Anda di halaman 1dari 31

1.

TERMINOLOGI MATI LEMAS

• Mati Lemas (Drowning) - Kematian dalam masa 24 jam disebabkan kesesakan


nafas (suffocation) akibat ‘kecederaan tenggelam’ (submersion injury).
Kecederaan Tenggelam bermaksud kecederaan yang berlaku akibat berada di
bawah permukaan medium cecair (liquid medium).

• Hampir Lemas (Near Drowning) - Hidup (survival) untuk jangkamasa sekurang-


kurangnya 24 jam selepas kecederaan tenggelam.

• Lemas Sekunder (Second Drowning) - Kematian yang berlaku dalam jangkamasa


beberapa minit atau beberapa hari selepas pulih sementara dari kecederaan
tenggelam.

• Lemas Basah (Wet Drowning) - terjadinya Aspirasi Air yang banyak semasa
tenggelam (80 - 90% kes). Aspirasi air adalah proses di mana air atau cecair
masuk ke saluran pernafasan (trakea dan paru-paru).

• Lemas Kering (Dry Drowning) - Asfiksia yang berlaku disebabkan oleh


‘laryngospasm’ tanpa sebarang atau sejumlah kecil aspirasi air berlaku (10 - 20%
kes). Asfiksia adalah suatu keadaan di mana udara tidak dapat masuk ke dalam
rongga udara dan paru-paru.

• Sindrom Rendaman Sejuk (Immersion Syndrome) - Kematian mengejut selepas


tenggelam di dalam air yang sangat sejuk (icy cold water) yang berkemungkinan
besar disebabkan oleh Disritmia Jantung hasil stimulasi saraf vagus. Disritmia
Jantung adalah perubahan pada frekuensi dan irama jantung.

Pada Kongres Kelemasan Dunia 2002, yang diadakan di Amsterdam, sekumpulan


pakar-pakar perubatan termasuklah American Red Cross dan Pertubuhan Kesihatan
Sedunia mencadangkan definisi mati lemas yang sedia ada dimansuhkan untuk
mengurangkan kekeliruan mengenai istilah-istilah yang kurang tepat.

Definisi baru yang seragam akan membolehkan mereka membuat analisis yang lebih
tepat dan membuat kesimpulan daripada data-data yang dikumpulkan untuk
menambah baik aktiviti pengawasan dan pencegahan.

Di Kongres tersebut, mati lemas kini ditakrifkan sebagai "proses” dan bukannya
“hasil”, iaitu proses kesukaran pernafasan akibat tenggelam atau ditenggelamkan
dalam medium cecair. Tiga klasifikasi lemas iaitu, tidak morbiditi (tiada kecederaan),
morbiditi (kecederaan) atau kematian. Klasifikasi ini memudahkan pakar-pakar
perubatan melaporkan kejadian lemas sebagai "fatal" atau “nonfatal”.

BRONZE MEDALLION | EDISI 2016 | AKADEMI AQUAPUTRA 1


2. ASAS KEMAHIRAN MENYELAMAT DI AIR

Anda mungkin tahu bahawa seseorang penyelamat kelemasan di air tidak

semestinya perlu berenang untuk menyelamatkan mangsa yang lemas. Kemahiran

menyelamat dari darat dengan kaedah menghulur alat bantuan juga boleh

menyelamatkan mangsa.

Namun dalam situasi tertentu, penyelamat perlu berenang dengan membawa alat

bantuan kepada mangsa lemas yang agresif, atau dengan kaedah berenang dan

tunda (swim & tow) untuk mangsa yang tidak sedar. Untuk kaedah ini, kemahiran

berenang yang tinggi menjadi keperluan.

Justeru, keperluan ini menjadi titik permulaan anda untuk menjadi seorang

perenang yang baik, dan juga mempelajari teknik-teknik menyelamat di air untuk

membolehkan anda menguasai bidang ini.

Pertamanya, anda perlu menguasai kemahiran renang Gaya Rangkak (Gaya

Bebas), Gaya Kuak Dada, Gaya Sisi dan Gaya Lentang. Gaya renang anda tidak

perlu sempurna kerana asas utama adalah menguasai teknik asas renang yang

betul.

Dengan pra-syarat kebolehan berenang dalam jarak 400 meter, ini akan

memudahkan anda menguasai teknik menyelamat dengan cepat. Sekiranya anda

tidak dapat berenang dalam jarak tersebut, dapatkan seorang jurulatih untuk

menilai dan membaiki teknik renangan anda.

Pada peringkat ini, stamina mungkin tidak menjadi kritikal kerana sekiranya gaya

renang anda baik, jarak bukanlah suatu isu.

BRONZE MEDALLION | EDISI 2016 | AKADEMI AQUAPUTRA 2


Di dalam prosedur menyelamat di air, anda perlu mengubah-suai gaya renangan

untuk membolehkan anda menggunakan alat bantuan menyelamat, untuk

mengelakkan halangan, untuk memerhatikan mangsa, dan, jika perlu, untuk tunda

mangsa dalam proses menyelamat.

Teknik Gaya Rangkak dan Kuak Dada secara amnya digunakan sebagai renangan

untuk mendekati dan untuk menolak objek. Teknik Gaya Sisi dan Gaya Lentang

pula biasanya digunakan untuk menunda objek.

Anda juga perlu mempelajari teknik tendangan putar (Rotary Kick) untuk

membolehkan anda berada di dalam kedudukan menegak di dalam air dan

selaman permukaan (Surface Dive) untuk mengambil objek yang tenggelam.

BRONZE MEDALLION | EDISI 2016 | AKADEMI AQUAPUTRA 3


Gambarajah teknik renang Gaya Rangkak (rujukan www.wikihow.com)

BRONZE MEDALLION | EDISI 2016 | AKADEMI AQUAPUTRA 4


Gambarajah teknik renang Kuak Dada (rujukan www.wikihow.com)

BRONZE MEDALLION | EDISI 2016 | AKADEMI AQUAPUTRA 5


Gambarajah teknik renang Gaya Sisi (rujukan www.thewatershyswimmer.com)

Gambarajah teknik renang Gaya Sisi (Side Strokes)

BRONZE MEDALLION | EDISI 2016 | AKADEMI AQUAPUTRA 6


Gambarajah teknik renang Kuak Lentang (rujukan www.shapeandfigure.com)

Gambarajah teknik renang Kuak Lentang Menyelamat


(rujukan www.swimwithus.com.sg)

BRONZE MEDALLION | EDISI 2016 | AKADEMI AQUAPUTRA 7


3. TEKNIK-TEKNIK MENYELAMAT DI AIR

MODUL UJIAN KEMAHIRAN

3.1. MENYELAMAT DENGAN PAKAIAN ATAU KAYU

Kaedah ini boleh gunakan untuk seorang penyelamat yang kurang mahir

atau tidak ada kebolehan berenang – anggaran sejauh 2 meter dari tebing.
o Gunakan pakaian atau kayu, hulurkan kepada mangsa

o Berikan arahan untuk membantu mangsa naik ke tebing

3.2. MENYELAMAT DENGAN MENCAMPAK TALI

Kaedah ini boleh gunakan untuk seorang penyelamat yang kurang mahir

atau tidak ada kebolehan berenang – anggaran sejauh 10 meter dari tebing.
o Baling tali ke arah mangsa dengan teknik menggulung tali dengan betul

dan gaya balingan yang tepat


o Pastikan ada lebihan tali untuk penyelamat

o Ambil kira faktor angin dan arus air

o Selepas tali dibaling beri arah kepada mangsa dan tarik mangsa ke tebing

3.3. MENUNDA DENGAN ALAT BANTUAN

Seorang yang tidak boleh berenang tetapi sedar berada dalam kesukaran

sejauh 50 meter. Alat yang tidak tegar dan tidak boleh mengapung

digunakan.
o Dengan membawa alat, masuk ke air yang dalam

o Berenang sejauh 50 meter dan tunda mangsa sejauh 50 meter. Tundaan

berakhir di air yang dalam


o Bantu mangsa naik ke darat

o Had masa dari isyarat mula sehingga penyelamat menyentuh darat pada

akhir tundaan ialah: Lelaki 3 minit & Wanita 3 minit 15 saat

BRONZE MEDALLION | EDISI 2016 | AKADEMI AQUAPUTRA 8


3.4. TUNDA SILANG DADA (DENGAN BERPAKAIAN)

Kaedah-kaedah berikut adalah untuk seorang penyelamat yang mahir dan

terlatih sahaja semasa sesi latihan dan ujian. Penyelamat hendaklah

memakai pakaian lengkap:

Lelaki : Baju berlengan panjang & seluar panjang

Wanita : Blaus, skirt atau seluar panjang


o Masuk ke air yang cetek yang tidak diketahui keadaannya dengan

pakaian lengkap
o Penyelamat akan berenang sejauh 20 meter ke arah mangsa

o Tunjukkan kemahiran ‘mengundur’, tenteramkan mangsa dan dekati

dari belakang
o Tunda mangsa sejauh 20 meter dengan menggunakan tunda silang dada

o Bantu mangsa keluar dari air

3.5. TEKNIK GABUNGAN


o Masuk ke air yang cetek, berenang sejauh 20 meter

o Menyelam dan mencari sejauh 5 meter untuk SATU objek (2 hingga 4 kg)

sedalam 1.8 meter


o Semasa mencari, tunjukkan cara menyelam dengan kaki mendahului;

dan menyelam dengan kepala mendahului pada kali kedua


o Tukarkan objek dengan subjek yang dikira tidak bernafas, tundanya ke

bahagian sokongan yang terdekat di air yang dalam dan tunjukkan cara

pemulihan pernafasan Mulut ke Hidung sebanyak 3 kitaran


o Teruskan tundaan ke air yang cetek dan tunjukkan cara pernafasan

Mulut ke Hidung ambil berjalan membawa subjek sejauh 5 meter


o Naikkan mangsa yang dianggap tidak sedar tetapi bernafas ke tebing

dan letakkannya dalam kedudukan pemulihan

BRONZE MEDALLION | EDISI 2016 | AKADEMI AQUAPUTRA 9


3.6. MENYELAMAT DENGAN TUNDAAN DAGU
o Tanpa alat bantuan, masuk ke air dengan cara straddle, berenang sejauh

50 meter dan menyelamatkan mangsa dengan tunda dagu (chin tow)

yang juga merangkumi cara menghindar mangsa menggelupur.


o Tunjukkan bagaimana menyokong mangsa sesudah menunda ke tebing

dan bantu mangsa naik ke tebing apabila isyarat diberi oleh Pemeriksa.

3.7. KESUSAHAN (DIFFICULTIES)


o Masuk air dengan aksi Straddle Jump.

o Renang 50 meter ke arah mangsa.

o Demokan aksi halangan dan menyelamat dengan Tunda Dagu (Chin

Tow) sejauh 50 meter.


o Masukkan demo mengurus mangsa mengelupur (double restraints).

o Di penghujung tundaan, ampu mangsa dan dengan isyarat pemeriksa,

bantu mangsa daratkan di tempat dalam.

3.8. TEKNIK PERTAHANAN & PERLEPASAN DIRI

Kaedah-kaedah berikut adalah cara seorang penyelamat mempertahan dan

melepaskan diri dari mangsa sebelum tindakan menyelamat dilakukan.

(i) Reverse

Situasi: Mangsa menghampiri penyelamat

Tindakan:
o Berenang ke arah belakang dengan teknik ’back stroke’

o Selam dan berenang ke arah belakang mangsa

o Timbulkan diri

o Pegang dagu mangsa dan bawa mangsa ke tebing dengan teknik

’extended chin tow’

BRONZE MEDALLION | EDISI 2016 | AKADEMI AQUAPUTRA 10


(ii) Duck Away

Situasi: Mangsa menghampiri penyelamat

Tindakan:
o Apungkan diri dengan teknik ’water treading’ dan percikan air ke

muka atau mata mangsa


o Selam dan berenang ke arah belakang mangsa

o Timbulkan diri

o Pegang dagu mangsa dan bawa mangsa ke tebing dengan teknik

’extended chin tow’

(iii) Single Leg Block

Situasi: Mangsa dalam keadaan yang agresif

Tindakan:
o Apungkan diri dengan teknik ’water treading’

o Tendang ke dada mangsa dengan sebelah kaki (kiri atau kanan)

o Selam dan berenang ke arah belakang mangsa

o Timbulkan diri

o Pegang dagu mangsa dan bawa mangsa ke tebing dengan teknik

’extended chin tow’

BRONZE MEDALLION | EDISI 2016 | AKADEMI AQUAPUTRA 11


(iv) Double Leg Block

Situasi: Mangsa dalam keadaan yang sangat agresif

Tindakan:
o Apungkan diri dengan teknik ’water treading’

o Tendang ke dada mangsa dengan kedua-dua belah kaki

o Selam dan berenang ke arah belakang mangsa

o Timbulkan diri

o Pegang dagu mangsa dan bawa mangsa ke tebing dengan teknik

’extended chin tow’

(v) Arm Pull

Situasi: Mangsa memegang sebelah tangan penyelamat

Tindakan:
o Pastikan kekuatan genggaman tangan mangsa

o Dalam genggaman tersebut, pegang hujung tangan sendiri

(Penyelamat) dan tarik ke arah atas dengan rentapan yang cepat

dan kuat
o Selam dan berenang ke arah belakang mangsa

o Timbulkan diri

o Pegang dagu mangsa dan bawa mangsa ke tebing dengan teknik

’extended chin tow’

(vi) Push Up Break

Situasi: Mangsa memeluk penyelamat dari hadapan

Tindakan:
o Selamkan diri anda

o Letakan sebelah tangan di dada mangsa dan sebelah lagi di

belakang mangsa
o Selam sambil pusingkan mangsa ke arah berlawanan

BRONZE MEDALLION | EDISI 2016 | AKADEMI AQUAPUTRA 12


o Timbulkan diri

o Pegang dagu mangsa dan bawa mangsa ke tebing dengan teknik

’extended chin tow’

(vii) Elbow Break

Situasi: Mangsa memeluk penyelamat dari belakang

Tindakan:
o Lihat dan pastikan keadaan tangan mangsa yang memeluk, kiri

atau kanan berada di atas


o Sekiranya tangan kanan mangsa di atas, gunakan siku kiri untuk

menolak tangan kanan mangsa ke atas


o Selam ke belakang mangsa sambil mengilas tangan kanan mangsa

ke belakang dan rapatkan ke pinggang mangsa


o Timbulkan diri dan ambil mangsa

o Pegang dagu mangsa dan bawa mangsa ke tebing dengan teknik

’extended chin tow’

Teknik Chin Tow

BRONZE MEDALLION | EDISI 2016 | AKADEMI AQUAPUTRA 13


4. KEMAHIRAN INDIVIDU

4.1. SELAMAN DASAR (UNDERWATER DIVE)

Sesetengah mangsa lemas diselamatkan dari bawah permukaan air.

Berenang ke bawah untuk sebarang jarak adalah sukar kerana tubuh anda lebih

ringan daripada air dan akan terapung ke atas. Jika anda cuba untuk berenang

lurus ke bawah, anda akan membazirkan tenaga dan nafas yang diperlukan untuk

pemulihan mangsa.

Sebaliknya, mengamalkan selaman permukaan digambarkan dalam sessi ini

sehingga anda boleh mencapai melebihi 8 kaki di dalam air.

Ambil satu atau dua nafas dalam sebelum anda menyelam. Bernafas terlalu

mendalam untuk terlalu lama boleh menyebabkan pengudaraan melampau

(hyper). Badan anda menggunakan jumlah karbon dioksida dalam darah anda

untuk mencetuskan kemampuan untuk bernafas. Selepas pernafasan mendalam

(hyperventilation), ia adalah mustahil untuk anda kehabisan oksigen di dalam air,

sebelum tahap karbon dioksida meningkat cukup untuk memberi amaran bahawa

anda perlu lebih banyak udara.

Anda mungkin akan merasai sakit sedikit dalam telinga anda apabila anda

berenang bahagian bawah kolam yang dalam. Peningkatan tekanan air terhadap

gegendang telinga anda menyebabkan ketidakselesaan. Rasa tidak selesa tersebut

akan hilang jika menelan atau goyangkan rahang anda.

Jika anda cuba untuk memulihkan mangsa di dalam air yang mendalam, anda

hendaklah timbul ke permukaan jika sakit di telinga anda menjadi sengit,

BRONZE MEDALLION | EDISI 2016 | AKADEMI AQUAPUTRA 14


walaupun mangsa berada di sisi anda. Jika anda mengabaikan kesakitan dan

keselamatan diri anda sendiri, gegendang telinga anda mungkin pecah dan akan

menyebabkan anda kehilangan arah dan akan cedera dengan lebih teruk lagi.

4.2. SELAMAN MENGGUNAKAN KAKI (FEET FIRST DIVE)

Pada permukaan, bermula pada kedudukan menegak dengan lengan anda

melanjutkan keluar. Tolak ke bawah dengan tangan anda dengan menggunakan

Gaya Gunting menendang untuk menolak ke atas.

Cuba untuk mengangkat badan seberapa jauh daripada air. Berat badan anda air

kemudian akan membantu anda ke bawah. Meluruskan kaki anda dan menolak

dengan tangan anda ke bawah. Jangan mengangkat tangan anda terlalu cepat;

mereka harus menolak terhadap air dan bukannya memecahkan permukaan.

Poin Utama

•Kedudukan menegak.

•Tendang dengan bersungguh-sungguh dan menolak ke

bawah untuk menurunkan badan.


•Halakan kaki, hayunkan kedua-dua tangan ke atas di atas

kepala.
•Luncurkan badan secara menegak di bawah air.

•Gunakan gerakan tangan (sculling) untuk mengekalkan

badan yang tenggelam.

BRONZE MEDALLION | EDISI 2016 | AKADEMI AQUAPUTRA 15


4.3. SELAMAN PERMUKAAN KEPALA DAHULU

(HEAD FIRST SURFACE DIVE)

Anda boleh menggunakan selaman ‘headfirst’ untuk menyelam di kawasan air

dalam dan jarak penglihatan yang jelas. Menyelam akan menjadi lebih mudah

untuk dilakukan jika anda mula sambil bergerak ke hadapan dengan dada. Tarik

lengan, tangan anda akan ke sisi dan kaki anda lurus kembali. Tanpa henti, kuak

air ke bawah dengan tangan anda dan bengkok pada bahagian pinggang dan

angkat kaki anda ke udara. Kemudian, selaraskan tangan anda di hadapan kepala

anda.

Sekali lagi, berat kaki anda di atas air mendorong anda ke bawah. Menyelam

secara kepala dahulu dari permukaan juga dikenali sebagai ‘lembing’ jika anda

menyimpan kaki anda lurus sepanjang masa. Ia adalah ‘tuck in' jika anda

membawa kaki anda ke arah badan anda semasa anda membengkok ke bawah dan

kemudian meluruskan mereka ke udara. Pastikan lengan anda diperluaskan untuk

melindungi kepala anda semasa anda menyelam.

Poin Utama
• Kedudukan mendatar

• Tarik tangan luas dengan bahu

• Bengkokkan pinggang dan

pinggul
• Luncur ke bawah secara paksa

• Angkat kaki menegak di

permukaan
• Lengan menolak rapat ke sisi

semasa luncuran

BRONZE MEDALLION | EDISI 2016 | AKADEMI AQUAPUTRA 16


4.4. APUNGAN DIRI (ROTARY KICK)

Pada masa latihan atau kejadian sebenar untuk proses menyelamatkan nyawa,

anda perlu untuk mengapungkan diri di satu kedudukan tanpa alatan apungan

dengan kepala anda kekal di atas permukaan. Anda perlu menggunakan gaya

tendangan secara sculling dengan tangan di dalam air.

Pilihan lain adalah untuk menggunakan sepakan putar/pemukul telur (rotary

kick).

Sepakan putar dilakukan dari kedudukan duduk dengan lutut bertentangan.

Putar satu kaki dan kemudian yang lain dalam corak membulat. Setiap kaki

bergerak bertentangan dalam sepakan putar.

Poin Utama
• Kedudukan menegak sedikit ke hadapan
• Kitaran, menggunting atau kaki bulatan
• Mengayuh tangan melintang (sculling)
• Kepala bengkokkan 45 darjah di atas air
• Kekalkan kedudukan kepala rendah di dalam air
• Berehat dan bernafas seperti sediakala

BRONZE MEDALLION | EDISI 2016 | AKADEMI AQUAPUTRA 17


4.5. HULUR UNTUK MENYELAMAT (REACH)

Berkebolehan untuk menggunakan pelbagai cara (pakaian atau kayu) untuk

mencapai untuk menyelamatkan mangsa yang tidak jauh dari tepi kolam,

anggaran sejauh 2 meter.

Poin Utama
• Jerit untuk bantuan
• Menarik perhatian mangsa
• Yakinkan dan memberitahu mangsa apa yang perlu dilakukan
• Berbaring dan mencapai keluar dengan tuala (pakaian), tali, dahan pokok dan

lain-lain
• Lepaskan alatan jika ditarik kuat masuk oleh mangsa
• Arahkan bagaimana untuk keluar daripada air

BRONZE MEDALLION | EDISI 2016 | AKADEMI AQUAPUTRA 18


4.6. LONTAR UNTUK MENYELAMAT (THROW)

Keupayaan untuk melontar alatan bantuan apungan untuk mangsa yang jauh dan

sampai tepat kepada mangsa.

Poin Utama
• Jerit untuk bantuan
• Menarik perhatian mangsa
• Yakinkan dan memberitahu mangsa

apa yang perlu dilakukan


• Lontar alatan apungan bantuan

seperti papan luncur, PFD, tiub

penyelamat tiub, pelampung, bola

dan lain-lain (ikat tali kepada objek)


• Mengarahkan mangsa untuk memegang alatan bantuan dan menendang ke

arah anda.
• Arahkan bagaimana untuk keluar daripada air

4.7. LONTAR TALI UNTUK MENYELAMAT

Kemahiran melontar tali tanpa beratan kepada mangsa dan menarik mangsa ke

tepi kolam dengan selamat.

BRONZE MEDALLION | EDISI 2016 | AKADEMI AQUAPUTRA 19


Poin Utama
• Hantar untuk bantuan
• Menarik perhatian mangsa
• Yakinkan mangsa dan beri arahan
• Pegang hujung tali semasa membuat lontaran
• Gulung ke dalam tangan yang memegang dan melontar
• Lontarkan tali di luar kepala mangsa
• Pastikan ada lebihan tali untuk Penyelamat, selalunya dipijak
• Ambil kira factor angin dan arus air
• Arahkan mangsa untuk memegang tali
• Tarik mangsa ke tepian/tempat selamat
• Arahkan mangsa bagaimana untuk keluar daripada air

4.8. MASUK KE AIR SECARA MELUNGSUR (SLIDE ENTRY)

Kaedah untuk masuk ke dalam air ketika kedalaman air yang tidak diketahui atau

tidak boleh dikenalpasti.

Poin Utama
• Masuk secara terkawal
• Duduk di tepi tebing dan pusing badan
• Pastikan kedua-dua tangan memegang tebing
• Rendahkan kaki badan
• Rasa dengan kaki untuk sebarang objek asing

BRONZE MEDALLION | EDISI 2016 | AKADEMI AQUAPUTRA 20


4.9. SURVIVAL DI AIR (SCULLING SURVIVAL)

Kemahiran untuk mengekalkan badan secara timbul di atas permukaan air dalam

kedudukan mendatar di belakang.

Poin Utama
• Lentangkan bahagian belakang, telinga di bawah
• Gunakan ‘sculling’ lengan melintang
• Hujung jari jemari sealiran dengan pergelangan tangan
• Statikkan pergerakan lengan atas
• Kekalkan tekanan sculling di atas air dalam sapuan keluar masuk
• Tendang perlahan-lahan untuk mengekalkan kedudukan apungan
• Lutut boleh bengkok sedikit dan bertenang

4.10. TERJUN PADAT (COMPACT JUMP)

Kaedah terjunan selamat secara menegak ke dalam air dari

tempat yang tinggi.

Poin Utama
• Dalam keadaan kedudukan berdiri
• Rapatkan/lipatkan kedua-dua tangan ke badan sambil

menutup mulut dan hidung


• Silangkan kaki
• Mengekalkan kepala untuk melihat ke hadapan

BRONZE MEDALLION | EDISI 2016 | AKADEMI AQUAPUTRA 21


• Jangan lompat
• Langkah kedepan dengan tenang

4.11. LOMPATAN STRIDE (STRIDE ENTRY/STRADDLE JUMP)

Kaedah terjunan dari tebing untuk mengekalkan kepala di atas air dengan

pemerhatian yang berterusan.

Poin Utama
• Langkah keluar dari tebing
• Panjangkan satu kaki ke hadapan dan ke belakang lain.
• Bengkok lutut sedikit
• Hulurkan badan sedikit ke hadapan, tangan dibuka luas.
• Sentuhan di air, tangan menepuk air dan mengayuh imbang badan dengan

kaki menggunting
• Kekalkan kedudukan kepala untuk mengawasi mangsa
• Lompatan tidak digalakkan.

BRONZE MEDALLION | EDISI 2016 | AKADEMI AQUAPUTRA 22


5. KEMAHIRAN KOMUNIKASI

Suasana riuh pikuk orang ramai, keadaan cuaca, bunyi keadaan sekeliling ie. air

terjun dan jarak boleh membuat komunikasi sukar di kawasan akuatik.

Keupayaan anda untuk berkomunikasi secara lancar dengan individu/kumpulan

untuk menguatkuasakan peraturan disamping berupaya berkomunikasi dengan

rakan-rakan yang lain untuk mendapatkan bantuan dan menjaga kawasan anda.

Wisel dan isyarat tangan adalah cara yang baik untuk berkomunikasi, namun

kemudahan-kemudahan lain seperti telefon, walkie-talkie, radio amatur, corong

pembesar suara, adalah antara yang boleh digunakan mengikut kesesuaian sesuatu

tempat.

Dalam situasi akuatik seperti kolam renang, taman tema air, tepian pantai, aktiviti

tasik, wisel merupakan satu kaedah komunikasi yang paling sesuai dan paling

kerap digunakan. Sebagai seorang Penyelamat Kelemasan (Lifeguard) yang baik,

wisel adalah satu alatan menyelamat yang wajib digunakan pada setiap masa.

5.1. ISYARAT WISEL

Wisel hendaklah digunakan dalam keadaan baik, ditiup kuat dan tegas.

Isyarat wisel berikut akan seragamkan dan membolehkan anda untuk

mengawal dan menguatkuasakan kawasan anda dan berkomunikasi dalam

beberapa situasi kecemasan. Terdapat juga disesetengah tempat yang

memilih untuk membangunkan sistem komunikasi sendiri.

Walaubagaimana sistem yang diterangkan ini menjadi ikutan kebanyakkan

kawasan tarikan akuatik diseluruh dunia yang diaktifkan dengan Sistem

Tindakan Kecemasan (Emergency Response System).

Anda perlu tahu dan menjadi amalan untuk isyarat komunikasi seperti

berikut :

BRONZE MEDALLION | EDISI 2016 | AKADEMI AQUAPUTRA 23


5.1.1. Satu Tiupan Pendek

Isyarat Satu Tiupan Pendek ini adalah untuk mendapat perhatian seseorang

individu/kumpulan. Selepas anda mendapat perhatian individu/

kumpulan tersebut, gunakan isyarat tangan dan bercakap dengan jelas jika

anda perlu memberikan arahan selanjutnya. Lebih praktikal, bukakan

cermin mata hitam (sunglass) anda apabila bercakap dengan individu/

kumpulan.

5.1.2. Dua Tiupan Pendek

Isyarat Dua Tiupan Pendek ini adalah untuk mendapat perhatian

Penyelamat yang lain, diiringi dengan isyarat mengangkat tangan anda atau

ketuk (tapping) atas kepala anda. Dengan cara ini, Penyelamat lain akan

turut memberi perhatian kepada aktiviti anda

BRONZE MEDALLION | EDISI 2016 | AKADEMI AQUAPUTRA 24


5.1.3. Satu Tiupan Panjang

Isyarat Satu Tiupan Panjang adalah untuk mengaktifkan Sistem Tindakan

Kecemasan. Ini menunjukkan bahawa anda akan melakukan penyelamatan.

Biasanya ini bermakna bahawa anda akan memasuki air (kawasan

kemalangan), dan melibatkan Penyelamat yang lain. Tindakan perlu

dilakukan dalam apa juga situasi air tanpa menjejaskan nyawa dan

keselamatan diri sendiri. Aktiviti air diteruskan dengan Penyelamat lain

akan memastikan keselamatan kawasan tersebut.

5.1.4. Dua Tiupan Panjang

Isyarata Dua Tiupan Panjang adalah untuk menunjukkan kecemasan utama

(major emergency). Penyelamatan akan memerlukan lebih Penyelamat dan

aktiviti akuatik perlu ditutup dengan segera. Tindakan juga perlu

dilakukan dalam apa juga situasi air tanpa menjejaskan nyawa dan

keselamatan diri sendiri.

5.2. ISYARAT TANGAN

Isyarat tangan digunakan terutamanya dengan wisel untuk membantu

berkomunikasi. Pegang isyarat tangan selama 5 saat apabila perlu, untuk

memastikan keberkesanannya.

5.2.1 Menunjuk (Pointing)

Isyarat Menunjuk (Pointing) digunakan untuk sambil memberi arahan. Ia

boleh digunakan bersama-sama dengan satu tiupan pendek untuk

menunjukkan kepada individu/kumpulan apa yang anda ingin individu/

kumpulan tersebut lakukan.

Anda juga boleh menunjukkan, bersama-sama dengan dua tiupan pendek

wisel, untuk berkomunikasi dengan Penyelamat lain. Ini adalah amat

BRONZE MEDALLION | EDISI 2016 | AKADEMI AQUAPUTRA 25


berguna apabila anda ingin menunjukkan individu/kumpulan tersebut

dalam risiko yang tinggi.

5.2.2. Angkat Genggaman Penumbuk (Raised Clenched Fist)

Insyarat Angkat Genggaman Penumbuk (Raised Clenched Fist) yang

diangkat melebihi kepala bermakna anda memerlukan bantuan. Ia

mungkin disertai oleh dua tiupan pendek.

5.2.3. Tangan Bersilang Atas Kepala (Crossed Arm)

Isyarat Tangan Bersilang Atas Kepala (Crossed Arm) bermakna supaya

memberhentikan aktiviti.

5.2.4. Ok (Thumbs Up)

Isyarat Ok (Thumbs Up) bermakna untuk memulakan semula aktiviti yang

telah dihentikan, biasanya diiringi oleh dua tiupan pendek.

5.2.5. Ketuk Kepala (Tapping Head Top)

Isyarat Ketuk Kepala (Tapping Head Top) bermakna supaya Penyelamat lain

dapat memberi perhatian mengawasi kawasan anda.

BRONZE MEDALLION | EDISI 2016 | AKADEMI AQUAPUTRA 26


6. PERALATAN MENYELAMAT AKUATIK

A   lifebuoy,   ring buoy,   life ring,   lifesaver,   life

preserver   or   lifebelt, also known as a "kisby ring" or

"perry buoy", is a life saving buoy designed to be thrown

to a person in the water, to provide buoyancy, to prevent

drowning.

A rescue buoy, rescue tube or rescue can is a piece of

lifesaving equipment used in water rescue. It is an

essential part of the equipment that must be carried

by lifeguards. It further can act as a mark of authority,

identifying an individual as a lifeguard. A rescue buoy,

also called a Burnside buoy, or can.

A throw bag is a rescue device with a length of rope

stuffed loosely into a bag so it can pay out through the

top when the bag is thrown to a swimmer/victims. The

bottom of the bag as a grab loop for the rescuer to hold

on to.

BRONZE MEDALLION | EDISI 2016 | AKADEMI AQUAPUTRA 27


A spinal board also known as a long spine board (LBS), longboard, spineboard, or
backboard. Is a patient handling device used primarily in pre-hospital trauma care
designed to provide rigid support during movement of a patient with suspected spinal or
limb injuries. They are most commonly used by ambulance services, by staff such as
emergency medical technicians and paramedics. Also used by specialist emergency
personnel such as lifeguards.

Most lifeguards use whistle codes with:


1 blast meaning you're trying to get the attention of a
patron, 2 blasts meaning you need another guard or
your supervisor to come help you, and 3 blasts meaning
there's an emergency and everyone needs to activate the
emergency plan.

A first aid kit is a collection of supplies


and equipment for use in giving   first
aid, and can put together for the purpose
(by an individual or organisation, for
instance), or purchased complete.

BRONZE MEDALLION | EDISI 2016 | AKADEMI AQUAPUTRA 28


Oxygen packs can be a worthwhile, even life-saving, addition to
any first aid station. Oxygen can be used as a treatment for
victims who are breathing, but short of breath, or it may be used
as first aid treatment for victims who have stopped breathing
altogether. Emergency oxygen does not require a prescription
and administered safely it can do no harm to victims. The FDA
does caution that it must only be administered in emergency
situations. In order to effectively administer emergency oxygen
as first aid, you need to carefully read the instructions on an
emergency oxygen unit or oxygen pack. You should never
consider emergency oxygen as a substitute for CPR.

An automated external defibrillator (AED) is a


portable electronic device that automatically
diagnoses the life-threatening cardiac arrhythmias
of ventricular fibrillation and ventricular
tachycardia in a patient,[1] and is able to treat
them through defibrillation, the application of
electrical therapy which stops the arrhythmia,
allowing the heart to reestablish an effective
rhythm.

With simple audio and visual commands, AEDs are designed to be simple to use for the
layperson, and the use of AEDs is taught in many first aid, certified first responder, and
basic life support (BLS) level cardiopulmonary resuscitation (CPR) classes.

BRONZE MEDALLION | EDISI 2016 | AKADEMI AQUAPUTRA 29


A first aid room or medical room is a room in an establishment (e.g. a school, factory,
sports venue or airport) to which someone who is injured or taken ill on the premises can
be taken for first aid and to await the arrival of professional emergency medical services.

According to guidance, a first aid room should be clearly signposted, easily accessible and
contain: a sink and drinking water; first aid materials (which may include protective
equipment and blankets); an examination / medical couch; a telephone or other
communication equipment; a record book for recording incidents.

A first aid station or first aid post is a manned first aid room - especially a temporary one
at a large gathering of people or an emergency incident.

BRONZE MEDALLION | EDISI 2016 | AKADEMI AQUAPUTRA 30


22A Tingkat 1 Jalan Pinggiran Putra 4A/1
Desa Pinggiran Putra 43000 Kajang Selangor
(Off Persiaran Timur/Selatan Putrajaya)
0126353070 | 0126576353
www.aquaputra.com.my

BRONZE MEDALLION | EDISI 2016 | AKADEMI AQUAPUTRA 31

Anda mungkin juga menyukai