Anda di halaman 1dari 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA

TUGAS KERJA KURSUS

TAHUN AKADEMIK 2020


Program: PPISMP Nama Pelajar:

Kod: BMMB 3063 Semester/ Tahun: SEMESTER 1 TAHUN 2


Ambilan: JUN 2019
Nama Kursus:KAEDAH Kumpulan: Bahasa Melayu
PENGAJARAN BAHASA
MELAYU SEKOLAH RENDAH
Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar
1. Penulisan Esei I 25 September 2020 8 Oktober 2020
(600 patah perkataan)
2. Penulisan Esei II 9 Oktober 2020 5 November 2020
(1000 patah perkataan)
3. Pembentangankumpulan 9 November 2020 15 November 2020
(30 minit )

Hasil Pembelajaran Kursus:

1. Menghuraikan teori huraian bahasa dan teori pemerolehan bahasa dengan berkesan; (C2, PLO1,
PLO3, CTPS2)

2. Menganalisis pelaksanaan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu di sekolah rendah berdasarkan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS); (C4, PLO3,
PLO6, CTPS3, LL1)

3. Membanding beza pendekatan, strategi, kaedah, dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa
Melayu; (C6,PLO3, PLO6, CTPS4, LL2)

4. Menghubungkaitkan strategi dan pendekatan Modular Bertema dalam simulasi pengajaran dan
pembelajaran secara berkumpulan (C6, PLO5, CS1, TS1)

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1,2,3 dan 4.

Objektif Kerja Kursus.

1. Membincangkan pengetahuan dan kefahaman teori huraian bahasa dannteori pemerolehan bahasa
dengan jelas.

2. Menghasilkan penulisan esei mengenai pelaksanaan pendekatan, strategi, kaedah, dan teknik
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah berdasarkan Pengalaman
Berasaskan Sekolah (PBS).

3. Membanding beza pendekatan, strategi, kaedah, dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu dalam penulisan esei.

4. Melaksanakan simulasi pengajaran dan pembelajaran secara berkumpulan berpandukan modular


bertema.
SOALAN TUGASAN KERJA KURSUS

Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan yang berikut:

Dalam bidang pendidikan, pendekatan merujuk kepada kebijaksanaan memilih strategi serta kecekapan
merancang kaedah dan teknik dalam pengajaran berasaskan objektif pelajaran yang telah ditentukan. Bagi
mencapai objektif pengajaran, guru biasanya menggunakan gabungan beberapa pendekatan serta strategi
mengajar pelbagai. Rancangan gabungan pendekatan dan kaedah serta turutan pendekatan dan kaedah itu
dilaksanakan merupakan strategi pengajaran. Lantaran itu, guru bukan sahaja mesti menguasai berbagai-
bagai kaedah mengajar dan teori-teori bahasa serta berupaya mengintergrasikan serta menyusun kaedah-
kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran yang berkesan.

Berdasarkan pernyataan di atas anda dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:

Tugasan 1: Penulisan Esei I - PBS (15%)

i. Berdasarkan pemerhatian anda semasa menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di


sekolah. Hasilkan penulisan esei tentang pelaksanaan pendekatan strategi, kaedah dan teknik
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang diaplikasikan oleh guru semasa mengajar.

Panjang esei ialah 600 perkataan.

Tugasan 2: Penulisan Esei 2 (20%)

ii. Anda dikehendaki menghuraikan Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa serta
membanding beza pendekatan, strategi, kaedah, dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran
bahasa Melayu (BMMB3063) berdasarkan modul kemahiran bahasa dan objektif kemahiran
bahasa dalam DSKP bahasa Malaysia (BMMB3073) dan bahan bacaan lain.

Panjang esei ialah 1000 perkataan.

Tugasan 3: Simulasi kumpulan (10%)

iii. Secara berkumpulan (3-4 orang) anda dikehendaki melaksanakan simulasi pengajaran dan
pembelajaran berpandukan Modular Bertema. Anda juga dikehendaki menyediakan Rancangan
Pengajaran Mikro mengenai simulasi tersebut.
Arahan Pelaksanaan Tugasan:-

1.Hasil tugasan 1 dan 2 ini adalah tugasan INDIVIDU manakala tugasan 3 secara berkumpulan .
2.Tugasan ini perlu disiapkan dalam tempoh yang telah ditetapkan termasuk hari cuti.
3.Panjang tugasan keseluruhan esei, tidak melebihi 2000 patah perkataan.
4.Format penulisan tugasan adalah seperti berikut :
i. Fon –Arial
Ii. Saiz huruf ialah 11.
iii.Langkau satu setengah baris/1.5
iv. Rujukan mengikut format APA (sekurang-kurangnya 10 buah buku rujukan)
5.Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali .
6.Tugasan ini membawa markah 60 %
7.Hasil tugasan perlu diserahkan kepada pensyarah dengan format berikut:
. Nama Pelajar .Tajuk Tugasan
. No.Kad Pengenalan .Tarikh Mula
. Angka Giliran .Tarikah Hantar
. Kumpulan / Unit .Nama Pensyarah
. Sesi / Tahun .Jabatan / Unit
. Kod / Nama Kursus .Maklum Bala Pensyarah

8.Bahan-bahan bukti yang digunakan untuk menjelaskan tugasan projek hendaklah disertakan dalam
lampiran.
9.Tugasan yang baik harus menujukkan kriteria-kriteria berikut:-
Perbincangan esei yang jelas dan mantap. Contoh-contoh yang diberi amat jelas dan memenuhi
kehendak.
10.Peresembahan kumpulan yang kreatif.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(OTHMAN ABD AZIZ) ( Dr.ROZITA BUYOH)

Penyelaras Kursus BMMB3063 Pakar Bidang (SME) Kursus BMMB3063


Jabatan Pengajian Melayu, Jabatan Pengajian Melayu,
IPG Kampus Gaya IPG Kampus Gaya
Kota Kinabalu,Sabah. Kota Kinabalu,Sabah.

Tarikh : 2020 Tarikh : 2020

Disahkan oleh,

(KHADIJAH ADENAN)

Ketua Jabatan
Jabatan Pengajian Melayu
IPG Kampus Gaya
Kota Kinabalu, Sabah.

Anda mungkin juga menyukai