Anda di halaman 1dari 2

Seloka Santap Istiadat

Seloka Santap Istiadat Maksud


Santap beradat, santap istiadat, Santap beradat merupakan istiadat santap raja di majlis
Santap raja di majlis kebesaran, kebesaran. Santap tersebut bertujuan untuk meraikan dan
Santap merai, hormat-menghormat; menghormati tetamu. Majlis santapan ini bukanlah sekadar
Bukan santap hendakkan kenyang, untuk mengenyangkan perut tetapi merupakan majlis santapan
Santap santun dengan aturan. yang mengajar si penjamu selera agar makan secara sopan dan
mengikut tatacara yang tepat.
Nasi disuap di tangan kanan, Berdasarkan tatacara dan ketertiban sewaktu makan, nasi
Lauk dibinjat sopan siuman, hendaklah disuap menggunakan tangan kanan manakala lauk
Sampai ke mulut mamah perlahan, perlulah diangkat secara sopan. Ketika nasi sampai ke mulut
Tanda tidak gelojoh makan. hendaklah dikunyah dengan perlahan-lahan sebagai tanda tertib
Selesai santap nasi — dan tidak gelojoh sewaktu makan. Setelah selesai makan nasi
Diiringkan seteguk minuman, Isyarat menghormat, mulia- barulah diambil seteguk air minuman sebagai isyarat hormat dan
memuliakan beradab sopan ketika berada dalam majlis santapan itu.
Santap nasi suap pertama, Dalam aturan dan cara-cara makan dan minum, suapan nasinya
Berturut dengan suap kedua; bermula daripada suapan pertama hingga ketiga sahaja.
Dua suap, ketiga sudah, Selepas itu, si penjamu selera perlu membasuh tangan, sebelum
Keempatnya basuh tangan; diikuti dengan menjamah juadah halwa dan memakan buah-
Kelima halwa juadah, buahan.
Keenam mengiring buah-buahan.

Ketujuh berkumur-kumur, Cara-cara makan dan minum yang berikutnya ialah ketujuhnya,
Ke delapan makan sirih; orang yang menjamu selera perlu berkumur-kumur untuk
Kelat jatuh ke rengkungan, membersihkan mulut dan diakhiri dengan memakan sirih. Air
Seri naik ke peroman. sirih kelat yang masuk ke kerongkong si penjamu selera akan
menambahkan seri pada wajah mereka.
Itulah santap beradat kebesaran Tatacara dan peraturan santapan ini merupakan majlis santap
Di dalam riwayat zaman yang silam. beradat kebesaran yang diajarkan oleh generasi terdahulu.

Tema

Ajaran beradab sopan dan tatacara makan dan minum di dalam majlis mengikut tertib berpandukan didikan generasi
terdahulu.

Persoalan

a) Adab sopan dan tertib ketika menjamu selera dalam sesuatu majlis
b) Cara-cara menjamu selera dalam sesuatu majlis
c) Masyarakat Melayu yang mengutamakan nilai kesopanan ketika makan dan minum
d) Kepentingan beradab sopan dan tertib ketika menjamu selera

Bentuk dan Ciri-ciri Seloka

a)Terdiri dari lima rangkap


b)Rangkap pertama mempunyai lima baris,rangkap kedua mempunyai tujuh baris,rangkap ketiga mempunyai enam
baris.rangkap keempat mempunyai empat baris dan rangkap kelima mempunyai dua baris
c)Bilanangan katanya dua hingga enam patah
d)Terdiri daripada tujuh hingga empat belas patah kata
e)Berbentuk bebas
Gaya Bahasa

(a)   Anafora. Contohnya, Santap beradat, santap istiadat, Santap raja di majlis kebesaran, Santap merai, hormat-


menghormat;
(b)   Repetisi. Contohnya, Santap beradat, santap istiadat.
(c)   Bahasa klasik. Contohnya, peroman.
(d)   Kata ganda. Contohnya, hormat-menghormat, mulia-memuliakan, buah-buahan dan berkumur-kumur.
(e)   Personifikasi. Contohnya, Kelat jatuh ke rengkungan.
(f)    Asonansi. Contohnya, Ketujuh berkumur-kumur (perulangan vokal u).
(g)   Aliterasi. Contohnya, Isyarat menghormat, mulia-memuliakan. (perulangan konsonan m).
(h)   Rima akhir bagi rangkap pertama ialah abacb, rima akhir bagi rangkap kedua ialah aaaabaa, rima akhir bagi
rangkap ketiga ialah aabcbc, rima akhir bagi rangkap keempat ialah abcc dan rima akhir bagi rangkap kelima ialah ab.

Nilai

a)Kesopanan
b)Kepatuhan
c)Hormat-menghormati
d)Kesederhanaan

Pengajaran

(a)   Kita hendaklah bersikap sopan dan beradab ketika sedang menjamu selera.
(b)   Kita mestilah hormat-menghormati antara satu dengan yang lain ketika sedang menjamu selera di dalam
sesuatu majlis.
(c)   Kita hendaklah mengikut peraturan ketika makan dengan mendahului perkara yang utama kemudian diikuti
dengan perkara-perkara yang berikutnya.
(d)   Kita mestilah bersederhana ketika makan dengan tidak mengambil makanan secara berlebihan.

Anda mungkin juga menyukai