Anda di halaman 1dari 15

PUISI TRADITIONAL: PANTUN BUDI

Pantun Maksud pantun


Tenang-tenang air di laut, Rangkap 1 Budi yang baik akan sentiasa dikenang dan
Sampan kolek mudik ke tanjung; menjadi sebutan orang.
Hat terkenang mulut menyebut,
Budi yang baik rasa nak junjung.

Yang kurik kundi, Rangkap 2 Orang yang baik mempunyai budi dan bahasa
Yang merah saga; yang tinggi.
Yang baik budi,
Yang indah bahasa.

Bunga melati bunga di darat, Rangkap 3 Orang yang tidak berbudi bahasa akan
Bunga seroja di tepi kali; dipandang hina.
Hina besi kerana karat,
Hina manusia tidak berbudi.

Bunga cina di atas batu, Rangkap 4 Sudah menjadi lumrah hidup, kekayaan lebih
Jatuh daunnya ke dalam ruang; diutamakan daripada budi bahasa.
Adat dunia memang begitu,
Sebab emas budi terbuang.

Anak beruk di tepi pantai, Rangkap 5 Biarlah kita hidup miskin asalkan kita sentiasa
Pandai melompat pandai menari; berbudi bahasa.
Biar buruk kain dipakai,
Asal hidup pandai berbudi.

Tingkap papan kayu bersegi, Rangkap 6 Orang yang berbudi akan dipandang mulia,
Sampan sakat di Pulau Angsa; manakala martabat bangsa dinilai dari segi bahasa dan
lndah tampan kerana budi, tutur kata.
Tinggi bangsa kerana bahasa.
Padang Temu Padang baiduri, Rangkap 7 Orang yang bijak akan kelihatan lebih hebat jika
Tempat raja membangun kota; bersama-sama dengan orang yang sama taraf dengannya.
Bijak bertemu dengan jauhari,
Bagai cincin dengan permata.

(Dipetik daripada antologi Baik Budi, lndah


Bahasa,Tingkatan 2, Arah Pendidikan Sdn.
Bhd.)

1. Tema

Masyarakat akan memandang tinggi terhadap golongan yang berbudi bahasa kerana bahasa
menunjukkan identiti sesuatu bangsa.

2. Persoalan

a. Orang yang tidak berbudi bahasa akan dipandang hina.

b. Sikap masyarakat yang mementingkan kekayaan boleh menyebabkan mereka lupa akan nilai budi
bahasa.

c. Masyarakat Melayu amat mementingkan budi bahasa dan tutur kata.

d. Ketinggian darjat sesuatu bangsa dinilai pada bahasa yang dituturkannya.

e. Golongan miskin tetap dipandang mulia jika mereka berbudi bahasa.

f. Kebijaksanaan seseorang akan terserlah jika berada dalam kalangan orang yang bijaksana.

3. Bentuk

a. Pantun ini terdiri daripada tujuh rangkap.

b. Bilangan baris pada setiap rangkap adalah sama.

Contohnya, • setiap rangkap empat baris;

c. Ada pembayang dan maksudnya.

d. Jumlah suku kata 4 hingga 7.

e. Pantun jenis terikat.


4.Gaya Bahasa

Gaya Bahasa Contoh

Anafora (ulangan perkataan di hadapan) Yang kurik kundi,

Yang merah saga, Yang baik

Penggunaan unsur alam air; laut; tanjung; bunga melati;batu.

Peribahasa. Bagai cincin dengan permata

Personifikasi. Bijak bertemu dengan jauhari.

Repetisi. budi (rangkap 1, baris 4)

Responsi (perulangan perkataan yang sama di Indah tampan kerana budi, Tinggi
tengah ayat). bangsa kerana bahasa.

5.Nilai dan Pengajaran

Nilai Pengajaran

Nilai berbudi bahasa. Kita mestilah mempraktikkan amalan berbudi bahasaagar sentiasa
dipandang mulia oleh masyarakat

Nilai mengenang jasa. Kita hendaklah mengenang jasa orang yang telah berbudi kepada kita.

Nilaikebijaksanaan Kita disarankan supaya menjadi golongan yangbijaksana agar dapat


membantu untuk membangunkan bangsa dan negara.
Seloka Seloka Santap Istiadat (Za’ba)

Seloka Santap Istiadat Maksud


Santap beradat, santap istiadat, Santap beradat merupakan istiadat santap raja dalam
Santap raja di majlis kebesaran, majlis kebesaran. Istiadat ini bertujuan menghormati dan
Santap merai, hormat-menghormat; meraikan tetamu. Majlis ini juga mengajar tetamu yang
Bukan santap hendakkan kenyang, hadir makan secara beradab dan bukanlah sekadar untuk
Santap santun dengan aturan. mengenyangkan perut.

Nasi disuap di tangan kanan, Berdasarkan adab dan tertib semasa makan , menyuap
Lauk dibinjat sopan siuman, nasi mestilah menggunakan tangan kanan dan ambillah
Sampai ke mulut mamah perlahan, lauk dengan sopan. Makanan hendaklah dikunyah
Tanda tidak gelojoh makan. perlahan-lahan. Selesai makan nasi, barulah minum air.
Selesai santap nasi —
Diiringkan seteguk minuman, Isyarat menghormat,
mulia-memuliakan
Santap nasi suap pertama, Pengarang memberikan peringatan agar makan nasi
Berturut dengan suap kedua; sekadar tiga suapan sebelum membasuh tangan.
Dua suap, ketiga sudah, Kemudian, makanlah kuih-muih dan buah-buahan
Keempatnya basuh tangan;
Kelima halwa juadah,
Keenam mengiring buah-buahan.

Ketujuh berkumur-kumur, Selepas makan hendaklah berkumur-kumur. Kemudian,


Ke delapan makan sirih; makanlah sirih agar wajah kelihatan berseri-seri.
Kelat jatuh ke rengkungan,
Seri naik ke peroman.

Itulah santap beradat kebesaran Pengarang menjelaskan bahawa adab dan tatacara
Di dalam riwayat zaman yang silam. makan secara beradat dalam sesuatu majlis telah
diamalkan sejak zaman dahulu.
Za'ba
Kalung Bunga Za'ba, 2008 Dewan Bahasa dan
Pustaka
Tema: Adab dan tatacara makan dalam sesuatu majlis mengikut adat generasi zaman dahulu.

Persoalan Nilai Pengajaran


Persoalan adab sopan ketika Sopan -santun Kita hendaklah bersikap sopan
makan dan beradab ketika sedang
makan.
Persoalaan keutamaan tatacara Kepatuhan Tetamu yang hadir hendaklah
dan tertib semasa menjamu patuh dengan tatacara dan
selera adab ketika makan
Persoalan kesederhanaan ketika kesederhanaan Kita mestilah bersederhana
menjamu selera ketika makan dengan tidak
mengambil makanan secara
berlebihan atau hawa nafsu.

Gaya Bahasa
Gaya Bahasa Contoh
Anafora Santap beradat,
santap istiadat,
Santap raja di majlis kebesaran,
Santap merai, hormat-
menghormat;
Repetisi Santap beradat,santap istiadat,
Bahasa Istana santap
Inversi Bukan santap hendakkan
kenyang,
Sepatutnya: santap bukan
hendakkan kenyang
Metafora Di dalam riwayat zaman yang
silam.
Unsur Bunyi
Asonansi
(a) Perulangan vokal Kelima halwa juadah,
“a”
Aliterasi
(b) Perulangan Sampai ke mulutmamah
konsonan “m” perlahan,
Rima akhir Rangkap 1: abacb
Rangkap 2: aaaabaa
Rangkap 3:aabcbc
Rangkap 5: ab

Seloka Santap Istiadat berbentuk bebas atau tidak terikat.


Sajak Pesan Ibu Beribu-ribu karya Rahman Shaari
Sajak Pesan Ibu Beribu-ribu Maksud
Kita ada ibu Penyajak menyatakan bahawa setiap anak
ibu kita satu mempunyai seorang ibu namun seorang ibu
pesanannya beribu-ribu. banyak memberi pesanan dan nasihat
kepada anak-anak

Setiap langkah kita diiringi pesanan ibu Ibu sentiasa memberi nasihat kepada anak-
"Buat begini jangan begitu anaknya. Ibu berpesan agar anaknya rajin
bacalah buku selalu membaca buku dan menuntut ilmu. Ibu
kukuhkan diri dengan ilmu juga berpesan supaya pilih kawan yang
pilihlah kawan yang mulia hati berakhlak mulia dan mempunyai jati diri,
tolaklah kawan pementing diri elakkan daripada memilih kawan yang
pilihlah kawan yang punya petunjuk mempunyai sifat pentingkan diri dan
tolaklah kawan bertabiat buruk." beperangai tidak baik.
Ibu yang satu menyekat kita di pintu
bertanya ke mana arah tuju Ibu sentiasa mengingatkan anaknya supaya
"Jagalah diri selalu berhati-hati semasa keluar rumah kerana
di luar sana mungkin bencana menunggu." bimbang akan bahaya yang berlaku.
Kita menjadi jemu
mendengar pesanan beribu-ribu Anaknya berasa jemu mendengar nasihat
tapi ibu tetap ibu ibu yang semakin bertambah.
pesanan bertambah satu dan satu
"Jangan dibiar kepala berkutu Ibu juga berpesan agar anaknya menjaga
carilah ubat jerawat batu." penampilan diri dan kesihatan.

Suatu senja Pada suatu hari kawan anaknya bersedih


seorang temanku merintih kerana ditinggalkan kekasihnya. Dia baru
kerana kehilangan kekasih menyedari bahawa kekasihnya itu seorang
kini baru disedarinya penipu dan telah ditangkap serta dilokap.
pilihan musang berbulu arnab
biarpun menyamar cekap
ada masa termasuk perangkap
Si Bedul sudah ditangkap
Si Bedul di dalam lokap.
Dia menyatakan kesalnya Anaknya berasa menyesal kerana
kerana dia alpa melupakan pesanan ibu yang sering
ibunya berpesan sejak dulu mengingatkan agar memilih kawan dengan
"Pilihlah kawan yang bermutu betul. Selepas kejadian itu, anaknya mula
Jangan dipilih kawan berhantu." Mengenangkan nasib menerima kebenaran pesanan ibunya. Dia
temanku itu juga merindui pesanan-pesanan ibunya.
aku merindui pesanan ibu.
Ya, pesanan ibu.
Ibu, Penyajak menerangkan bahawa dia sangat
kuyakini kau mengenali yakin dengan pesanan ibunya yang arif
yang mana permata, yang mana kaca dalam menilai perkara baik dan buruk.
yang mana budaya, yang mana buaya Penyajak berjanji tidak akan jemu dan
berilah pesanan beribu-ribu patuh akan nasihat ibunya. Tanggungjawab
malah berpuluh ribu ibu sempurna apabila telah memberi
aku tidak akan jemu nasihat kepada anak-anaknya.
ini janjiku kerana aku tahu
sempurna seorang ibu
dengan pesanan beribu-ribu.

Rahman Shaari
Anjung Deklamator, 2005
Pekan Ilmu Publications

Tema:
Tanggungjawab seorang ibu memberi nasihat kepada anaknya supaya tidak tersalah memilih jalan
hidup.
Persoalan Nilai Pengajaran
Keperihatinan seorang ibu Prihatin Ibu sentiasa prihatin akan keselamatan
anaknya.
Kasih sayang seorang ibu Kasih sayang Anak- anak hendaklah menyayangi ibu
yang memberi nasihat
Sikap berhati-hati dalam Berhati-hati Kita hendaklah berhati-hati dalam
memilih kawan memilih kawan.
Kepentingan menuntut ilmu Rajin Kita hendaklah rajin menuntut ilmu
pengetahuan pengetahuan.
Tanggungjawab seorang ibu Tanggungjawab Seorang ibu hendaklah sentiasa memberi
membimbing dan menasihati nasihat atau pesanan kepada anak agar
anaknya mereka tidak terpengaruh dengan
perkara negatif
Gaya Bahasa
Gaya Bahasa Contoh
Repetisi tapi ibu tetap ibu
Anafora Si Bedul sudah ditangkap
(perulangan perkataan pada awal baris) Si Bedul di dalam lokap.
Epifora aku merindui pesanan ibu.
(perulangan perkataan pada akhir baris) Ya, pesanan ibu.
Responsi pilihlah kawan yang mulia hati
(perulangan perkataan di tengah baris) tolaklah kawan pementing diri
pilihlah kawan yang punya petunjuk
tolaklah kawan bertabiat buruk."
Sinkope tapi ibu tetap ibu
Hiperbola Jangan dipilih kawan berhantu."
Asonansi (i) kini baru disedarinya
Aliterasi (h) Mengenangkan nasib temanku itu
Rima akhir Baris 1: aaa
Baris 2: aaaabbccaaaaaaaaaa
Baris 3: abbaacdddd
Baris 4: aabbbbbb
Baris 5: abccaaaaaa
Cerpen Legasi Tapai Ubi karya Ghazali Lateh
Sinopsis

Parjo ialah anak kepada Wak Salikon. Ibu dan ayah Parjo mengusahakan perniagaan tapai ubi. Parjo rajin
membantu ibu dan ayahnya membuat tapai. Tapai buatan mereka sangat sedap dan habis dijual pada
setiap hari. Kawan-kawannya telah mengelarnya sebagai Parjo Tapai. Parjo mengagumi ibu dan ayahnya
begitu gigih mengusahakan perniagaan tapai ubi mereka sehigga dia dan adik beradiknya dapat belajar
sehingga ke menara gading.

Pada suatu hari, Parjo memberitahu Prof Haidar bahawa mereka sedang melakukan kajian tetang tapai
ubi yang dapat mengurangkan penyakit kanser. Hasil kajian Parjo dan rakan sekuliahnya membuktikan
bahawa tapai ubi menghasilkan sejenis bakteria yang dapat mencegah kanser. Parjo gigih melakukan
kajian dan hasil kajiannya menunjukkan keputusan yang positif dalam menghalang pertumbuhan sel-sel
kanser.

Penemuan Parjo dalam menghasilkan penawar telah mendapat pengiktirafan sama ada dalam negara
mahupun luar negara. Hasil kajian Parjo telah dibawa ke peringkat antarabangsa. Sejak hari itu, Parjo
sering dijadikan tempat rujukan dalam kajian mencegah kanser.

Semasa majlis konvokesyennya berlangsung, Parjo telah membawa ibu dan bapanya serta memberitahu
kepada pensyarah dan rakan-rakannya bahawa ayah dan ibunyalah menjadi sumber inspirasi atas
kejayaannya itu. Permintaan terhadap tapai ubi ayahnya juga semakin tinggi. Sebuah kilang tapai telah
didirikan di Kampung Dr. Parjo manakala Dr. Parjo kini, bergelar pensyarah perubatan dan beliau masih
meneruskan kajian terhadap tapai ubi agar dapat menghasilkan penawar bagi mencegah penyakit lain.
TEMA

kesungguhan seorang remaja yang ingin membuktikan bahawa makanan tradisi(tapai ubi) dapat
menjadi penawar bagi merawat penyakit berbahaya seperti kanser.

PERSOALAN, NILAI DAN PENGAJARAN

Persoalan Nilai Pengajaran Contoh

Kegigihan membawa Kegigihan Kita hendaklah gigih Wak Salikon dan


kejayaan berusaha untuk isterinya gigih
mencapai kejayaan mengusahakan
perniagaan tapai ubi
sehingga berkembang
membuka sebah
kilang.

Amalan hidup saling Tolong - menolong Kita hendahklah hidup Parjo rajin membantu
tolong-menolong saling tolong- ayah dan ibunya
menolong antara satu membuat tapai ubi.
sama lain.

Anak yang mengenang Mengenang jasa Kita hendaklah Parjo menjelaskan


jasa ibu bapa menghargai jasa bahawa kejayaannya
pengorbanan ibu bapa menggengam ijazah
kita. berkat inspirasi ayah
dan ibunya.

Tanggungjawab Tanggungjawab Kita hendaklah Parjo ingin berkhidmat


berkhidmat kepada bertanggungjawab kepada masyarakat
masyarakat berkhidmat kepada melalui kajiannya
nusa dan bangsa. terhadap tapai ubi
yang dapat mencegah
dan merawat penyakit
kanser
KOMSAS Tingkatan 3

Tenang-tenang Air di Tasik

Kupasan (Bahagian 2)

LATAR

Latar masa

 Waktu malam

 Waktu pagi.

 Waktu siang

 Empat hari tiga malam

 Ketika berusia tiga bulan

 Peristiwa berlaku dalam tempoh seminggu

Latar tempat

 Rumah Muzafar

 Tasik Permai

 Studio, Permai Resort

 Beranda chalet, Permai Resort

Latar masyarakat

 Masyarakat normal - terdiri daripada ibu Muzafar, Muzafar, Azizi, Nurul dan Haris

 Masyarakat OKU - terdiri daripada Mizamir dan Lidia

 Masyarakat yang mengamalkan sikap bertolak ansur dan bertoleransi dalam melaksanakan
tugas.

 Masyarakat penyayang terhadap ahli keluarga.

 Masyarakat yang berani melakukan aktiviti yang mencabar keupayaan seseorang.

 Masyarakat yang saling bekerjasama dan bantu-membantu dalam menjayakan ekspedisi


berkayak.
GAYA BAHASA

 Penggunaan bahasa Arab - Insya-Allah, Assalamualaikum, Allah

 Penggunaan bahasa Inggeris - rafting, commando rescue, water confidence

 Metafora - darjah kesabaran, lautan mimpi, muka pintu ni

 Simile - dia berpendirian macam wanita kolot pula

 Personifikasi - bermesra dengan angin malam, diserbu oleh rasa sayu

 Repetisi - Perasan awak pemuda paling kacak, paling tampan.

 Paradoks - Dia amat disegani walaupun sudah bersara daripada tugasnya sebagai pegawai.

 Sinkope - Mak nak ke mana tu? Tunggulah dulu. Kan rakaman video ni belum habis
ditayangkan?

 Inversi - Begitulah saya diberitahu.

NILAI

 Tanggungjawab

 Prihatin

 Ketegasan

 Kasih sayang

 Kerjasama

 Baik hati

 Kesyukuran

 Kegigihan

 Rasional

 Hemah tinggi
PENGAJARAN

1. Kita hendaklah melayan orang kelainan upaya dengan baik supaya mereka tidak berasa tersisih
atau dipinggirkan.

2. Kita haruslah memberikan sokongan kepada golongan orang kelainan upaya mengembangkan
minat mereka.

3. Kita haruslah bersikap jujur dan berterus terang mengenai sebarang perkara yang penting.

4. Kita hendaklah gigih mempelajari ilmu baharu tanpa menjadikan kekurangan diri sebagai alasan
yang mengehadkan kita.

5. Kita hendaklah menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan baik.

6. Kita haruslah bersikap yakin diri untuk mencapai sesuatu kejayaan.

7. Kita mestilah berpendirian tegas dalam membuat keputusan.

SAJAK BINTANG karya SITI ZALEHA M. HASHIM

SAJAK BINTANG MAKSUD


Suatu malam aku duduk Pada suatu malam, penyajak duduk di halaman
di halaman rumah rumah sambil melihat keliauan bintang-bintang di
kulihat cantiknya bintang-bintang menghias langit. Penyajak ingin terbang ke sana dan
langit yang terbentang aku ingin terbang ke sana mengutip bintang-bintang itu untuk dibawa
membawa pulang bintang-bintang tentu ibu pulang ke rumah agar cahaya bintang itu dapat
gembira menggembirakan ibu dan membahagiakan ayah.
tentu ayah bahagia
melihat rumah ini
penuh dengan cahaya.

Tetapi kata ibu Ibu penyajak tidak bersetuju dengan tindakan


itu tidak perlu penyajak yang ingin membawa bintang itu.
ayah sudah ada bintang Ibu dan penyajak meluahkan bahawa penyajak
begitu juga ibu merupakan bintang hati yang menerangi hidup
rumah sudah bercahaya dan jiwa mereka.
begitu juga jiwa mereka
bintang itu adalah aku
bintang hati ayah dan ibu.

Sid Zaleha M. Hashim PuisI Tunas Bangsa, 2008


`K' Publishing, Sdn. Bhd.
Tema:
Kasih sayang antara anak dan ibu bapa.
Persoalan Nilai Pengajaran
Tanggungjawab anak kepada ibu Bertanggungjawab Kita hendaklah bertanggungjawab
bapa membahagiakan ibu dan ayah.
Kasih sayang antara ahli keluarga Kasih sayang Kita hendaklah memupuk nilai kasih sayang
dalam kalangan ahli keluarga kita.
Mengagumi keindahan ciptaan Rendah diri Kita mestilah merendah diri dengan
tuhan keagungan dan kehebatan tuhan mencipta
alam semesta ini.

Gaya Bahasa
Gaya Bahasa Contoh
Anafora tentu ibu gembira
(perulangan perkataan pada awal baris) tentu ayah bahagia

begitu juga ibu


begitu juga jiwa mereka
Epifora Tetapi kata ibu
(perulangan perkataan pada akhir baris) begitu juga ibu
Responsi tentu ayah bahagia
(perulangan perkataan di tengah baris) bintang hati ayah dan ibu.
Sinkope kulihat cantiknya bintang-bintang
Simpulan bahasa bintang hati ayah dan ibu.
Metafora bintang hati ayah dan ibu.

Inversi tentu ibu gembira


Sepatutnya:Ibu tentu gembira

tentu ayah bahagia


Sepatutnya:ayah tentu bahagia
Asonansi (u) begitu juga ibu
Aliterasi (h) di halaman rumah
Rima akhir Baris 1: abccdcdded
Baris 2: aabaccaa
Menggalakkan Masyarakat Makan Buah-buahan Tempatan

Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha menggalakkan masyarakat makan buah-buahan


tempatan.

Malaysia merupakan sebuah negara yang mengalami iklim yang panas dan lembapsepanjang
tahun ini, disebabkan ia terletak pada kawasan Khatulistiwa. Iklim yang stabilsepanjang tahun ini
membolehkan penanaman pelbagai jenis tanaman buah-buahan, yangdinamakan buah-buahan tropika.
Buah-buahan di Malayisa boleh dikelaskan kepada duakategori, iaitu buah-buahan bermusim dan tidak
bermusim. Sebahagian daripadanya ditanamsecara komersial untuk menambahkan hasil pendapatan
negara, dan sebahagian lagi adalahditanam untuk kerperluan penduduk tempatan, dan ini
dikenali sebagai buah-buahan tempatan.

Kita akui buah-buahn tempatan amat lazat dan berkhasiat, namun tidak semua orangsuka
memakannya, terutamanya kanak-kanak kerana sudah terbiasa memakan buah-buahnimport. Untuk
memastikan semua peringkat umur suka memakan buah-buahn tempatan,hidangan buah-buahn
tersebut perlu dalam pelbagai bentuk. Sekarang buah-buahan bolehdinikmati dalam bentuk jus dan
dalam bentuk kepingan sudah dikeringkan. Jika dalam bentuk jus, pati buah-buahan tertentu boleh
dinikmati tanpa mengira waktu.

Kerajaan perlu mengadakan kempen secara berterusan. Kempen seumpama ini telahdijalankan
sejak 1972 oleh pelbagai agensi termsuklah Lembaga Pemasaran PertanianPersekutuan (FAMA).
Menerusi kempen yang dijalankan, masyarkat akan mengetahuikepentingan makan buah-buahn
tempatan. Promosi dan kempen yang dijalankan telahmembantu para pengusaha memasarkan hasil
tanaman mereka. namun, alangkah lebih baik jika kempen ini mendapat kerjasama yang padu dan
para guru, kerana kata-kata guru seringmenjadi azimat yang mampu mempengaruhi anak didiknya.

Masyarakat masih menganggap buah-buahan tempatan memberi impak yang negatif.Sebagai


contoh, makan buah rambutan dikatakan boleh menyebabkan batuk. Hal ini berlakukerana makan
dalam jumlah yang banyak. Jika masyarkat didedahkan dengan khasiat makan buah-buahan tempatan,
sudah pasti masyarakat tidak ragu-ragu untuk memakannya. Sebagaivontoh buah belimbing dapat
merawat penyakit kencing manis kerana buah belimbing yangdimakan dapat menurunkan paras gula.
Manakala tembikai kaya dengan vitamin A dan C,asid folik, magnesium, zink dan pelbagai jenis galian
yang lain adalah bermutu tinggi dalam perubatan.

Sebagai kesimpulannya, kita digalakkan makan buah-buahan tempatan. Buah-buahanyang segar


boleh diperoleh di kedai ditepi jalan dan juga pasar raya besar. Kini, buah-buahantempatan dihidangkan
di hotel lima bintang. Sesungguhnya kita perlu makan makanan yang
baik, seperti dijelaskan oleh Moliere, “ Aku hidup daripada makanan yang baik, bukandaripada kata-kata
yang indah .” Jadi, kita perlu makan makanan yang baik, antaranya buah- buahan tempatan. Jika bukan
kita yang memakannya, siapa lagi yang boleh kita harapkan.

Anda mungkin juga menyukai