Anda di halaman 1dari 8

PUISI MODEN

11/10/2022
AKU

PUISI MODEN AKU


1 DISEDIAKAN OLEH:
CIKGU RUS BT BAHUDIN
MAKSUD SAJAK

11/10/2022
Rangkap Maksud
1 Penulis mendapati dirinya keseorangan tanpa ada
manusia lain di pantai ini.

PUISI MODEN AKU


2 Penulis menyusuri sepanjang pantai sambil
membayangkan bahawa dirinya itu Nabi Adam.
3 Digambarkan bahawa hari tersebut merupakan hari
wujudnya nabi Adam iaitu manusia pertama yang
dicipta oleh Tuhan. Baginda buat pertama kalinya dapat
melihat keindahan alam ciptaan Tuhan.
4 Baginda tidak pernah mendengar deruan ombak
sebelum kewujudannya.
5 Baginda juga tidak pernah merasai tiupan angin.
6 Baginda juga tidak pernah mengenali dan mengetahui
kewujudan hidupan laut dan tumbuh-tumbuhan di situ.
7 Baginda percaya akan kekuasaan Tuhan yang Maha
2
pencipta kerana baginda baru sahaja dicipta.
TEMA

11/10/2022
Kewujudan diri dan menghayati
alam sekitar.

PUISI MODEN AKU


Pembaca dipupuk untuk
menghayati dan menikmati alam
sekitar yang memberi ketenangan
jiwa serta menyedari kewujudan
Tuhan.
3
PERSOALAN

11/10/2022
1. Pemeliharaan alam sekitar.
 Alam sekitar perlu dipelihara agar dapat

PUISI MODEN AKU


dinikmati oleh generasi akan datang.
2. Kepercayaan kepada Tuhan.
 Manusia pertama dicipta ialah nabi
Adam.
3. Bersyukur dengan nikmat yang telah
diberikan.
 Tuhan menciptakan dunia untuk manusia
menggunakannya sebaik mungkin 4
BENTUK

11/10/2022
 Bebas
 Terdapat tujuh rangkap

PUISI MODEN AKU


 Baris-baris ayat dan rima akhir
 Rangkap 1 terdapat 3 baris. Rima akhir abc
 Rangkap 2 terdapat 3 baris. Rima akhir abc
 Rangkap 3 terdapat 3 baris. Rima akhir abc
 Rangkap 4 terdapat 3 baris. Rima akhir abb
 Rangkap 5 terdapat 3 baris. Rima akhir abc
 Rangkap 6 terdapat 3 baris. Rima akhir aab
 Rangkap 7 terdapat 3 baris. Rima akhir abb

5
GAYA BAHASA

11/10/2022
 Sinkope
 Contoh: kecuali diriku

PUISI MODEN AKU


 Kata ganda
 Contoh: bertiup di mana-mana
 Imej alam
 Contoh: laut, langit, pohon, angin, ombak.
 Asonansi-perulangan vokal a
 Contoh: kerana aku baru ada
 Aliterasi-perulangan konsonan l
 Contoh: laut, langit dan pohon
6
NILAI

11/10/2022
 Percaya kepada Tuhan.
 Contoh: aku percaya Kau Pencipta.

PUISI MODEN AKU


 Kesyukuran
 Contoh: Aku bersyukur diciptakan
oleh Tuhan dan dapat merasai
nikmat yang ada di dunia.
 Keinsafan:
 Contoh: Adam insaf akan kebesaran
dan kekuasaanTuhan 7
PENGAJARAN

11/10/2022
 Kita haruslah mensyukuri nikmat
yang telah diberikan oleh Tuhan

PUISI MODEN AKU


kepada kita.
 Kita hendaklah menjaga alam
sekitar agar terpelihara
keasliannya.
 Kita hendaklah menginsafi diri
agar tidak melakukan perkara
yang membawa kemurkaan Tuhan. 8

Anda mungkin juga menyukai