Anda di halaman 1dari 11

TINGKATAN 3

CIKGU RUS BT BAHUDIN


Santap beradat, santap istiadat,
Santap raja di majlis kebesaran,
Santap merai, hormat-menghormat;
Bukan santap hendakkan kenyang,
Santap santun dengan aturan.
Maksud: Santap beradat merupakan istiadat santap raja di majlis kebesaran.
Santap tersebut bertujuan untuk meraikan dan menghormati tetamu. Majlis
santapan ini bukanlah sekadar untuk mengenyangkan perut tetapi merupakan
majlis santapan yang mengajar si penjamu selera agar makan secara sopan dan
mengikut tatacara yang tepat.
Nasi disuap di tangan kanan,
Lauk dibinjat sopan siuman,
Sampai ke mulut mamah perlahan,
Tanda tidak gelojoh makan.
Selesai santap nasi,
Diiringkan seteguk minuman, Isyarat menghormat, mulia-memuliakan.
Maksud: Berdasarkan tatacara dan ketertiban sewaktu makan, nasi hendaklah
disuap menggunakan tangan kanan manakala lauk perlulah diangkat secara
sopan. Ketika nasi sampai ke mulut hendaklah dikunyah dengan perlahan-lahan
sebagai tanda tertib dan tidak gelojoh sewaktu makan. Setelah selesai makan
nasi barulah diambil seteguk air minuman sebagai isyarat hormat dan beradab
sopan ketika berada dalam majlis santapan itu.
Santap nasi suap pertama,
Berturut dengan suap kedua;
Dua suap, ketiga sudah,
Keempatnya basuh tangan;
Kelima halwa juadah,
Keenam mengiring buah-buahan.

Maksud: Dalam aturan dan cara-cara makan dan minum, suapan nasinya bermula
daripada suapan pertama hingga ketiga sahaja. Selepas itu, si penjamu selera
perlu membasuh tangan, sebelum diikuti dengan menjamah juadah halwa dan
memakan buah-buahan.
Ketujuh berkumur-kumur,
Ke delapan makan sirih;
Kelat jatuh ke rengkungan,
Seri naik ke peroman.
Maksud: Cara-cara makan dan minum yang berikutnya ialah ketujuhnya, orang
yang menjamu selera perlu berkumur-kumur untuk membersihkan mulut dan
diakhiri dengan memakan sirih. Air sirih kelat yang masuk ke kerongkong si
penjamu selera akan menambahkan seri pada wajah mereka.

Itulah santap beradat kebesaran,


Di dalam riwayat zaman yang silam.
Maksud: Tatacara dan peraturan santapan ini merupakan majlis santap beradat
kebesaran yang diajarkan oleh generasi terdahulu.
TEMA : ajaran beradab sopan dan tatacara makan dan minum di dalam
majlis mengikut tertib berpandukan didikan generasi terdahulu.

Persoalan:
1. Persoalan adab sopan dan tertib ketika menjamu selera dalam
sesuatu majlis.
2. Persoalan kepentingan cara-cara menjamu selera dalam sesuatu
majlis.
3. Masyarakat Melayu yang mengutamakan nilai kesopanan ketika
makan dan minum.
4. Kepentingan beradab sopan dan tertib ketika menjamu selera.
1.Terdiri daripada lima rangkap.
▪ Rangkap pertama mempunyai lima baris
▪ Rangkap kedua mempunyai tujuh baris
▪ Rangkap ketiga mempunyai enam baris
▪ Rangkap keempat mempunyai empat baris
▪ Rangkap kelima mempunyai dua baris.
2.Bilangan katanya dua hingga enam patah kata.
3.Terdiri daripada tujuh hingga empat belas suku kata.
4.Berbentuk bebas atau tidak terikat.
▪ Anafora
Contoh:
Santap beradat, santap istiadat,
Santap raja di majlis kebesaran,
Santap merai, hormat-menghormat
▪ Repetisi
Contoh: Santap beradat, santap istiadat.
▪ Bahasa klasik
Contoh: peroman
▪ Kata ganda
Contoh: hormat-menghormat, mulia- memuliakan, buah-buahan dan berkumur-kumur.
▪ Personifikasi
Contoh: Kelat jatuh ke rengkungan.
▪ Asonansi
Contoh: Kelima halwa juadah (perulangan vokal a)
▪ Aliterasi
Contoh: Isyarat menghormat, mulia- memuliakan. (perulangan konsonan m).
▪ Nilai Kesopanan
Contoh: Pembaca diajarkan cara-cara makan dan minum dalam
majlis secara tertib dan sopan .
▪ Nilai Kepatuhan
Contoh: Penjamu selera yang makan dan minum perlu patuh pada
segala etika yang telah digariskan dalam majlis tersebut.
▪ Nilai Kesederhanaan
Contoh: Pembaca diajar cara makan dan minum secara
bersederhana dan bukannya makan secara berlebihan.
▪ Nilai Hormat-menghormati
Contoh: Seseorang perlulah makan dan minum secara sopan
sebagai menghormati tetamu yang berada dalam majlis tersebut.
▪ Kita mestilah bersikap sopan dan beradab ketika sedang
menjamu selera.
▪ Kita haruslah hormat-menghormati antara satu dengan yang
lain ketika sedang menjamu selera di dalam sesuatu majlis.
▪ Kita perlulah mengikut peraturan dan tatacara ketika makan
dengan mendahului perkara yang utama kemudian diikuti
dengan perkara-perkara yang berikutnya.
▪ Kita hendaklah bersederhana semasa makan dengan tidak
mengambil makanan secara berlebihan atau hawa nafsu.
1) Berdasarkan rangkap kedua ‘Seloka Santap Istiadat’, apakah tiga adab dan tatatertib
makan nasi yang disarankan oleh penulis? (3 MARKAH)
2) “Masyarakat kita sangat mementingkan adab dan tatatertib dalam kehidupan seharian.”
Pada pendapat anda, mengapakah adab sangat penting dalam kehidupan seharian? (4
MARKAH)
3) Makan mengikut nafsu adalah antara sikap negatif yang perlu dihindari. Nyatakan tiga
kebaikan apabila kita bersederhana ketika makan. (4 MARKAH)
4) “Masyarakat pada zaman dahulu sangat mementingkan sikap sopan santun ketika makan
di rumah ataupun dalam majlis rasmi.“ Pada pendapat anda, apakah yang harus
dilakukan oleh generasi muda untuk mengekalkan sikap sopan santun ketika makan di
rumah ataupun dalam majlis rasmi? (4 MARKAH)

Anda mungkin juga menyukai