Anda di halaman 1dari 2

5. SAJAK “AKU” ROSLI K.

MATARI
A MAKSUD
RANGKAP 1
Penulis membayangkan bahawa dia satu-satunya manusia yang berada di
pantai.
RANGKAP 2
Penulis berjalan di sepanjang pantai sambil membayangkan bahawa dia Nabi
Adam yang merupakan manusia pertama yang tiba di bumi ini.
RANGKAP 3
Penulis membayangkan bahawa pada hari itulah dia dilahirkan di bumi dan
pertama kali melihat laut, langit, dan pokok.
RANGKAP 4
Sebelum hari itu, penulis berkata bahawa dia tidak pernah mendengar bunyi
ombak.
RANGKAP 5
Penulis berasa bahawa dia tidak tersentuh akan angin yang bertiup di
sekitarnya.
RANGKAP 6
Penulis juga tidak pernah terlintas dalam fikirannya bahawa di bumi ini ada
kulit kerang dan pokok ru.
RANGKAP 7
Penulis mempercayai kewujudan dan keesaan Tuhan sebagai pencipta alam.

B TEMA DAN PERSOALAN


Tema
Tema sajak ini ialah kecintaan kepada Pencipta.
Persoalan
(a) Nabi Adam ialah orang pertama yang tiba di bumi
(b) Tuhan mencipta flora dan fauna untuk manusia memanfaatkannya.
(c) Kepercayaan kepada kuasa Tuhan yang esa
(d) Keinsafan terhadap kuasa Pencipta
(e) Bayangan kuasa Tuhan
C GAYA BAHASA DAN UNSUR BUNYI
(a) Sinkope
Bukti: kecuali diriku
Kususur pasir panjang
sambil kubayangkan
tidak terdengar olehku
aku percaya Kau Pencipta
(b) Imejan atau Imej alam
Bukti: pasir, laut, langit, pohon, ombak, angin, kulit kerang, ru
(c) Pengulangan kata
Bukti: aku percaya Kau Pencipta
kerana aku baru ada.

UNSUR BUNYI
(a) Asonansi (pengulangan bunyi huruf vokal a,e,i,o,u)
Bukti: Hari inilah aku tercipta

(b) Aliterasi (pengulangan bunyi huruf konsonan)


Bukti: Bahkan aku tidak tahu
D NILAI MURNI
(a) Kepercayaan kepada Tuhan
(b) Keesaan Pencipta
(c) Kesyukuran
(d) Cinta akan alam semula jadi

E PENGAJARAN
(a) Kita mestilah percaya kepada Tuhan dan unsur-unsur alam ciptaan-Nya.
(b) Kita haruslah mengetahui keesaan Pencipta yang mencipta pelbagai
unsur alam semula jadi untuk kegunaan manusia.
(c) Kita haruslah bersyukur kepada Tuhan kepada diberikan peluang untuk
hidup di bumi ini.
(d) Kita mestilah cinta akan alam semula jadi yang indah dan unik.

Anda mungkin juga menyukai