Anda di halaman 1dari 9

Seloka Santap Istiadat

Fateema Az Zahraa binti Mohd Azri


Putri Damia Hanna binti Mohd Harith Izwan
Maksud rangkap :

Rangkap 1
Santap beradat, santap istiadat, Santap raja di majlis kebesaran, Santap merai,
hormat-menghormat; Bukan santap hendakkan kenyang, Santap santun dengan
aturan. Santap beradat merupakan istiadat santap raja dalam majlis kebesaran.
Istiadat ini bertujuan menghormati dan meraikan tetamu. Majlis ini juga mengajar
tetamu yang hadir makan secara beradab dan bukanlah sekadar untuk
mengenyangkan perut.

Rangkap 2
Nasi disuap di tangan kanan, Lauk dibinjat sopan siuman, Sampai ke mulut mamah
perlahan, Tanda tidak gelojoh makan. Selesai santap nasi, Diiringkan seteguk
minuman, isyarat menghormat, mulia-memuliakan Jika kita melihat adab dan tertib
semasa makan, menyuap nasi mestilah menggunakan tangan kanan dan ambillah lauk
dengan sopan. Mengunyah makanan dengan perlahan-lahan dan meminum air setelah
selesai makan
Rangkap 3
Santap nasi suap pertama, Berturut dengan suap kedua; Dua suap, ketiga sudah,
Keempatnya basuh tangan; Kelima halwa juadah, Keenam mengiring buah-buahan.
Tetamu juga diingatkan untuk tidak berlebihan dan makan sekadar cukup sahaja.
Ibarat suapan keempat adalah untuk membasuh tangan dan makan kuih-muih atau
buah-buahan yang dihidangkan.

Rangkap 4
Ketujuh berkumur-kumur, Ke delapan makan sirih; Kelat jatuh ke rengkungan Seri
naik ke peroman. Selepas selesai makan, tetamu dinasihatkan untuk berkumur-kumur
agar mulut kelihatan bersih dan kemas yang akan menaikkan seri wajah.
Rangkap 5
Itulah santap beradat kebesaran, Di dalam riwayat zaman yang silam. Itulah adab
dan tatacara makan secara beradat yang diamalkan sejak zaman dahulu dalam sesuatu
majlis.
Tema Seloka Santap Istiadat :

Seloka ini bertemakan adab dan tatacara makan dalam sesuatu majlis mengikut adat
generasi zaman dahulu.
Bentuk dan Ciri-ciri Seloka :

-Seloka ini berbentuk bebas dan tidak terikat.


-Terdiri daripada 5 rangkap.
-Bilangan katanya antara dua hingga enam kata
-Terdiri daripada tujuh hingga empat belas suku kata.

-Jumlah baris mengikut rangkap :


-Rangkap satu : lima baris
-Rangkap dua : tujuh baris
-Rangkap ketiga : enam baris
-Rangkap keempat : empat baris
-Rangkap kelima : empat baris
Gaya Bahasa dan Unsur Bunyi :

-Aliterasi : Isyarat menghormat, mulia-muliakan


-Asonasi : Ketujuh berkumur-kumur
-Anafora :
~Santap beradat, santap istiadat, santap raja di majlis kebesaran, santap
merai,hormat-menghormati.
-Metafora : Di dalam Riwayat zaman yang silam.
-Bahasa Klasik : peroman
-Bahasa Istana : santap
-Kata Ganda – hormat-menghormati, buah-buahan
-Personikasi : Kelat jauh ke rengkungan
-Reptisi : Santap beradat, santap istiadat

-Rima akhir :
Rangkap pertama - abacb
Rangkap kedua – aaabaa
Rangkap ketiga – aabcbc
Rangkap keempat – abcc
Rangkap kelima - ab
Pengajaran :

Kita hendaklah mengutamakan adab dan etika ketika makan


dan minum khususnya dalam majlis

Kita seharusnya mematuhi etika dan tatacara sebuah majlis


yang telah ditetapkan

Kita perlu bersederhana ketika makan dan tidak mengambil


secara berlebihan mengikut nafsu

Kita mestilah menghormati tetamu atau tuan rumah dengan


makan dan minum secara sopan terutamanya dalam majlis.

Anda mungkin juga menyukai