Anda di halaman 1dari 2

1.

Seorang guru yang berkesan ialah guru yang dapat meransang minat, motivasi,
potensi dan sikap positif terhadap pembelajaran di kalangan murid.

Beri pendapat anda, bagaimana guru boleh memotivasi murid-muridnya supaya dapat
belajar dengan berkesan berdasarkan perspektif Humanistik?

Pada pendapat saya, seorang guru boleh memotivasikan murid dengan mengamalkan
penerimaan positif murid tanpa syarat seperti mengasingkan tingkah laku daripada
kebolehan dan bakat mereka. Hal ini bermakna guru hendaklah memberikan layanan yang
sama tanpa mengira tingkah laku misalnya terdapat seorang murid yang nakal atau
hiperaktif yang menyebabkan mereka banyak bercakap, seorang guru hendaklah
menggalakkan mereka untuk melaksanakan tugasan yang diberikan di dalam kelas dan
bukannya memarahi mereka kerana mereka akan berasa kecewa atau marah dan akhirnya
tidak ingin melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu, guru yang berfikiran jauh akan membentuk bilik darjah yang dapat
memaksimakan kemampuan murid untuk berinteraksi di dalam bilik darjah misalnya
menggunakan pelan bilik darjah yang mengikut gaya Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21).
Namun demikian, keselamatan murid hendaklah menjadi keutamaan kerana persekitaran
yang kondusif dan selamat dapat memberi jaminan kepada murid bahawa mereka boleh
belajar dengan selesa dan bebas untuk menampilkan kreativiti diri dalam bilik darjah.

Tidak lupa juga, dalam mendidik dan memberi limu pengetahuan yang baharu
kepada murid-murid, guru hendaklah mengambil kira pengalaman pengajaran dan
pembelajaran daripada perspektif murid-murid. Hal ini kerana sekiranya murid-murid tidak
mempunyai asas pengetahuan bagi topik pembelajaran yang bakal dipelajari, proses
penerimaan ilmu akan menjadi sukar dan murid akan mudah untuk berputus asa. Oleh itu,
guru hendaklah tahu akan tahap pengetahuan sedia ada murid sebelum memulakan kelas
misalnya dengan bertanya kepada murid-murid apa yang mereka tahu tentang sesuatu topik
yang bakal diajar.

Setelah memberikan pengetahuan kepada murid-murid, guru semestinya akan


menguji pengetahuan dan pemahaman murid-murid dengan pelbagai cara misalnya dengan
bersoal jawab, memberikan lembaran kerja atau mengadakan kuiz. Semasa menguji murid,
guru hendaklah membantu murid dengan memberi petunjuk khususnya bagi soalan-soalan
yang mencabar supaya murid dapat memotivasikan diri mereka untuk menjawab soalan
tersebut. Walaupun jawab yang diberikan adalah salah, guru hendaklah memberikan
galakan supaya murid akan tetap berusaha untuk memberikan jawapan yang tepat
walaupun sudah memcuba beberapa kali. Dengan ini, objektif dalam bilik darjah dapat
dicapai.
Akhir sekali, guru hendaklah menggalakkan murid-murid mencari makna dalam
pembelajaran secara aktif. Hal ini bermaksud guru haruslah mengaitkan isi pembelajaran
dengan pengetahuan sedia ada murid supaya murid dapat mencari hubung kait tantara ilmu
yang baharu dengan ilmu yang telah difahami pada masa lampau. Dengan ini, kemahiran
berfikir secara kreatif dan kritis murid dapat dipupuk dan diasah sejak kecil lagi.
Pembelajaran secara aktif melibatkan komunikasi dua hala sama ada antara murid dengan
guru atau murid dengan rakan sekelas. Kesimpulannya, pelbagai cara dapat diaplikasikan
oleh guru untuk memotivasikan murid-murid.

Anda mungkin juga menyukai