Anda di halaman 1dari 6

Sekolah Lestari-Anugerah Alam Sekitar adalah program yang dicetuskan semasa

Simposium Pendidikan Alam Sekitar untuk Pengetua-Pengetua Sekolah Peringkat Kebangsaan


pada 27-30 Ogos 2001 di Melaka, yang dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS), Kementerian
Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (MOSTE) dengan kerjasama MaktabPerguruan Teknik,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pihak JAS, MOSTE dan KPM telah merangka draf
Garis Panduan ke arah Pembentukan Sekolah Lestari dan draf ini dimurnikan dalam
beberapa bengkel yang mengambil kira pandangan daripada pelbagai pihak iaitu agensi
kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan.

Sekolah lestari adalah satu usaha bagi melaksanakan Dasar Alam Sekitar Negara.
Dasar Alam Sekitar Negara mempunyai lapan prinsip dan tujuh strategi hijau. Strategi hijau
pertama memfokuskan aspek pendidikan dan kesedaran yang memberi kefahaman tentang
konsep kesejahteraan alam sekitar dan pembangunan lestari selaras dengan prinsip-prinsip
pembangunan mampan. Pendidikan dan kesedaran terhadap alam sekitar memerlukan
pengetahuan, kefahaman, perubahan sikap dan penyertaan masyarakat. Perkara ini
perlu dipupuk seawal mungkin kerana ia akan menjadi faktor penentu ke arah amalan cara
hidup yang mesra alam pada masa akan datang. Satu cara yang berkesan untuk memupuk
kesedaran tentang alam sekitar adalah melalui institusi pendidikan terutamanya
sekolah. Dalam usaha pembentukan sekolah mesra alam yang layak bergelar sekolah lestari-
Anugerah Alam Sekitar, tumpuan perlu diberi kepada empat komponen asas iaitu
Pengurusan, Kurikulum, Kokurikulum dan Penghijauan.

2 KERTAS KERJA BILIK LESTARI SJKTSM/2021


2.1 Mewujudkan Bilik Kelestarian dan Kelab Pencinta Alam

3.0 MATLAMAT
3.1 Mewujudkan satu bilik khas untuk menyimpan segala anugerah serta hasil kerja
murid yang berterapkan Kelestarian.
3.2 Gedung ilmu yang menerapkan Mencintai Alam Sekitar
3.3 Menggalakkan warga sekolah mengamalkan budaya ilmu yang berkualiti dan
berfungsi selaras dengan konsep pendidikan alam sekitar serta pembudayaan
mencintai alam sekitar yang kian tenat.
3.4 Meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah terhadap pemeliharaan dan
pemuliharaan alam sekitar.
3.5 Mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi melahirkan warga sekolah yang
mempraktikan amalan hidup lestari.

Di antara objektif Program Menaiktaraf PSS ialah :

4.1 Menaiktaraf bilik sedia ada kepada bilik berkonsepkan kelestarian.


4.2 Membuat Banner/bunting setiap aktiviti yang telah dijalankan.
4.3 Mewujudkan ruang/almari menyimpan hasil kerja murid serta anugerah yang
diperolehi.
4.4 Membaik pulih sistem pendawaian elektrik.
4.5 menegecat bilik berkonsepkan kelestarian.
4.6 Memasang karpet berumput.

5.0 VISI

Memastikan keunikan, kepelbagaian dan kualiti alam sekitar dikekalkan bagi menjamin
kesihatan, kesejahteraan, keselamatan dan keselesaan hidup rakyat masa kini dan akan
dating.

6.0 MISI

Menggalakkan, meningkatkan dan mengekalkan pengurusan alam sekitar yang baik


dalam proses pembangunan negara.

3 KERTAS KERJA BILIK LESTARI SJKTSM/2021


7.0 JAWATANKUASA INDUK KELESTARIAN DAN KELAB PENCINTA ALAM

Pengerusi : Cik Manikam A/P Sinnappan ( Guru Besar )


Timb. Pengerusi : En.Ravindaran A/L Sher Singh ( GPK Kokurikulum)
Naib Pengerusi : En Ramasamy A/L Nadesan ( GPK Pentadbiran )
: En.Saravanan A/L Rashiya ( GPK HEM )
Penyelaras : En.Pathmanathan A/L Rajarethinam (Penasihat KPA )
AJK : Pn.Tanalechumy A/P Sandayan
: Pn.Susan A/P Thanamony
: En.Santhaana Barath

8.0 HURAIAN PROJEK DAN ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL. PERKARA CADANGAN / MASALAH ANGGARAN


1. Mengecat Kelas 1. Cat kelas tersebut telah luntur dan RM 300.00
berkonsepkan tidak berkonsepkan kelestarian
Kelestarian
2. Membuat Banner/ 1. Membuat bunting aktiviti-aktiviti yang RM 480.00
bunting setiap aktiviti telah dijalankan. (RM40 X 12)
yang telah dijalankan.

3. Membeli ruang/almari 1. Mewujudkan ruang/almari


menyimpan hasil kerja murid serta RM 400.00
anugerahhadiah/sijil penghargaan
yang diperolehi.

5 Membaik pulih dan 1. Terdapat beberapa suis dan plug yang


menyelenggara suis tidak dapat berfungsi dengan baik. RM 200.00
dan plug yang rosak
Cadangan : Membaik pulih suis dan plug
yang rosak.
6 Karpet lantai 1. Memasang karpet lantai yang RM 250.00
berbentuk rumput
7 Skrin LCD/projektor 1. Membeli dan memasang skrin RM 100.00
LCD/projektor yang dapat
memaparkan video

4 KERTAS KERJA BILIK LESTARI SJKTSM/2021


10.0 SUMBER PENDAPATAN

10.1 Memohon sumbangan derma daripada YB dan orang perseorangan

11.0 PENUTUP

Akhir sekali, dengan sumbangan yang telah diberikan dapat menyediakan


suasana yang kondusif dan memberangsangkan serta meningkatkan kesedaran setiap
warga sekolah dalam mencintai Alam sekitar. Sementara itu, bilik khas ini juga dapat
menyimpan segala anugerah serta hasil kerja murid yang berterapkan Kelestarian untuk
tatapan pegawai yang hadir. Gedung ini juga dapat dijadikan tempat mengumpul ilmu
yang menerapkan Mencintai Alam Sekitar. Selain itu, ia juga dapat Meningkatkan tahap
kesedaran warga sekolah terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Ia juga
Mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi melahirkan warga sekolah yang
mempraktikan amalan hidup lestari.

Sekian ,terima kasih .

Disediakan Oleh Disemak Oleh

____________________________ ____________________________
PATHMANATHAN A/L RAJARETHINAM MANIKAM SINNAPPAN
PENYELARAS KELAB PENCINTA ALAM GURU BESAR
SJKT SUNGAI MANGGIS SJKT SUNGAI MANGGIS

5 KERTAS KERJA BILIK LESTARI SJKTSM/2021


6 KERTAS KERJA BILIK LESTARI SJKTSM/2021

Anda mungkin juga menyukai