Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

LAMAN HERBA

SK TENGLU
86800 MERSING
1. PENGENALAN

Laman Herba merupakan sebuah projek yang bertujuan untuk menyediakan ruang
terbuka terbuka kepada warga sekolah, terutamanya kelompok sasaran untuk
menanam, mempelajari dan menghargai tumbuhan herba. Projek ini dijalankan
dengan tujuan untuk mempromosikan kepentingan herba dalam bidang kesihatan,
kecantikan, dan kesejahteraan secara amnya. Kertas kerja ini akan membincangkan
pelaksanaan projek Taman Herba dari segi reka bentuk, aktiviti dan manfaat yang
diharapkan.

2. OBJEKTIF

Objektif utama projek Laman Herba adalah ;


2.1 Menyediakan ruang terbuka untuk menanam dan mempelajari tumbuhan
herba.
2.2 Memperkenalkan kepada warga sekolah tentang kepentingan herba dalam
kehidupan seharian.
2.3 Memperkukuhkan kesedaran tentang pemulihan tumbuhan herba dalam
kehidupan seharian.
2.4 Menyediakan aktiviti dan program pendidikan berkaitan herba kepada
kumpulan sasaran.

3. KUMPULAN SASARAN

3.1 Murid PlaN tahun 2 hingga tahun 6 SK Tenglu


3.2 Ahli Kelab Sains SK Tenglu
3.3 Semua murid

4. REKA BENTUK LAMAN HERBA

4.1 Kawasan Taman Herba


- Menyediakan kawasan tumbuhan herba yang teratur dan terkawal.
Tumbuhan herba akan disusun mengikut kumpulan atau jenis untuk
memudahkan pengurusan dan penerangan kepada pengunjung.
4.2 Ruang Pendidikan dan Pusat Maklumat
- Menyediakan kawasan untuk sesi pendidikan dan penerangan berkaitan
herba. Ruang ini menyediakan pusat maklumat tentang jenis-jenis pokok
herba yang ditanam dan khasiat pokok-pokok tersebut. Kawasan ini
menjadi utama untuk PdPc PBL (project Based Learning) untuk
dimanfaatkan oleh murid-murid SK Tenglu.

5. AKTIVITI LAMAN HERBA

5.1 Program Pendidikan


- Mengadakan program pendidikan berkaitan herba. Program ini boleh
dijalankan bila-bila masa sepanjang proses PdPc iaitu Pendidikan Luar Bilik
Darjah dan Project Based Learning untuk semua mata pelajaran. Program
ini juga bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan murid tentang herba
dan penggunaannya secara efektif.
5.2 Program Pemuliharaan
- Murid sasaran boleh melaksanakan program pemuliharaan tumbuhan herba
yang terancam untuk memastikan kelestarian spesies-spesies tumbuhan
tersebut tetap terpelihara.

6. MANFAAT LAMAN HERBA

6.1 Pendidikan
- Laman Herba ini akan memberikan peluang pendidikan kepada masyarakat
sekolah tentang herba, kegunaan dan cara menggunakannya dalam
kehidupan seharian. Secara tidak langsung, ini akan dapat meningkatkan
kesedaran tentang kesihatan dan kesejahteraan secara holistik.
6.2 Keusahawanan
- Memberi pendedahan kepada murid sasaran tentang peluang pekerjaan
selepas persekolahan. Tanaman herba dapat dijadikan barang dagangan yang
berpotensi untuk dipasarkan.
6.2 Ekologi
- Tanaman herba di laman herba ini menyokong pemuliharaan tumbuhan
herba dengan kepelbagaian biologi. Ia membantu memelihara spesies
herba yang terancam dan menyediakan habitat untuk serangga dan haiwan
kecil.
6.3 Kesejahteraan Masyarakat
- Penyediaan ruang hijau yang menarik dan tenang, Laman Herba ini
memberi peluang kepada warga sekolah untuk bersantai , berehat dan
menyegarkan minda. Laluan laman ini dapat meningkatkan kecergasan
fizikal dan kesejahteraan emosi.

7. PELAKSANAAN PROGRAM

FASA / TARIKH PELAKSANAAN

Fasa 1 / Julai  Perancangan

 Menyusun atur dan membina Rekabentuk Laman Herba

 Menambak kawasan Laman Herba

 Menanam

Fasa 2 / Ogos  Melabel

 Mengemaskini struktur Laman Herba

 Penjagaan

Fasa 3 /  Penjagaan
September dan  Penambahbaik
seterusnya
 Pemuliharaan

8. JAWATANKUASA KERJA

Pengerusi : Cikgu Rahmah bt Talib - Guru Besar SK Tenglu


N / Pengerusi : Cikgu A Murat b Abd Rani - PKP
Cikgu Amirruzi b Mohamad – PK HEM
Cikgu Shah Rizad b Abu Bakar – PK Kokurikulum
Setiausaha : Cikgu Khatijah bt Awang
N/Setiausaha : Cikgu Norazila bt Jabar
AJK : Semua guru

9. IMPLIKASI KEWANGAN

9.1 Sumber kewangan : PIBG SK Tenglu


Sumber luar ( Pejabat Pertanian, Felcra
Melikai, orang perseorangan)

9.2 Anggaran Perbelanjaan : RM 750.00


Perkara Kuantiti Jumlah Catatan
Tanah 2 lori - sewa RM150.00
Pasu RM200.00
Baja Sepanjang tahun RM200.00
Kos penyelenggaraan - melabel Sepanjang tahun RM200.00
Jumlah RM750.00

10. KESIMPULAN

Laman Herba merupakan sebuah projek yang bertujuan untuk mempromosikan herba
kepada semua guru dan murid. Dengan menyediakan ruang terbuka untuk menanam,
mempelajari dan menghargai tumbuhan herba , laman ini diharap dapat memberikan
manfaat dalam pelbagai aspek kehidupan dan pendidikan anak-anak SK Tenglu.
Melalui rekabentuk yang baik, pelaksanaan aktiviti yang berkesan, dan penekanan
kepentingan pendidikan , diharapkan Laman Herba dapat menjadi sumber ilmu dan
inspirasi untuk murid-murid SK Tenglu amnya dan murid sasaran khasnya.

Disediakan oleh , Disemak oleh

____________________ ___________________
(NORAZILA BT JABAR) (A MURAT B ABD RANI)
Naib Setiausaha Pen Kanan Pentadbiran
SK Tenglu

Disahkan oleh

______________________

(RAHMAH BT TALIB)
Guru Besar,
SK Tenglu

Anda mungkin juga menyukai