Anda di halaman 1dari 4

Sajak ‘Aku’

Tidak ada manusia lain

di pantai ini

kecuali diriku.

ku susur pasir panjang

sambil kubayangkan

aku ini adam

Hari inilah aku tercipta

dan pertama kali melihat

laut langit dan pohon.

kelmarin aku belum ada

tidak terdengar olehku

bunyi ombak itu.

tidak terasa olehku

sentuhan angin ini

bertiup di mana-mana.

bahkan aku tidak tahu

kulit kerang dan ru

pernah wujud di sini.


tuhan

aku percaya kau pencipta

kerna aku baru ada.

MAKSUD SAJAK

Rangkap

Maksud

1. Penulis mendapati dirinya keseorangan tanpa ada manusia lain di pantai ini.

2. Penulis menyusuri sepanjang pantai sambil membayangkan bahawa dirinya itu Nabi
Adam.

3. Digambarkan bahawa hari tersebut merupakan hari wujudnya nabi Adam iaitu manusia
pertama yang dicipta oleh Tuhan. Baginda buat pertama kalinya dapat melihat keindahan
alam ciptaan Tuhan.

4. Baginda tidak pernah mendengar deruan ombak sebelum kewujudannya.

5. Baginda juga tidak pernah merasai tiupan angin.

6. Baginda juga tidak pernah mengenali dan mengetahui kewujudan hidupan laut dan
tumbuh-tumbuhan di situ.

7. Baginda percaya akan kekuasaan Tuhan yang Maha pencipta kerana baginda baru
sahaja dicipta.

TEMA

Kewujudan diri dan menghayati alam sekitar. Pembaca dipupuk untuk menghayati dan
menikmati alam sekitar yang memberi ketenangan jiwa serta menyedari kewujudan Tuhan.

PERSOALAN

1. Pemeliharaan alam sekitar. Alam sekitar perlu dipelihara agar dapat dinikmati oleh
generasi akan datang.

2. Kepercayaan kepada Tuhan. Manusia pertama dicipta ialah nabi Adam.

3. Bersyukur dengan nikmat yang telah diberikan. Tuhan menciptakan dunia untuk
manusia menggunakannya sebaik mungkin.
BENTUK

i. Bebas

ii. Terdapat tujuh rangkap

iii. Baris-baris ayat dan rima akhir

Rangkap 1 terdapat 3 baris. Rima akhir abc

Rangkap 2 terdapat 3 baris. Rima akhir abc

Rangkap 3 terdapat 3 baris. Rima akhir abc

Rangkap 4 terdapat 3 baris. Rima akhir abb

Rangkap 5 terdapat 3 baris. Rima akhir abc

Rangkap 6 terdapat 3 baris. Rima akhir aab

Rangkap 7 terdapat 3 baris. Rima akhir abb

GAYA BAHASA

Sinkope

Contoh: kecuali diriku

Kata ganda

Contoh: bertiup di mana-mana

Imej alam

Contoh: laut, langit, pohon, angin, ombak.

Asonansi-perulangan vokal a

Contoh: kerana aku baru ada

Aliterasi-perulangan konsonan l

Contoh: laut, langit dan pohon

NILAI

Percaya kepada Tuhan.

Contoh: aku percaya Kau Pencipta.


Kesyukuran

Contoh: Aku bersyukur diciptakan oleh Tuhan dan dapat merasai nikmat yang ada di dunia.

Keinsafan:

Contoh: Adam insaf akan kebesaran dan kekuasaanTuhan

PENGAJARAN

Kita haruslah mensyukuri nikmat yang telah diberikan oleh Tuhan kepada kita.

Kita hendaklah menjaga alam sekitar agar terpelihara keasliannya.

Kita hendaklah menginsafi diri agar tidak melakukan perkara yang membawa kemurkaan
Tuhan.

Anda mungkin juga menyukai