Anda di halaman 1dari 3

Memberi Arahan

Tujuan memberi arahan adalah untuk memberi panduan kepada murid sebelum mereka memulakan aktiviti. Guru
perlulah mengambil masa yang lama untuk memberi arahan. Perkara penting ialah murid perlu mempelajari
bagaimana mematuhi arahan yang agak sukar difahami. Oleh itu, arahan guru haruslah jelas dan tepat serta
berulang-ulang sebelum pembelajaran bermula. Berikut adalah panduan untuk menjamin arahan yang jelas dan
mudah diikuti pelajar:
 mula-mula tuliskan arahan di dalam kelas. Ini akan memastikan semua arahan diingati dan akan dipatuhi.
 kurangkan arahan itu menjadi beberapa langkah sahaja. Jika langkah banyak, maka perlulah guru
mendemonstrasikannya semasa memberi arahan, atau semasa membahagikan aktiviti pembelajaran itu
kepada beberapa bahagian, dan setiap bahagian itu guru perlu memberikan arahan yang terperinci.
 pastikan arahan yang diberikan oleh guru jelas, tepat, pendek, ringkas serta menggunakan laras bahasa yang
bersesuaian dengan murid berkeperluan khas.
 pastikan murid memberi tumpuan semasa arah diberi.
 nilaikan sejauh manakah murid memahami arahan berkenaan dengan cara bertanya kembali sama ada
mereka ingat akan arahan guru atau guru bertanyakan apakah arahan pertama, kedua dan seterusnya.
Satu cara memperbaiki kemahiran memberi arahan adalah dengan menganalisis masalah yang dihadapi oleh murid
semasa mereka melakukan aktiviti. Arahan tidak tepat, kabur, sukar, singkat serta tidak diulang-ulang akan
menyebabkan murid melakukan kesalahan semasa menyelesaikan tugasan.

Daripada aspek pengurusan bilik darjah, pengurusan disiplin dalam kelas adalah subjek
yang paling utama untuk dititikberatkan. Ini dapat mempengaruhi keadaan kelas dan
persekitaran pembelajaran yang kondusi untuk murid belajar. Melalui aspek ini beberapa
pecahan kecik telah dinilai. Di dalam kelas, seorang guru perlu memberi arahan dengan jelas
dan bertenaga bagi memastikan murid mengikut arahan guru dan sentiasa peka dengan
pembelajaran. Seterusnya, seorang guru haruslah tahu bagaimana untuk mengendalikan aktiviti
PdP untuk memastikan disiplin dalam bilik darjah terkawal. Terdapat 5 model disiplin yang
boleh dijadikan contoh seperti model disiplin Asertif Canter, Model Tingkah Laku Skinner, Model
Logikal Dreikurs, Pengurusan Kelompok Kounik dan Terapi Realiti Glaser. Dalam model-model
ini, ada diajar kepada guru mengenai bahasa badan, cara penyoalan dan bagaimana untuk
mengendalikan kelas dengan baik dan meastikan murid sentiasa mendengar kata guru dan
berdisiplin. Laporan di bawah mengkaji aspek-aspek yang telah dinyatakan.

2.1 ) MEMBERI ARAHAN

BAHASA MELAYU PERSAMAAN KEMAHIRAN HIDUP

Menyampaikan maklumat dengan jelas

Reaksi muka yang ceria PERBEZAAN Suara mendatar

Menyeronokkan KEKUATAN Arahan ringkas dan mudah


difahami

Aktiviti dan arahan yang KELEMAHAN Teknik penceritaan secara


sama berulang kerap

2.1.1 Persamaan

Dalam pengajaran dan pembelajaran, komunikasi yang berkesan adalah asas kepada
pengurusan bilik darjah yang baik. Kemahiran komunikasi yang berkesan akan menimbulkan
suasana yang harmoni di dalam kelas di samping wujud hubungan yang baik antara guru dan
murid. Kemahiran memberi arahan turut tergolong daripada kebolehan guru berkomunikasi dan
menyampaikan maklumat kepada murid. Dalam penyampaian pengajaran dan pembelajaran
kedua-dua guru ini mampu menyampaikan maklumat dengan jelas. Buktinya, kesemua murid
faham akan arahan yang diberi dan memberikan respon terhadap arahan tersebut.

2.1.2 Perbezaan

Cara memberikan arahan adalah sangat berbeza di mana guru bahasa melayu
menggunakan reaksi muka dan intonasi suara sewaktu menyampaikan pengajaran dan
pembelajarannnya. Guru ini juga telah Berjaya menimbulkan suasana ‘hidup’ di dalam kelas
selain dapat mewujudkan keadaan kelas yang bertenaga. Dalam pembelajaran kemahiran
hidup pula, guru memberi arahan dan menjalankan proses PdP dengan keadaan yang serius
dan menggunakan suara yang mendatar sewaktu berkomunikasi dengan murid. PdP ini adalah
lebih kepada berbentuk kuliah dan kurang sesuai untuk mengajar kanak-kanak.

2.1.3 Kekuatan

Penagajaran dan pembelajaran dalam kelas bahasa melayu adalah menyeronokkan dan
murid tampak faham dan jelas tentang apa yang sedang berlaku di dalam kelas. Mereka diberi
kertas kerja dan permainan bahasa untuk meningkatkan daya kefahaman selain menilai tahap
kefahaman murid tentang objektif yang dipelajari pada hari itu. Penyampaian daripada guru
telah menarik minat murid untuk terus belajar sehingga tamat waktu PdP. Proses pembelajaran
dan pengajaran dalam kelas kemairan hidup pula adalah sangat ringkas dan tidak menimbulkan
kekeliruan pada murid. Guru mempunyai suara yang lantang dan jelas jadi murid dapat
menerima arahan dengan baik. Selian itu, guru telah mewujudkan pembelajaran di luar bilik
darjah atau aktiviti ‘hands on’ supaya murid dapat mengalami sendiri pengalaman tentang
matapelajaran yang diajar guru. Guru banyak menceritakan mengenai topik dengan terperinci
dan Berjaya meningkatkan pengetahan murid dalam subjek Kemahiran Hidup. Contohnya
seperti kegunaan alat tanaman diterangkan secara terperinci termasuklah perbezaan alat
tanaman tersebut.
2.1.4 Kelemahan

Anda mungkin juga menyukai