Anda di halaman 1dari 6

TUGASAN 2 : DRAF

PENULISAN
REFLEKSI

Nama : Eliani Binti Uyen

No.Kad Pengenalan : 960402-12-5024

1
DRAF PENULISAN REFLEKSI

Kawasan Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau sangat luas dan banyak dipenuhi oleh
tumbuh-tumbuhan seperti pokok dan juga bunga-bungaan yang dijaga oleh pekerja swasta.
Namun begitu, terdapat beberapa kawasan yang menunjukkan kurang ceria dan tidak
menampakkan kehijauan. Saya dan rakan telah memilih kawasan berdekatan Dewan TSSK.
Kami memilih kawasan Dewan TSSK kerana dewan tersebut menjadi tumpuan orang ramai
khususnya orang luar yang datang ke IPG Kampus Keningau apabila mengadakan program
lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan orang-orang berjawatan tinggi.

Di samping itu, kawasan Dewan TSSK ini kelihatan sangat kering dan membosankan
kerana tidak mempunyai tumbuh-tumbuhan yang berwarna-warni yang dapat menarik mata
memandang dan mencergaskan minda. Tumbuhan yang ditanam depan dewan nampak
berserabut dan tidak ceria kerana ia tidak disusun mengikut jenis tumbuhan dan ditanam
begitu sahaja tanpa mengikut kedudukan dan jenis bunga yang sesuai.

ANALISIS SWOT

Kekuatan  Jika kawasan dewan ini diceriakan dan dilaksanakan projek


penghijauan, ia akan menjadi salah satu tarikan orang luar yang
datang. Khususnya kawasan taman kecil depan dewan TSSK
tersebut berpotensi untuk menjadi tempat orang ramai
mengambil gambar kenang-kenangan.
 Menjadikan dewan sebagai tempat terkenal di IPG Kampus
Keningau dan menjadi pilihan oleh orang luar untuk membuat
apa-apa projek atau program. Dan ia akan membawa nama
IPG Kampus Keningau terkenal di media sosial apabila orang
ramai mengambil gambar di kawasan dewan yang penuh
kehijauan dan ceria.
 Membuatkan kawasan dewan ceria, sejuk mata memandang,
tidak membosankan dan menarik untuk dikunjungi oleh sesiapa
pun.

2
Kelemahan  Memerlukan kos, tenaga dan masa yang panjang untuk
melakukan projek penghijauan.
 Bekas pokok yang telah ditebang masih meninggalkan akar
yang menonjol dan mengganggu tanaman lain. Ia perlu dicabut
dan memerlukan masa.

Rajah 1.0 Akar pokok yang menganggu pertumbuhan tanaman lain


 Tambahan lagi, keadaan tanah halam dewaan yang kering
menyebabkan kawasan tersebut kelihatan kosong dan tidak
bermaya. Keadaan ini juga menyebabkan tanaman-tanaman
hiasan menjadi kurang ceria dan tidak dapat menarik minat
warga IPG Kampus Keningau.

Rajah 2.0 Keadaan tanah yang kering


 Keadaan yang kering ini juga menyebabkan tanaman kurang
subur dan akhirnya layu. Selain itu, pemilihan tanaman yang
tidak bersesuaian juga menyebabkan kawasan ini kelihatan
muram dan sedih. Rajah 3.0 menunjukkan bahawa tanaman
yang ditanam di kawasan halaman dewan TSSK adalah
tanaman yang tidak menunjukkan keceriaan kawasan tersebut.

3
Rajah 3.0 Keadaan tanah yang kering

Rajah 4.0 Susun atur landskap yang tidak menarik


 Selain daripada itu, susun atur landskap dan tanaman di
kawasan ini juga menjadi kelemahan bagi kawasan ini.
Landskap penyusunan atur tumbuhan yang tidak teratur
menyebabkan kawasan ini tidak menarik bagi pelawat. Hal ini
merosakkan imej IPG Kampus Keningau kerana tempat ini
merupakan pusat utama bagi pelaksanaan sebarang aktiviti
yang melibatkan orang luar.

Peluang Pelaksanaan  Boleh dilaksanakan dengan kerjasama agensi swasta yang


berkenaan setiap masa, kerana ia sudah menjadi
tanggungjawab mereka dan pelatih LASS3013.
 Mendapat sokongan pihak atasan untuk melakukan
penghijauan di kawasan IPG Kampus Keningau yang dapat
menaikkan nama IPG Kampus Keningau.
 Menjadi kawasan tarikan oleh orang luar dan dapat menjadikan
kawasan Dewan TSSK malar hijau dengan landskap yang lebih
ceria.

4
Ancaman  Dari aspek masa, masa untuk pelaksanaan sukar ditentukan
kerana kesibukan. Selain itu, siswa dan siswi guru juga perlu
membuat perbincangan dengan pihak tertinggi bagi
memastikan mereka diberi peluang untuk menambah baik dan
menyusun atur semula landskap kawasan halaman Dewan
TSSK IPG Kampus Keningau.

Cadangan  Meminta kepada pihak pentadbiran dan yang berkenaan untuk


Penambahbaikan melaksanakan “1 Opsyen 1 Kebun”. Jadi, setiap opsyen akan
diminta untuk memilih tempat dilakukan penanaman mengikut
jadual yang diberi setiap petang selasa sahaja. (Mengikut tarikh
yang ditentukan).
 Ia bukan sahaja mengajar alam sekitar secara formal (kepada
yang mengambil subjek alam sekitar sahaja) tetapi juga sekali
gus menerapkan nilai cinta akan alam sekitar kepada setiap
pendidik.
 Kerana alam sekitar sama pentingnya dengan kesihatan, jika
program “Extra Kokurikulum” dilaksanakan ada baiknya
program “1 opsyen 1 Kebun” dilaksanakan bersama dengan
mentor kelas masing-masing.
 Tambahan lagi. pengubahsuaian landskap juga perlu
dilakukan. Hal ini kerana. susun atur dan landskap bagi
kawasan dewan Tan Sri Suffian adalah landskap yang lama
dan perubahan perlu dilakukan bagi memastikan kawasan
tersebut terjaga dan indah dilalui oleh orang ramai.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, kawasan Dewan TSSK ini menjadi amat penting untuk dilakukan
penghijauan kerana ia mampu menjadi tarikan untuk orang luar untuk melakukan program
atau aktiviti. Ini kerana sebaik sahaja orang luar melihat suasana landskap kawasan menarik
sudah tentu mereka akan memuat naik gambar mereka berada di kawasan Dewan yang
menarik ke media sosial. Hal ini akan membantu menaikkan nama IPG Kampus Keningau
dengan landskap yang cantik dan penuh dengan pelbagai tumbuhan hijau yang
menyenangkan mata dan fikiran apabila dipandang.

5
6

Anda mungkin juga menyukai