menyinggung budaya murid. Wujudkan atau cari bahan bacaan sesuai dengan budaya setiap murid. Galakkan murid membaca dan memahami bahan rentas budaya.

Adakah anda berfikiran terbuka dan positif melaksanakan pengajaran di bilik darjah dengan mengambil perhatian terhadap perkara-perkara tersebut ?

Pembelajaran berasaskan computer berasaskan pedagogi relevan budaya

Perkembangan teknologi mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran, Integrasi teknologi maklumat ke dalam pengajaran dan pembelajaran juga harus mengambil kira perbezaan individu terutama dari segi sosial dan budaya.Teknologi amat membantu pengajaran dan pembelajaran, guru peka terhadap pengajaran berasaskan komputer sesuai dengan budaya pelajar. Pembelajaran berasaskan komputer perlu memaparkan persekitaran budaya pelajar secara mesra.

Anda perlu beri fokus kepada perkara tersebut:

(a) Perkembangan teknologi manfaatkan guru dan murid, ia telah mengubah corak pengajaran dan pembelajaran, guru yang berkesan akan gunakan teknologi membantu pengajaran. Bahan berasaskan computer perlu sesuai dengan budaya pelajar. (b) Semua murid perlu diberi peluang dan ruang untuk meneroka alam siber secara luas tetapi guru perlu menerapkan perbezaan individu dan budaya secara positif. Anda perlu menguasai teknologi untuk membolehkan teknologi membantu anda menguruskan perbezaan demi memanfaatkan pembelajaran murid. Sebagai contoh apabila anda bawa masuk perisian pembelajaran ke dalam bilik darjah perlu semak kandungan perisian tersebut supaya tidak menjejaskan budaya seseorang murid. Aspek terakhir yang perlu anda beri perhatian dalam konsep pedagogi relevan budaya ialah komunikasi guru yang berkesan. Cuba anda bincang dengan rakan dan senaraikan perkataan atau ayat yang tidak sesuai bagi sesuatu kaum. Bil

Kumpulan Etnik Perkataan atau Ayat yang kurang sesuai digunakan semasa Pengajaran & Pembelajaran

Secara umumnya guru perlu guna bahasa yang mudah difahami oleh semua murid. Guru harus beri ruang dan peluang bagi murid kemukakan idea daan pendapat. Guru perbetulkan dan menyebut kembali sebut yang salah/pelat. Guru tidak mengajuk/ mentertawa murid pelat sebutan yang melambangkan etnik tertentu. Guru juga perlu berusaha mempelajari dan memahami bahasa ibunda murid yang berlainan etnik.

Cuba buat renungan Cuba imbas kembali dan tanya diri sendiri faktor yang manakah (seperti yang dinyatakan di atas) memberi sumbangan kepada kejayaan anda dalam pedagogi relevan budaya? Adakah anda dapati sebarang kelemahan yang timbul? Sekiranya ada bagaimana anda atasinya.

Latihan/Aktiviti

Dalam mempastikan keberkesanan pengajaran pedagogi relevan budaya, guru-guru perlu menggunakan pelbagai kaedah pengajaran. Pilih salah satu kaedah dan jelaskan cara bagaimana anda akan melaksanakannya?

1.4 Rumusan Pedagogi relevan budaya merujuk kepada a pedagogy that empowers students intellectually, socially, emotionally, and politically by using cultural referents to impart knowledge, skills, and attitudes

Salah satu ciri pembelajaran berkesan ialah penyebatian pengetahuan, konsep, procedur, kemahiran dan strategi yang mereka pelajari daripada situasi pelbagai budaya ke dalam kesepaduan ilmu dan nilai tanpa prejudis budaya lagi

Antara kaedah/teknik pengajaran yang sesuai untuk pedagogi relevan budaya termasuk kaedah koperatif, penemuan dan projek. Integrasi teknologi maklumat ke dalam pengajaran dan pembelajaran juga harus mengambil kira perbezaan individu terutama dari segi sosial dan budaya. Senarai teks bacaan dan rujukan diberikan di bawah.

SOSIOLINGUISTIK Dalam topik ini, anda akan diberi pendedahan mengenai peranan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah serta masyarakat. Tambahan pula, topik ini juga ketengahkan kepelbagaian bahasa yang sedia ada di Malaysia serta peranan guru dalam menyatukan pelajar yang terdiri daripada pelbagai budaya dan bahasa.

7.1 Peranan Bahasa dalam Masyarakat Pelbagai Budaya

Guru menggunakan bahasa untuk menyampaikan pengajarannya. Guru juga menggunakan bahasa untuk membimbing dan menasihati murid-muridnya. Malaysia merupakan sebuah Negara yang mempunyai rakyat yang terdiri daripada pelbagai etnik, sehubungan dengan itu, guru-guru perlu memahami latar belakang murid yang diajar terutama faktor budaya yang mempengaruhi perlakuan muridnya samaada perlakuan berbahasa atau perlakuan bukan bahasa. Penggunaan bahasa sangat berkait rapat dengan latar belakang murid terutama budaya di mana murid itu dibesarkan dan menjalani kehidupannya.

Bahasa yang dipertutur oleh manusia adalah suatu anugerah Tuhan kepada manusia kerana dengan bahasa manusia menyampaikan hasrat, meluahkan rasa dan mengemukakan pandangan. Bahasa merupakan alat perhubungan manusia dalam kehidupan sosialnya sejak manusia dicipta oleh Tuhan. Maka, keupayaan manusia berbahasa perlu disyukuri kerana bahasa sebagai alat penting kepada manusia sehingga manusia mampu menjalani kehidupan bermasyarakat dengan sempurna. Bahasa menyampaikan makna dalam kehidupan sosial dan apabila digunakan dalam konteks komunikasi, bahasa dikaitkan dengan budaya yang pelbagai dan kompleks. Manusia mengungkap kata-kata berdasarkan pengalamannya yang menyampaikan fakta, idea dan peristiwa yang merujuk kepada pengetahuan mereka tentang dunia

yang dikongsi bersama. Kata-kata yang diungkapkan menggambarkan sikap, kepercayaan, fahaman, dan pandangan dan sekali gus bahasa sebenarnya suatu realiti budaya. Manusia menggunakan bahasa bukan sekadar untuk membuktikan pengalaman yang dilalui, sebaliknya bahasa yang dipertutur mencipta pengalaman yang baharu apabila bahasa mampu menjadi medium perhubungan antara manusia.

Penerangan di atas telah menjelaskan kepada anda peranan bahasa dalam kehidupan masyarakat. Jadi, apakah yang anda faham tentang sosiolinguistik? Kebanyakan tokoh bahasa di dalam dan di luar Negara bersetuju bahawa ilmu sosiolinguistik ialah bidang pengkajian hubungan manusia dengan bahasa. Dalam konteks Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi yang tuturkan oleh rakyat Malaysia, namun begitu, Malaysia mempunyai pelbagai jenis bahasa etnik yang masing-masing membawa identiti budaya yang tersendiri. Walau pun bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi yang menjadi bahasa pengantar rakyat pelbagai kaum di Malaysia, namun pelbagai etnik Malaysia dibenarkan bertutur dalam bahasa masingmasing tanpa sebarang sekatan. Hentian seketika dan Berfikir :

Tahukah anda bahawa di Malaysia terdapat lebih puluhan jenis bahasa yang dipertuturkan oleh penutur jati yang terdiri daripada pelbagai etnik? Senaraikan bahasabahasa yang terdapat di Malaysia.

7.2 Kepentingan Penggunaan Satu Bahasa Pengantar

Kita telah mengetahui bahawa Malaysia memiliki pelbagai etnik, pelbagai bahasa serta pelbagai budaya dan hal ini merupakan cabaran terbesar kepada Negara dalam membina rakyat bersatu padu. Sehubungan dengan itu, pemimpin Negara sejak zaman

sebelum mencapai kemerdekaan lagi telah nampak isu bahasa dan etnik ini dan oleh kerana itu sekiranya anda mengkaji Laporan-Laporan berhubung Pendidikan anda akan ketahui bahawa kesemua Laporan menekankan aspek penggunaan bahasa kepada rakyat Tanah Melayu. Hal ini menunjukkan bahawa sosiolinguistik di Malaysia bukanlah perkara mudah dan tidak perlu diberi perhatian sewajarnya, sebaliknya, sosiolingistik merupakan bidang yang sangat penting dalam menentukan tahap keharmonian dan keamanan Negara.

Apakah pentingnya penggunaan satu bahasa sebagai bahasa pengantar kepada sebuah Negara seperti Malaysia?

Dalam laporan Cheesman (1946) didapati bahawa di dalam satu kelas di sebuah kelas sekolah Inggeris, terdapat murid-murid pelbagai etnik yang menuturkan hampir sebelas jenis bahasa. Seandainya, murid-murid ini tidak menguasai satu bahasa yang sama sebagai bahasa pengantar, maka pasti guru berhadapan dengan masalah untuk menyampaikan pengajarannya dan murid tidak akan memperoleh ilmu, apa lagi untuk menyatupadukan mereka.

Sedarkah anda bahawa perbezaan bahasa membawa kepada perbezaan budaya dan perbezaan budaya yang ketara tidak akan membawa perpaduan antara kaum atau etnik? Sehubungan dengan itu, Laporan Barnes pada tahun 1950 mencadangkan penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu sahaja di semua sekolah kebangsaan. Barnes juga mencadangkan pemansuhan sekolah vernacular Cina dan Tamil tetapi ditentang kuat terutama oleh kaum Cina kerana khuatir penutupan sekolah Cina sedia ada. Rentetan tersebut berterusan dengan Laporan Fenn-Wu 1951 dan seterusnya pada 1956 Laporan Razak yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah. Ordinan Pelajaran 1957 diluluskan bagi melaksanakan usul Laporan Razak di mana perancangan pendidikan dirangka meliputi semua kaum di

Tanah Melayu dan ini merupakan asas perkembangan pendidikan seterusnya di Malaysia. Seterusnya dalam Laporan Rahman Talib 1960 adalah bukti betapa kerajaan bersungguh-sungguh membentuk satu sistem pendidikan yang bersifat kebangsaan sebagai usaha menyatupadukan rakyat Malaysia. Seterusnya dalam Akta 1961 termaktab Dasar Pendidikan Kebangsaan yang menggariskan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama untuk semua peringkat pendidikan dengan mengguna pakai kurikulum dan peperiksaan yang sama untuk semua murid.

Berhenti dan Reflek Apakah yang anda fahami tentang penggunaan satu bahasa pengantar? Bagaimanakah peranan anda sebagai seorang guru dapat membantu menyatupadukan pelajar melalui konsep ini?

7.3 Peranan Guru dalam Aspek Sosiolinguistik

Guru memainkan peranan yang sangat penting untuk membentuk jati diri murid yang menghayati bahasa rasmi dan budaya nasional di samping menerap nilai-nilai menghormati perbezaan bahasa dan budaya menurut etnik.

Bagaimanakah guru mampu memainkan peranan dalam memartabatkan bahasa Kebangsaan dengan membentuk rakyat yang mempunyai jati diri sebagai rakyat Malaysia dan pada waktu yang sama mengekalkan pelbagai warisan budaya etnik?

Antara peranan yang dimainkan oleh guru ialah mengadakan pelbagai aktiviti bahasa, sastera dan budaya dalam kalangan murid-muridnya. Aktiviti yang memartabatkan bahasa Kebangsaan boleh dilakukan di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah. Selain aktiviti pengajaran dan pembelajaran, kegiatan kokurikulum adalah saluran terbaik untuk memartabatkan Bahasa kebangsaan melalui kepelbagaian aktiviti dan projek yang kreatif, menyeronokkan serta memanfaatkan murid. Bagi mengekalkan warisan budaya dan bahasa kepelbagaian etnik di Malaysia, guru boleh menyelitkan unsur-unsur warisan budaya etnik-etnik lain dengan menggunakannya sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran, contohnya, menggunakan cerita rakyat etnik Iban dalam pengajaran Bahasa Melayu, menggunakan lagu etnik Kadazandusun dalam pengajaran dan pembelajaran muzik, menggunakan tarian India dalam Pendidikan Jasmani. Malahan pelbagai permainan tradisional milik etnik-etnik ini dapat digunakan sebagai pendekatan Games based learning dalam pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan sumber P&P dengan menggunakan kepelbagaian unsur budaya bukan sahaja memupuk kesefahaman kalangan murid yang tediri daripada pelbagai etnik, malahan ruang tersebut akan mendorong murid memahami dan menguasai kosa kata bahasa etnik rakan-rakan mereka. Sekiranya guru mampu meneruskan dan mentadbirkan hal ini dengan berkesan, setiap etnik tidak berasa tersisih, sebaliknya menjadikan Malaysia kaya dengan variasi bahasa dan budaya.

Latihan/ Aktiviti Anda digalakkan menggunakan pendekatan koperatif semasa perbincangan. Cuba berkongsi pengalaman bagaimana anda dapat memainkan peranan jika mengajar pelajar berbilang kaum dan pelajar kerap menggunakan pelbagai bahasa dalam bilik darjah.

3.3 Rumusan

Topik ini membincangkan mengenai aspek sosiolinguistik di Malaysia dan . Antara aspek aspek penting adalah berikut:

Malaysia merupakan sebuah negara pelbagai kaum yang mempunyai pelbagai bahasa

Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi yang tuturkan oleh rakyat Malaysia

Demi menyatupadukan rakyat Malaysia, beberapa dasar digariskan antaranya Akta 1961 yang termaktub Dasar Pendidikan Kebangsaan di mana bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama untuk semua peringkat pendidikan dengan mengguna pakai kurikulum dan peperiksaan yang sama untuk semua murid. Guru perlu memainkan peranan dengan mengadakan pelbagai aktiviti bahasa, sastera dan budaya dalam kalangan murid-muridnya. Aktiviti yang memartabatkan bahasa Kebangsaan boleh dilakukan di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah. PENILAIAN BERASASKAN BUDAYA

Fikirkan pengalaman anda sebagai guru di sebuah sekolah pelbagai budaya. Adakah anda pernah merancang penilaian untuk kelas yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik? Apakah aspek-aspek yang perlu anda ambil kira semasa menyediakan ujian untuk kelas anda? Topik ini akan membincangkan mengenai perancangan yang diperlukan untuk melaksanakan penilaian yang berasaskan budaya. Ini termasuklah konsep penilaian berasaskan budaya, ciri-ciri ujian berasaskan budaya, prinsip-prinsip

yang perlu diambil kira serta strategi penilaian yang sesuai untuk kelas pelbagai budaya.

7.1 Konsep dan Tujuan Penilaian Berasaskan Budaya

Konsep Penilaian Berasaskan Budaya Penilaian merujuk kepada satu proses mendapatkan maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan tentang tindakan selanjutnya. Dalam perkataan lain, penilaian adalah satu proses sistematik untuk mendapatkan maklumat dalam membuat keputusan bagi tindakan yang akan diambil kelak. Manakala mengikut Hall (1959), budaya merupakan satu set pola yang dialami oleh individu-individu sebagai cara bertindak, merasa, dan melakukan sesuatu. Amat jelas adalah pandangan Erickson (1997) di mana atribut penting budaya berkait dengan pendidikan merupakan suatu yang eksplisit (seperti tabiat manusia) dan implisit (seperti nilai, andaian dan kepercayaan). Maka penilaian berasaskan budaya membawa maksud bahawa penilaian yang dilaksanakan oleh guru untuk mengumpul maklumat dalam membuat keputusan seharusnya mengambil kira aspek kepelbagaian budaya murid semasa menyedia atau memilih instrumen untuk memperoleh maklumat supaya keputusan yang dibuat adalah sah dan boleh dipercayai.

Penilaian berasaskan budaya kian memainkan peranan penting dalam bidang pendidikan. Pengumpulan data tentang pengetahuan dan kemahiran pelajar dengan menggunakan alat/teknik penilaian yang sesuai amat mustahak . Kesahan dalam keputusan penilaian merupakan isu utama kerana keputusan-keputusan ini digunakan untuk memaklumkan keputusan terhadap pembelajaran pelajar. Maka keputusan yang

sah dipengaruhi oleh pemilihan alat penilaian yang telah disahkan berasaskan sampelan populasi tertentu. Juga, jika suatu alat diterjemahkan, kepastian perlu dibuat terhadap kesahan dan integriti dalam proses terjemahan.

Tujuan Penilaian Berasaskan Budaya

Penilaian yang disediakan untuk pelajar daripada pelbagai budaya perlu mengambil kira faktor pelajar seperti sejarah imigrasi atau perpindahan, status sosio-ekonomi, latar belakang pelajar. Aspek-aspek ini akan akan membantu dalam membekalkan maklumat kepada guru apabila memilih alat-alat penilaian yang sesuai untuk proses peinilaian. Untuk guru yang menyediakan penilaian, pentaksiran berasaskan budaya memerlukan integrasi kepekaan dari segi sikap, pengetahuan, kemahiran menyoal atau menemubual, strategi-strategi intervensi dan amalan-amalan penilaian.

Penilaian ini bertujuan untuk menentukan teknik dan strategi penilaian yang sesuai untuk memperoleh data mengenai pelajar. Fokus mengenai penilaian yang tidak mendiskriminasikan sesiapa seharusnya dapat membuat keputusan tentang kemajuan pelajar selain dapat mengenal pasti atau mengklasifikasikan pelajar. Di samping itu, penilaian ini bertujuan untuk memberi maklum balas tentang kelemahan dan kekuatan pengajaran pembelajaran, dan seterusnya pembangunan program pendidikan. Secara keseluruhannya, penilaian berasaskan budaya bertujuan untuk :

(a) mengumpul maklumat untuk kemajuan, diagnosis dan tindakan selanjutnya (b) menilai dengan menggunakan prosedur autentik dan alternatif

(c) memperoleh data tentang peluang pembelajaran untuk semua murid (d) mengumpul maklumat sama ada ianya mengambil kira faktor linguistik dan kerelevanan budaya (e) menentukan keperluan bahasa yang sesuai untuk penilaian formal (f) mengurangkan bias dalam amalan-amalan penilaian tradisional

Sila buat refleksi

Buat refleksi: Sebagai guru di sekolah, pernahkah anda berfikir tentang penilaian yang mesra budaya? Beri pandangan anda kepada jawapan anda.

7.2 Peranan Guru dalam menyediakan penilaian berasaskan budaya

Guru perlu mempunyai kebolehan untuk menggunakan pelbagai kemahiran penilaian dan alat dalam pengajaran yang dapat memberi peluang pelajar menunjukkan kompetensi mereka dalam pelbagai cara berasaskan keadaan tempatan, termasuklah pengetahuan dan kemahiran berkait dengan pemahaman amalan budaya tradisional. Tambahan pula, guru perlu mengambil kira pelbagai kemahiran penyelesaian masalah dalam menilai potensi pembelajaran pelajar di bawah jagaan mereka dan menyediakan peluang yang sesuai untuk pelajar meningkatkan diri. Budaya sama ada dapat dilihat atau terselindung harus diutarakan dalam prosesproses dan kandungan pengajaran oleh guru. Budaya membentuk dan dibentuk dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dalam persekitaran pembelajaran sepanjang hidup manusia, keluarga, bilik darjah , komuniti dan tempat kerja. Maka guru berperanan untuk menangani isu-isu budaya setiap kali mereka mengajar dan membina alat penilaian. Oleh demikian, boleh dikatakan bahawa budaya bukan sahaja melibatkan amalan- amalan harian ( pola tingkah laku, tradisi, tabiat atau adat resam) tetapi juga cara murid memahami idea dan membina makna terhadapnya setiap hari. Perkara ini amat penting untuk guru sebagai landasan untuk prosespengajaran dan pembelajaran serta penilaian.

Berhenti seketika dan buat renungan Cuba imbas kembali dan tanya diri sendiri peranan yang manakah (seperti yang dinyatakan di atas) memberi sumbangan kepada kejayaan anda dalam merancang

ujian bilik darjah yang baik? Adakah anda dapati sebarang kesulitan yang akan dihadapi?

Latihan

1. Terangkan dengan ringkas dua aspek budaya yang mempengaruhi keberkesanan satu ujian bilik darjah yang baik.

2. Berikan tiga tujuan penilaian berasaskan budaya dalam bilik darjah

7.3 Prinsip- Prinsip Penilaian berasaskan budaya

Penilaian autentik berbandingkan penilaian tradisional iaitu ujian kertas dan pensil didapati memberi peluang kepada semua murid pelbagai budaya untuk melibatkan diri

dalam aktiviti/tugasan penilaian berasaskan situasi sebenar. Ini amat relevan dan bermakna kepada murid kerana mengkaitkan situasi sebenar dalam mata pelajaran. Antara prinsip-prinsip yang perlu diambil kira oleh guru dalam penilaian berasaskan budaya termasuk:

(a) Penilaian harus berasaskan pemahaman tentang bagaimana murid belajar. Ia harus memainkan peranan positif dalam membentuk pengalaman pembelajaran murid

(b) Penilaian harus mengambil kira perbezaan individu murid dalam pembelajaran. Ia harus berasaskan objektifobjektif dan membolehkan murid mendemonstrasikan pencapaian hasil pembelajaran dalam pelbagai cara. Dalam konteks ini, pengubahsuaian kandungan harus dilakukan dan kandungan seharusnya melambangkan budaya murid, latar belakang murid, bahasa utama, keluarga dan komuniti. Pengetahuan kandungan dan kemahiran perlu diintegrasikan dan merentasi semua mata pelajaran sepanjang masa. Dalam hal ini, tugasan/aktiviti terdiri daripada jenis koperatif, aktif dan berasaskan inkuiri.

(c) Penilaian harus bercorak adil kepada semua murid. Amalan penilaian harus merangkumi prinsip-prinsip inklusif dan menyokong ekuiti. Amalan-amalan ini harus dapat memenuhi kepelbagaian sama ada secara individu atau kumpulan murid. Adalah penting untuk menggunakan pelbagai bentuk penilaian. Juga, bahasa inklusif perlu digunakan untuk mengelakkan bias dari segi gender, perkauman, budaya atau bahasa.

7.4 Ciri-Ciri Penting Dalam Penilaian Berasaskan Budaya

Kita harus sedar bahawa guru yang paling berpengetahuan dalam kandungan mata pelajaran mungkin tidak begitu cekap dari segi mengenal pasti pengaruh-pengaruh relevan budaya secara kontektual, cekap dalam mengenal pasti strategi-strategi pengajaran yang sesuai atau pun membina prosedur penilaian yang mesra budaya. Pada awalnya, usaha membina alat penilaian dibuat secara kolaboratif, namum guru dalam bilik darjah perlu belajar bagaimana memodeli dan memurnikan alat-alat ini jika ingin mewujudkan pembelajaran berkualiti dengan positifnya.

Penilaian yang menyokong pembelajaran merupakan jenis-jenis penilaian yang tersirat dalam kerangka kurikulum (Gordon,1996). Penilaian yang terangkum dalam kurikulum secara formatif adalah penting untuk mencapai hasil pembelajaran spesifik yang mana murid diberi pendedahan. Oleh yang demikian, alat-alat penilaian direka bentuk untuk satu- satu pengajaran yang akan membekalkan maklumat untuk membuat keputusan bilik darjah berkait dengan penempatan, diagnosis, pemantauan, dan pencapaian murid. Penilaian yang terangkum dalam kurikulum dan aktiviti-aktiviti pengajaran merupakan komponen yang berkait rapat untuk memudahcara pembelajaran.

Penilaian yang terangkum dalam kurikulum berbeza dari segi format dan gaya. Bentuk penilaian terdiri daripada jenis formal, tidak formal, ujian kertas dan pensil atau aktiviti berasaskan prestasi/perlakuan. Dalam konteks penilaian mesra budaya, penilaian formatif yang direka atau bina akan berkisar kepada konteks yang sama seperti dalam pengajaran dan pembelajaran untuk mengumpul data bagi menilai keberkesanan pengajaran.

Mengikut Gordon (1996), proses penilaian yang dilaksanakan perlu menyokong pengalaman pembelajaran pelbagai, pelbagai konteks, dan item ujian lebih processsensitive. Bentuk penilaian perlu distrukturkan untuk memberi sokongan kepada aktiviti pengajaran dan terdiri daripada kepelbagaian dalam jenis item untuk menilai objektif secara berkesan. Guru perlu berkebolehan memadankan kehendak ujian dan aktivitiaktiviti pengajaran demi meningkatkan kerelevanan kurikulum dan menghasilkan maklumat yang tepat. Bentuk format penilaian gabungan antara pelbagai jenis item dapat mengukur kemahiran- kemahiran pemerosesan kognitif yang berlainan dan ini dikatakan dapat menunjukkan pelbagai tahap atau jenis pembelajaran. Tambahan pula, beberapa objektif atau komponen pengajaran dan pembelajaran boleh diukur dengan menggunakan pelbagai format item yang berbeza untuk memperoleh maklumat yang dapat menilai pencapaian murid.

Berhenti seketika dan buat renungan Berkongsi dengan rakan-rakan tentang jenis item ujian bilik darjah anda. Bincangkan sama ada anda mempertimbangkan kepelbagaian budaya semasa menyediakan item ujian.

Aspek penting yang perlu diambil kira semasa membina ujian bilik darjah termasuk bahasa yang digunakan, jenis item ujian,

Salah satu ciri penting yang boleh mempengaruhi prestasi murid ialah bahasa yang digunakan dalam penilaian prestasi seperti sains. Perkataan mempengaruhi cara murid bertindak balas terhadap tugasan. Jika sesorang tidak dapat memahami satu perkataan or dia memahami perkataan tersebut pada perspektif lain kerana latar belakang budaya dan linguistik, prestasinya mungkin tidak membawa makna yang tepat mengenai pengetahuan dan kemahirannya.

Oleh kerana bahasa begitu penting dalam sesetengah alat penilaian, guru yang mengadaptasi ujian dari populasi normal untuk kegunaan kumpulan pelbagai budaya atau linguistik akan gagal menghasilkan penilaian yang adil serta boleh dibuat perbandingan.

Latihan/Aktiviti

Berdasarkan kepada pengalaman anda disekolah, terangkan secara ringkas prinsipprinsip dan proses penilaian yang anda gunakan untuk menyediakan ujian berasaskan budaya. Gunakan pengurusan grafik untuk mengambarkan proses tersebut.

7.5 Jenis-Jenis Penilaian Berasaskan Budaya

Dalam bilik darjah yang mesra budaya, guru perlu menggunakan penilaian berterusan dan sistematik untuk menilai kebolehan, minat, sikap dan kemahiran sosial murid. Maklumat yang dikumpul akan menyediakan asas untuk membuat keputusan pengajaran dan memberi pengertian kepada apa yang perlu diajar dan bagaimana hendak mengajar. Tambahan pula, terdapat tekanan terhadap penglibatan murid dalam proses penilaian. Apabila murid diberi peluang untuk melibatkan diri dalam penilaian, mereka boleh membuat refleksi terhadap kemajuan mereka dan memberi pemahaman baru yang tidak dapat diberi oleh orang dewasa.

Contoh-contoh penilaian mesra budaya merangkumi yang berikut:

Pemerhatian harian tingkah laku pembelajaran dan sosial murid dalam situasi bilik darjah.

Pemerhatian boleh dibuat melalui senarai semak, catatan, atau kad fail untuk membolehkan guru merumuskan pemerhatian tingkah laku murid secara yang tekal dan bermakna. Sebagai contoh, guru boleh gunakan senarai nama kelas merupakan cara mudah untuk merekodkan pemerhatian harian. Guru boleh mewujudkan lajur untuk mengenal pasti projek, aktiviti atau tingkah laku yang ingin diperhatikan.

Penilaian Portfolio

Murid dan guru boleh memilih sampel tugasan yang menggambarkan kepelbagaian keperluan dan kebolehan murid untuk dinilai. Guru, murid dan ahli-ahli keluarga boleh membuat refleksi terhadap apa yang murid telah laksanakan, tahap kebolehan mereka dan bidang manakah yang perlu ditambah baik.

Penulisan Jurnal

Penulisan jurnal memberi peluang kepada murid berkongsi pemahaman peribadi mengenai perkara seperti sastera dalam pelbagai konteks budaya untuk memaklum, memperjelas dan menerangkan tentang masyarakat majmuk. Contohnya, guru boleh

menilai tentang jurnal pembelajaran di mana murid mencatat kaitan peribadi dengan watak-watak dalam sastera yang mereka baca. Mereka boleh membina pengertian terhadap watak dan ini memberi mereka kebebasan untuk menulis tentang watak dan berkongsi dengan rakan.

Projek

Projek memberi peluang murid menyumbang idea mengikut kebolehan mereka. Projek sebegini baik untuk murid dari pelbagai budaya dan berbeza secara individu kerana mereka melakukan tugasan mengikut masa dan tahap kesediaan mereka. Mereka boleh meneroka topik yang diminati berasaskan bacaan topik pelbagai budaya. Mereka boleh pilih menulis laporan atau menyediakan satu persembahan lisan atau mencipta lukisan untuk menggambarkan konsep utama terselindung dalam topik mereka. Salah satu contoh projek termasuk rekacipta artifak yang mewakili patung kumpulan etnik dan murid boleh menulis cerita atau puisi tentang artifak untuk tujuan penilaian projek.

Ujian buatan guru yang berkait rapat dengan program pengajaran

Perhatian utama harus diberi kepada gaya kognitif dan kemahiran akademik semua murid. Contohnya, guru boleh mereka bentuk ujian dengan menggubal item soalan sesuai untuk menilai pengetahuan atau prestasi murid dalam bidang kandungan tertentu dalam kurikulum yang mesra budaya. Dalam lain perkataan, ujian harus culturally loaded dengan mengambil kira budaya semua kumpulan murid. Bahasa yang digunakan harus difahami semua dan tidak bias kepada kumpulan murid yang dominan. Arahan ujian perlu mengambil kira asas budaya dan faktor linguistik sedia ada murid dan murid perlu merasai bahawa bahasa dan budayanya adalah aset bukan liabiliti dalam penilaian.

Penilaian kendiri murid

Murid boleh memberi tindak balas kepada soalan mengenai pembelajaran mereka secara berkala dalam konferens guru/murid. Portfolio boleh digunakan semasa konferens. Sebagai contoh, murid ditunjukkan kerja/ tugasan mereka, membincang hasil kerja dengan guru dan menilai kemajuan sendiri.

Penilaian kendiri guru

Penilaian kendiri merupakan bahagian penting keberkesanan pengajaran guru. Guru perlu menyoal diri sendiri tentang pilihan mengenai tingkah laku dan strategi-strategi pengajaran, keberkesanan dan kerelevanan budaya dalam pelajaran mereka serta reaksi dan tindak balas mereka terhadap kepelbagaian budaya dalam bilik darjah mereka yang boleh menyumbang kepada perkembangan berterusan dalam pengajaran dan pembelajaran.

7.5 Rumusan Topik di atas membincangkan aspek-aspek penting seperti berikut: Cabaran yang dihadapi penilaian tidak seberat berbandingkan isu-isu mengenai strategi-strategi pengajaran sesuai dan perkembangan guru.

Penilaian mesra budaya yang dibincangkan di atas merupakan cara-cara yang boleh digunakan untuk menilai murid tanpa menjejaskan kesahan dan kebolehpercayaan semasa membuat keputusan.

Jenis-jenis penilaian yang dikemukakan dapat mengurangkan bias terhadap kumpulan etnik tertentu dan pertimbangan yang ditimbulkan perlu diambil kira oleh guru semasa menyediakan penilaian sama ada formal atau tidak formal.

Sekiranya kurikulum adalah mesra budaya dengan mengambil kira kandungan yang sesuai untuk murid, maka tidak akan menimbulkan banyak masalah semasa membina alat penilaian untuk murid.

Kita akan berjaya jika kita menggunakan semua resos dan tenaga untuk melakukan yang terbaik untuk anak kita yang berisiko jika kita tidak laku adil kepada mereka dengan tidak mengambil kira kepelbagaian budaya. Seperti mana Height (1996) maintains: "No one else can retrieve our values and salvage our people better than we can" (p. 53).

Di bawah adalah senarai teks bacaan dan buku rujukan yang digunakan.

Teks Bacaan Asas

Muhamad Kamarul Kabilan & Zaharah Hassn.(2005). Readings on ethnic relations in a multicultural society. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Rujukan

Woolfolk,A. (2004). Educational Psychology. Boston: Allyn & Bacon

Teks Bacaan Asas Gredler, M.E. (2001). Learning and instruction. Theory into practice. 4th Edition. New Jersey: Merrill Prentice Hall.

Rujukan

Burden, P.R. & Byrd, D.M. (1994). Methods for effective teaching. Boston: Allyn Bacon.

Good, T.L.& Brophy, J.E.(1997). Looking in Classrooms. New York: Addison Wesley Educational Inc.

Montgomery,W.(2001). Creating culturally responsive, inclusive classrooms. Teaching Exceptional Children, Vol.33(4) pp 4-9.

Anda mungkin juga menyukai