Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA PROGRAM KELESTARIAN ALAM SEKITAR 2020

ANJURAN
GURU PELATIH IPG TENGKU AMPUAN AFZAN.

1.0 PENGENALAN
Program Sekolah Lestari adalah program kerjasama antara Persatuan Alam Sekitar
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Kluster Bandar Mentakab. Sekolah Lestari
berkonsepkan menitikberatkan program bersepadu dalam pengurusan, kurikulum,
kokurikulum dan penghijauan. Program ini penting bagi menyedarkan murid- murid
tentang pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar agar generasi akan datang
dapat menikmati dan mengekalkan kualiti alam sekitar .Kesedaran memelihara dan
memulihara alam sekitar  perlu dipupuk ke semua lapisan masyarakat terutama
golongan kanak-kanak sejak di bangku sekolah lagi . Warga SJKT Kluster Bandar
Mentakab akan berusaha ke arah mencapai matlamat sekolah lestari .Komitmen
warga SJKT Kluster Bandar Mentakab dalam program ini amat dialu-alukan dan
dihargai.

2.0 MATLAMAT

Matlamat utama program penghijauan di bawah konsep sekolah lestari adalah untuk
mewujudkan suasana persekitaran sekolah yang nyaman dengan kualiti udara yang
segar dan bersih. Projek Kehijauan memberi kesedaran kepada warga sekolah
betapa pentingnya menjaga keindahan alam sekitar ciptaan Tuhan agar bumi ini
sentiasa bersih dan ceria seiring dengan perkembangan hidupan flora dan fauna
yang penuh dengan nilai- nilai estetika. Disamping itu, projek penghijauan ini juga
bermatlamat menyemai dan menggalakkan pelajar- pelajar berminat dalam bidang
pertanian.
3.0 OBJEKTIF

 Memperkenalkan pengajaran dan pembelajaran yang inovatif dan


kreatif dengan pendekatan baharu.
 Meningkatkan kesedaran warga sekolah terhadap usaha memelihara
dan memulihara alam sekitar.
 Memotivasikan murid untuk melahirkan situasi sekolah yang harmoni.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Murid – murid Tahun Lima.

5.0 PENGANJUR

Guru Pelatih IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan.

6.0 TARIKH PELAKSANAAN

24 Februari 2020 – 20 Mac 2020            .

7.0 TEMPAT

Taman Herba SJK (T) Bandar Kluster Mentakab.

8.0 AHLI JAWATAN KUASA:

 Penasihat : Encik Saravanan Sadayar AMP.

 Guru Pembimbing : Puan Lalitha Krishnan

 Penyelaras : Cik Umadevi a/p Raja gopal         

 AJK : Rubashree a/p Chandrasekaran


Jay barathi a/p Kalaiarasan
Thivya a/p Kesvaran
8.0 PELAN TINDAKAN

MINGGU AKTIVITI

1  Menerangkan projek
 Memberi pendedahan
 Memberi bahan- bahan

 Memberi masa untuk membuat


2
inovasi pada bahan tersebut.

 Murid akan memberi peluang


untuk menerangkan hasil mereka
3
 Murid akan diberi penghargaan
bagi hasil kerja mereka

10.0 SUMBER KEWANGAN

Peruntukkan Panitia Sains

11.0 PENUTUP

Adalah diharapkan agar warga sekolah dapat memberi kerjasama dan komitmen
supaya program Sekolah Lestari ini mendapat kejayaan dan mencapai matlamatnya.
Sesungguhnya pendidikan alam sekitar penting bagi melahirkan masyarakat yang
menghargai dan menerapkan nilai-nilai murni alam sekitar dan memahami interaksi
manusia dengan alam sekitar dan bagaimana alam sekitar di tadbir urus dengan
baik dan bertanggungjawab ke arah pelestarian hidupan di muka bumi ini.

.
Disediakan Oleh: Disemak Oleh :

…………………………………. …………………………………

CIK UMADEVI A/P RAJA GOPAL, PUAN PUSHPA KANDASAMY,


PENYELERAS PROGRAM, GPK PENTADBIR,
SJK(T) BANDAR MENTAKAB. SJK(T) BANDAR MENTAKAB.

Disahkan Oleh,

…………………………………

EN.SARAVANAN SADAYAR
GURU BESAR,
PENASIHAT PROGRAM,
SJKT BANDAR MENTAKAB.

Anda mungkin juga menyukai