Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) SUNGAI MANGGIS,

42700 BANTING, KUALA LANGAT, SELANGOR DARUL EHSAN.


KOD SEKOLAH :BBD1047  : 03-31878055
EMEL SEKOLAH : bbd1047@btpnsel.edu.my FAKS : 03-31878055

CIK.S.MANIKAM
(GURU BESAR)

EN.R.SARAVANAN
(GPK HEM)

EN.N.RAMASAMY
(GPK PENTADBIRAN)
EN.Š.Š.RAVINDARAN
(GPK KOKURIKULUM)

EN.R.PATHMANATHAN

EN.SANTHAANA BARATH PN.D.THAMAITHI

PN.G.VITHIYA EN.M.RAMASAMY

PN.V.SOOZANNA
BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB UNIT 3K, HEM
PENDAHULUAN

Cabaran kepada Sistem Pendidikan Negara masa kini antaranya adalah untuk
melahirkan insan yang berilmu, berketerampilan dan berkeperibadian unggul, bagi
menepati matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Menyedari cabaran ini, Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa memberi perhatian


utama terhadap 3K (kebersihan, kesihatan dan keselamatan) di peringkat sekolah.
Persekitaran sekolah yang bersih, sihat & selamat sudah pasti membantu
mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan.

Sehubungan dengan itu, amalan 3K perlu ditegaskan dan dilaksanakan oleh sekolah
pada setiap masa. Segala usaha ke arah ini hendaklah dilaksanakan secara
terancang dan teratur. Pihak pentadbir sekolah perlu memastikan warga sekolahnya
benar-benar memahami dan menghayati serta mengamalkan kebersihan sebagai
amalan dalam kehidupan.

OBJEKTIF

1. Mewujudkan iklim serta identiti sekolah sebagai institusi yang bersih, indah
dan ceria.
2. Melaksanakan aktiviti amalan kebersihan bagi mencapai kebersihan
maksimum.
3. Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah terhadap
kebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang
disediakan.
4. Membina perlakuan amalan kebersihan sebagai budaya hidup yang
berterusan dalam menjalani kehidupan seharian.
5. Kesediaan bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai matlamat amalan
3Ksekolah.
6. Meningkatkan kerjasama dan penglibatan semua pihak dalam program 3K
sekolah.
KONSEP

Program kebersihan sekolah didefinisikan sebagai lanjutan pendedahan awal


tentang 3K yang bermula dari rumah, pengukuhan dan pengembangan di sekolah
dengan harapan akan menjadi amalan hidup sepanjang hayat oleh setiap insan.

A. BIDANG KEBERSIHAN

1. Bertanggungjawab merancang pelan tindakan pengurusan kebersihan sekolah.


2. Mewujudkan polisi kebersihan dan kepimpinan yang berkaitan dengan
kebersihan murid.
3. Melaksanakan pemeriksaan, pemantauan serta penilaian kebersihan murid dan
sekolah.
4. Meningkatkan kerjasama dengan agensi-agensi yang berkaitan program
kebersihan.
5. Menyedia dan membuat laporan berkala.
6. Mengadakan mesyuarat dan menyediakan minit mesyuarat berkenaan.
7. Membantu pihak sekolah mengawasi dan mempertingkatkan kebersihan
dankeceriaan sekolah dari semasa ke semasa.
8. Menyediakan pelan induk lanskap sekolah.
9. Merancang dan menaja pelbagai projek kebersihan dan keceriaan sekolah :-
i. Kempen kebersihan
ii. Pertandingan Kebersihan kelas
iii. Ceramah kebersihan
iv. Pertandingan poster kebersihan
v. Menanam pokok / bunga di kawasan sekolah
vi. Budaya pagi seperti mengutip sampah
10. Mengadakan projek bersama di antara pihak sekolah dengan agensi luar bagi
meningkatkan mutu kebersihan sekolah.
11. Menguatkuasakan segala arahan dan peraturan sekolah mengenai kebersihan
dan keceriaan dan menyelia kerja-kerja kebersihan.
B. BIDANG KESIHATAN

1. Bertanggungjawab merancang pelan tindakan program pembangunan kesihatan


murid.
2. Melaksanakan dasar kesihatan yang berkaitan dengan pengurusan kesihatan
murid di sekolah.
3. Membuat pemantauan pelaksanaan pendidikan kesihatan murid dan program
kesihatan sekolah.
4. Menyediakan pelan kontingensi kebersihan untuk menengani kes-kes seperti
jerebu, keracunan makanan, jangkitan kudis buta, demam denggi dan lain-lain.
5. Mewujudkan pasukan petugas khas menghadapi krisis jika perlu.
6. Meningkatkan kerjasama dengan agensi-agensi yang berkaitan program
kesihatan

C. BIDANG KESELAMATAN

1. Bertanggungjawab merancang pelan tindakan pengurusan keselamatan sekolah.


2. Melaksanakan pemantauan, penilaian dan pemeriksaan keselamatan murid dan
sekolah.
3. Mewujudkan pasukan bertindak menghadapi sebarang krisis.
4. Memastikan syarat-syarat perjanjian dan bidang tugas berkaitan keselamatan
sekolah dipatuhi oleh syarikat kawalan keselamatan sekolah.
5. Menentukan semua polisi, manual dan tatacara keselamatan mengikut piawaian
yang ditentukan oleh badan-badan profesional yang berkaitan dengan
keselamatan.
6. Membaca, memahami dan melaksana semua arahan yang dihantar oleh
Kementerian, Jabatan dan PPD.
7. Mewujudkan kerjasama antara pihak sekolah dengan Polis / Polis Trafik / Bomba
/ JKR dan JKR elektrik.
8. Menggalakkan skim perlindungan diri kepada pelajar / insurans.
9. Memastikan semua sistem dan alat melawan kebakaran mencukupi dan
berfungsi.
10. Mempastikan sistem lalulintas di kawasan sekolah dan persekitaran selamat.
11. Menetapkan pergerakan lalulintas dan tempat letak kereta pada masa majlis
rasmi sekolah.
12. Menyediakan papan makluman untuk memberitahu pelawat supaya mendapat
kebenaran Guru Besar sebelum berurusan di sekolah.
13. Mencadangkan lantikan pengawal lalulintas sekolah kepada Guru Besar.
14. Mendapatkan kerjasama pihak polis untuk mengawal keselamatan lalulintas.
15. Merancang dan melaksanakan program keselamatan.
16. Mengadakan latihan mengosongkan bangunan 2 kali setahun.
17. Meletakkan tanda amaran ‘BAHAYA’ di tempat-tempat yang merbahaya.
18. Merancang pergerakan lalulintas dan tempat kenderaan pada masa majlis rasmi
sekolah.
19. Menetapkan laluan tertentu untuk pelajar bagi mengelakkan kesesakan.
RANCANGAN TAHUNAN UNIT 3K, HEM

BULAN/ TARIKH AKTIVITI TINDAKAN


MINGGU
JAN - 2 25.01.2021  Program Kemas Diri AJK UNIT
 Mesyuarat Unit 3K Kali pertama GPK HEM&S/U
 Laporan Denggi
FEB - 3 01.02.2021  Pertandingan Kelas Terbersih AJK & S/U
 Program Bebas Denggi GPK HEM
 Keceriaan Kawasan sekolah
 Gotong Royong Perdana
 Laporan Denggi
MAC – 7 05.03.2021  Pertandingan Melukis Poster GPK HEM&S/U
 Keceriaan Tandas Murid
 Laporan Denggi
APR- 12 15.04.2021  Pemakanan Sihat AJK & S/U
 Programa Menjaga Kesihatan Diri
 Laporan Denggi
MEI - 16 12.05.2021  Pertolongan Cemas AJK & S/U
 Mesyuarat Unit 3K Kali ke-2 GPK HEM
 Laporan Denggi
JUN - 18 09.06.2021  Keselamatan Diri Murid Semasa GPK HEM
Perjalanan Pergi dan Balik Sekolah. AJK & S/U
 Laporan Denggi
OG -28 28.08.2021  Keselamatan Semasa Kebakaran AJK & S/U
 Laporan Denggi
SEP-30 23.09.2021  Wabak Penyakit AJK & S/U
 Laporan Denggi
OKT-35 22.10.2021  Program Kebersihan Kendiri GPK HEM
 Laporan Denggi AJK & S/U
NOV-40 23.11.2021  Laporan Denggi GPK HEM
S/U & AJK
DIS-42 08.12.2021  Mesyuarat Kantin kali ke 3 GPK HEM
 Laporan Denggi S/U & AJK

Anda mungkin juga menyukai