Anda di halaman 1dari 4

Kupasan Puisi Tradisional: Seloka Santap Istiadat (Za’ba)

Maksud Rangkap: 
Rangkap Maksud
Santap beradat merupakan istiadat santap raja di majlis kebesaran. Santap tersebut bertujuan
untuk meraikan dan menghormati tetamu. Majlis santapan ini bukanlah sekadar untuk
1
mengenyangkan perut tetapi merupakan majlis santapan yang mengajar si penjamu selera
agar makan secara sopan dan mengikut tatacara yang tepat.
Berdasarkan tatacara dan ketertiban sewaktu makan, nasi hendaklah disuap menggunakan
tangan kanan manakala lauk perlulah diangkat secara sopan. Ketika nasi sampai ke mulut
2 hendaklah dikunyah dengan perlahan-lahan sebagai tanda tertib dan tidak gelojoh sewaktu
makan. Setelah selesai makan nasi barulah diambil seteguk air minuman sebagai isyarat
hormat dan beradab sopan ketika berada dalam majlis santapan itu.
Dalam aturan dan cara-cara makan dan minum, suapan nasinya bermula daripada suapan
3 pertama hingga ketiga sahaja. Selepas itu, si penjamu selera perlu membasuh tangan, sebelum
diikuti dengan menjamah juadah halwa dan memakan buah-buahan.
Cara-cara makan dan minum yang berikutnya ialah ketujuhnya, orang yang menjamu selera
perlu berkumur-kumur untuk membersihkan mulut dan diakhiri dengan memakan sirih. Air
4
sirih kelat yang masuk ke kerongkong si penjamu selera akan menambahkan seri pada wajah
mereka.
Tatacara dan peraturan santapan ini merupakan majlis santap beradat kebesaran yang
5
diajarkan oleh generasi terdahulu.
 
Tema: Adab dan tatacara makan dalam sesuatu majlis mengikut adat generasi zaman dahulu.

Persoalan Nilai Pengajaran


Persoalan adab sopan Sopan -santun Kita hendaklah bersikap sopan dan beradab ketika
ketika makan sedang makan.
Persoalaan keutamaan Kepatuhan Tetamu yang hadir hendaklah patuh dengan tatacara
tatacara dan tertib dan adab ketika makan
semasa menjamu
selera
Persoalan kesederhanaan Kita mestilah bersederhana ketika makan dengan tidak
kesederhanaan ketika mengambil makanan secara berlebihan atau hawa nafsu.
menjamu selera

Gaya Bahasa
Gaya Bahasa Contoh
Anafora Santap beradat,
santap  istiadat,
Santap raja di majlis kebesaran,
Santap merai, hormat-menghormat;
Repetisi Santap beradat, santap istiadat,

Bahasa Istana santap


Inversi Bukan santap hendakkan kenyang,
Sepatutnya: santap bukan hendakkan kenyang
Metafora Di dalam riwayat zaman yang silam.

Unsur Bunyi
Asonansi
(a) Perulangan vokal “a” Kelima halwa juadah,

Aliterasi
(b) Perulangan konsonan Sampai ke mulut mamah perlahan,
“m”

Rima akhir Rangkap 1: abacb


Rangkap 2: aaaabaa
Rangkap 3:aabcbc

Rangkap 5: ab
Seloka Santap Istiadat berbentuk bebas atau tidak terikat.

Anda mungkin juga menyukai